blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih
Showing posts with label Jangan Jatuh Cinta Padaku. Show all posts
Showing posts with label Jangan Jatuh Cinta Padaku. Show all posts

Jangan Jatuh Cinta Padaku (Part 7)




“I love you” bisiknya penuh romantis.Balqis terkesima seketika.Dia memandang Luthfi. Luthfi juga memandangnya dengan pandangan yang lembut . Balqis tidak dapat nafikan , sekeping hatinya sentiasa berdegup buat Luthfi . Hanya Luthfi yang mampu menjadikan hatinya berdegup . Kencang . Tetapi , memikirkan apa yang Luthfi lakukan keatasnya , hatinya jadi panas semula .

            Gitar di tangan Luthfi dirampas lalu dipetik mengikut irama yang bermain di dalam hatinya . Luthfi ternganga . Bila masa pulak Balqis pandai main gitar ni ?? Ha ha ha .

            “Well, when you go

Don't ever think I'll make you try to stay

And maybe when you get back

I'll be off to find another way..” Terkejut beruk Luthfi mendengar Balqis menyanyi lagu omputih . Bukan lagu sembarangan , lagu rock you ! ‘Tak boleh jadi ni ! Misi aku untuk pujuk dia belum selesai . Lagu I don’t love you lagi .. Betul-betul benci ni . Haihh … padanlah muka kau Luth !’ Desis hati Luthfi . Serentak Luthfi merampas gitar tadi dari tangan Balqis .

Gitar tadi dipetik mengikut irama . Balqis kelihatan bengang . Belum sempat nyanyi part penting Luthfi dah rampas gitarnya semula . Ceit ! Balqis , kalau benci .. Tinggalkan aje dia . Namun apa dayanya .. Kakinya seolah –olah dipasung ke bumi . Ah sudah , katakan saja kau masih cintakan dia dan terima dia seadanya . Mengapa begitu sukar Balqis ? Tidak –tidak ! Dia sudah membohongiku ! Hatinya berperang .

“Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain” Dengan muka yang penuh dengan sentimen comel . Ada yang kiok kejap lagi ni karang . Nak nyanyi lagu tak menahan , lagu Bruno Mars lagi . Ceit !

“Maafkan sayee …” Sengaja Luthfi memekatkan perkataan ‘saya’ . Balqis sengaja mendengus . Sebenarnya , separuh hatinya sudah lama memaafkan Luthfi . Sengaja menguji Luthfi sebenarnya .

“Tak nak beli tak nak beli” Balqis melayang –layangkan tangannya gaya tak nak beli . Macam reject  jurujual minyak aje gaya dia menolak . Ha ha ha .

“Awak … Saya serius ni ..”

“Kalau awak serius , awak tak buat saya macam ni ..”

“I was just being cautious !”

“Men are always the same ! Mulut manis . Pembohong ..”

“Batrisya Balqis … Watch your mouth ! Kalau awak fikir saya macam lelaki lelaki yang di luar sana , awak silap ! Silap sama sekali . Huh !” Terus Luthfi meninggalkan Balqis terpontang –panting di situ . Balqis tersentap . Ada rasa kesal yang teramat mula menggigit hatinya .

“Pekebende kau buat ni Balqis ??” Balqis mengetuk kepalanya beberapa kali . Tindakan yang paling sengal pernah dia lakukan . Luthfi berjalan dan terus berjalan meninggalkannya .

“So this is the end ? You gave up ?? Don’t you dare leaving me right here alone Mr Luthfi !” Jerit Balqis sekuat hati . Luthfi terhenti .

“Awak terlalu keras untuk saya lenturkan .. Awak tak percayakan saya . Well , sayakan lelaki bermulut manis . Terima kasihlah ..”Balas Luthfi bersama keluhan kasar sebelum berlalu pergi . Sebal sungguh hatinya . Mengapa orang yang dia paling cinta juga menganggapnya lelaki yang bermulut manis ?? Tidak sedarkah Balqis bahawa apa yang dia rasa buat pertama kalinya itu datangnya suci dan ikhlas dari sekeping hatinya yang tidak pernah terbuka buat insan lain ?!

“I’m sorry ..” Bisik Balqis perlahan . Tidak terluah sebenarnya  . Figura tubuh Luthfi semakin lama semakin menghilang . Balqis memandang sekelilingnya . Terasa kosong .. Kosong yang teramat . Air mata mulai mengalir lesu .


BERHARI – HARI Luthfi merajuk . Langsung tidak menjengah , menelefon . Hendak berjumpa jauh sekali . Balqis menilik telefon bimbitnya yang sudah menyepi lebih dari tiga hari .

            “Nak telefon ke tak ?” Balqis menutup dokumen yang berlambak di hadapannya . Sudah malas hendak menghadap . Tiada mood . Inilah yang dikatakan jasad disini tetapi hati di tempat lain . Sihatkah dia ? Sejak kebelakangan ini selalu sangat hujan . Siang malam hujan sehingga beberapa buah rumah di kawasan perumahannya dibanjiri air . Mana taknya , hujan turun tidak henti – henti .

            Belum cerita lagi banjir kilat  .  Selalu sangat berlaku . Tak lama lagi rosaklah enjin keretanya . Pheww .. Balqis kembali membelek telefon bimbitnya .

            “Tak salah kalau sesekali aku mengalah , Balqis .. Rileks .. Rileks ..” Balqis menarik nafas dan dihembuskan dan mengulang lagi perkara yang sama . Punat maya berwarna hijau itu ditekan ..

            ‘Tut tut .. Tut tut ..’ Balqis mengeluh lemah . Besar sangatkah salahnya sehingga tidak dapat dimaafkan ? Besar sangatkah ?? Balqis menekan lagi punat hijau itu . Masih tiada jawapan . Serentak telefonnya dihumban . Berderai kaca skrin telefon bimbit itu . Sebal sungguh hatinya .

            “Tak nak kawan ya ? Saya pun tak kawan awak ! Huh !”  Getus Balqis .

            Balqis mengambil cuti separuh hari . Rasa tidak sihatlah pula . Balqis berjalan meredah kesesakan lalu lintas . Keretanya dibiarkan tersadai di tempat parkir pejabatnya . Tiada hati hendak memandu .

            Kesesakan seolah –olah menggembirakan hatinya . Tidak terasa keseorangan . Melihat telatah manusia-manusia pelbagai ragam disekelilingnya sudah cukup menggembirakan sekeping hati yang sedang lara itu .

            Matanya tertancap ke arah sepasang pasangan yang sepadan bak merpati sejoli . Si teman lelaki membelikan sebatang ais krim buat si kekasih hati . Kekasih hati kelihatan serba salah kerana si lelaki tidak dapat merasa sedikit air krim itu . Lalu mereka mula suap menyuap . Lelaki itu kelihatan malu –malu pada awalnya .

            Siap tolak –tolak lagi . Namun dia terima juga akhirnya . Perempuan itu tersenyum manja buat si kekasih . Lelaki itu menggaru –garu kepalanya . Mesti segan . Pada awalnya Balqis tersenyum –senyum melihat pasangan itu .. Tetapi melihatkan kemesraan mereka .. Hatinya mula sakit . Cemburu ! Lantas dipalingkan kepalanya ke arah lain .

            Ketika sedang mengelamun , bahunya terasa dicuit . Seorang lelaki berjanggut , berkaca mata hitam memakai kemeja putih bersama seluar putih sambil memegang gitar hitam  tersengih memandangnya . Balqis mencebir .

            Lelaki tadi mencuit lagi bahunya . Balqis mendengus .  
       
            “Jangan ganggu aku boleh tak ??” Marah Balqis garang . Lelaki tak mencuit lagi bahunya . Balqis malas hendak panjang-panjangkan cerita , Dia terus bangun dan berjalan meninggalkan lelaki pelik tadi . Lelaki itu mula memetik gitarnya dan ...

            “ Aku ingin menjadi  mimpi indah dalam tidurmu” Balqis berhenti . Dia tergamam . Suara ini .. Suara ini !! Serentak dia berpaling . Cermin mata di buka , janggut tadi juga sudah dibuka . Terserlahlah Luthfi yang kelihatan sangat kacak bersama senyuman yang sangat manis . Balqis menekup mulutnya . Tidak percaya . Hampir –hampir sahaja dia menangis .

“  Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapu tanpa dirimu..
Oh .. Karena , hati telah letih ..” Luthfi berjalan mengelilingi tubuh Balqis sambil menyanyi dan memetik gitar . Kebanyakkan pejalan kaki berhenti melihat tingkah Luthfi . Luthfi asyik tersenyum dan tersenyum . Dia mengenyitkan matanya ke Balqis . Balqis tersenyum malu . He he he .

Balqis membalas kenyitan mata dengan flying kiss . Luthfi pantas berlakon seolah –olah menangkapnya dan melekapkan tangannya ke dada sambil tersenyum senang . Nampaknya rancangannya berjaya ! Yeah !

“Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh ,
 Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu .
Tanpamu sepinya waktu merantai hati .
Oh bayangmu seakan .. akan ...
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu ..  oh ..” Tiba –tiba Luthfi berhenti menyanyi . Bahagian best fulak tu ! Cis . Petikan gitar semakin rancak .

“ If I could a superman , I’ll fly you to the star ...” Luthfi memandang langit dan ..

“And back again .. Cause everytime you touch my hand ..
I feel my powers running through your vein ...
But I can only write this song and tell you ..
That I’m not that strong ..
Cause I’m no superman ..
I hope you’ll like as I am ...” Luthfi menamatkan nyanyiannya dengan senyuman yang menawan lagak seperti prince . Dia menyambung lagi ...

“Cause I’m no superman ... I hope you’ll like me .. As I am ..” Serentak senyuman terharu terukir di bibir Balqis . Sebuah tepukan gemuruh dihadiahkan kepada Luthfi . Luthfi mengenyitkan matanya lagi . Ada yang pengsan sekejap lagi ni karang .

“Boleh awak maafkan saya wahai Batrisya Balqis ?” Serentak Balqis mengangguk laju . Sepatutnya dia yang meminta maaf  , bukannya Luthfi . Kenapa terbalik pulak ni ?

“ Dan .. Sudikah awak jadi teman hidup saya di kala susah dan senang saya ? Ketika saya sihat dan ketika saya sakit ? Saya akan teman awak di kala susah dan senang , kala awak sihat dan sakit .. Selamanya menyayangi awak sepenuh jiwa raga saya .. Tengku hanya pada nama .. Apa yang penting di sini ..” Luthfi membawa tangan Balqis menyentuh dadanya . Balqis mengalirkan air matanya . Ah sudah ! Terlalu ‘sweat’ macam mana tak nak menangis ? Cis !

Balqis mencari-cari sesuatu .. Luthfi mengerutkan dahinya . Apa pulak yang Balqis cari pulak ni ?

“Mana cincinnya ?” Serentak Luthfi menepuk dahinya sambil tersengih .  

“He he he .. Lupa . Lupa .”  Luthfi menyeluk poketnya .. Bersinar –sinar mata Balqis melihat Luthfi berura-ura membuka kotak kecil baldu berwarna biru itu .. Sebaik sahaja dibuka ....

Serentak Balqis mengecilkan matanya sambil mempamerkan wajah bengang . Tak ada apa –apa pun ????! Argh ! Sakit hati .

“ Benci .. Huh !” Balqis berpaling ...

“Sayang .. Cuba lihat di tangan tu ..” Balqis terhenti . Jari jemarinya diangkat . Sebentuk cincin yang cantik terukir namanya dan Luthfi tersarung di jarinya . Oh tidak ! Sejak bila Luthfi pandai main silap mata ni ? Balqis berpaling . Luthfi tersengih seraya menjongket –jongket keningnya . Nakal sekali wajahnya . Balqis perlahan –lahan mengukirkan senyuman . Luthfi juga turut tersenyum ....


“KOMPANG DIPALU pengantin baru , duduk bersanding tersipu malu ...”  Luthfi dan Balqis tersenyum sama sendiri . Tersipu –sipu lagi . Bila ditegur , seorang pandang sana ; seorang pandang sini . Wajah masing –masing memerah . Warna emas menjadi pilihan Luthfi dan Balqis . Sama kacak , sama cantik . Bagai pinang ‘dibelah –belah’ .

            “ Kau orang ni nak join aku duduk dekat pelamin ni ke ??” Skreeett ! Mati segala mesej –mesej cinta yang Luthfi ingin sampaikan ke Balqis yang berdiri di hujung pelamin sebelah perempuan dari tadi  . Haizz ! Ed ni kacau line sungguh !

            Pasangan Ed , Tia tergelak kecil mendengar Ed mengomel . Ya , dua bulan selepas Ed pasrah akan pemergian Balqis dari hidupnya , dia mula membuka lembaran baru .. Membuka hatinya yang ditutup kepada mana –mana gadis kecuali Balqis . Dia mula belajar erti redha . Mengapa perlu memaksa orang yang tidak sudi ?

            Ed tekad melamar Tia menjadi pemaisuri hatinya setelah merasakan Tialah orang yang sesuai dengannya . Tia yang peramah , Tia yang mengambil berat .. Tia yang ceria .. Tia sering membuat hari –harinya ceria daripada biasa . Sungguh .. Dia sangat bersyukur dipertemukan dengan gadis secantik dan sebaik Tia ..

            “Kau mengelamun tak apa !” Luthfi mengomel geram . Serentak Ed tergelak kecil . Ah sudah , dia pula jadi mangsa .

            Luthfi membuang pandang kepada Balqis semula .. Balqis tersenyum sambil mengenyitkan matanya . Comel sekali di mata Luthfi .. Luthfi membisikkan sesuatu ..

            “I .. LOVE .. YOU .. Sayang ..”

Baiklah , sebagai orang yang terakhir ; dengan bangganya saya menutup tirai JJCP :) Jangan lupa derma komen okey ? Ok ke , tak ok ke .. Ke K.O Ke. He he he . 
Awok-awok semua , jika anda berminat dengan hasil kerja saya .. Ikutilah beberapa cerpen pendek saya di sini :) Salam sayang ... ELLYNE ALYANA :) he he he :D 

Lagu-2 yang terlibat dalam penghasilan JJCP 7 :) 


I don't Love you - MCR 

It Will Rain - Bruno Mars 

Dealova - Once 

Superman - Joe Brooks :) 

Semoga terhibur uOls! :D hehe


Jangan Jatuh Cinta Padaku [part 6]

JANGAN JATUH CINTA PADAKU!
                  [PART 6]

Oleh:Lela vanila
“Balqis   abang   betul-betul   sayangkan   Balqis,  percayalah”  sambungnya.  Ed   mendekati   Balqis   yang   sedang   kekeliruan.  Dia   menarik   kedua-dua   tangan   Balqis   lalu   digenggamnya   erat.  Dia   betul-betul   menyayangi   wanita   ini   tidak   mahu   dia   lepaskan   walau   sesaat.  Balqis   terkesima.   ‘sayang?  sayang   tu  maksudnya   cintalah   kan?  tidakkk…  jangan   jatuh   cinta   padaku!’   jerit   hati   Balqis.
Balqis   memejam   matanya   rapat-rapat.  Cuba   mencari   kekuatan.  Dia   menarik  nafas   sedalam-dalamnya   kemudian   dilepaskan   perlahan-lahan.  Kemudian   dia   memandang   tepat   kemata   Ed   untuk   mencari   kebenaran.  Jantungnya   berdegup   pantas.
“Abang   Ed,  please   don’t   do   this   to   me?  dah   banyak   sangat   masalah  yang   sedang   terjadi   dekat   Balqis   jangan   tambahkan   masalah   Balqis   please!”  Rayu   Balqis.  Sesak   dada   dia   bila   satu   persatu   masalah   yang   datang   kepadanya   dalam   satu   masa.   Ed   menggelengkan   kepalanya.
  “tak   Balqis,  abang   tak   ada   niat   pun   nak   tambah   masalah   dekat   Balqis.  Tapi   abang  nak   Qis   tahu   tentang   hati   dan   perasaan  abang   dekat   Qis.  Abang   ikhlas   sayang   Balqis,  cinta   dekat   Balqis.”  Ujar   Ed.  Dia   masih   tidak   mahu  mengalah.  Dia   mahu   Balqis   menerima   cintanya.
Balqis   menggeleng   perlahan.  Dia   menarik   tangannya   dari   peganggan   Ed.  Tidak   selesa   rasanya   bila   dia   dipegang   begitu.
 “Maafkan   Balqis   bang   Ed.  Memang   Balqis   sayang   Abang   tapi   hanya   sebagai   seorang   abang   tak   lebih   dari   tu.  Cinta?  maaf.   Cinta   Balqis   bukan   untuk   Abang”   Jawab   Balqis   jujur.   Ed   terkaku.  Jantungnya   seakan-akan   terhenti   bila   mendengar   kata-kata   yang   keluar   dari   bibir   mungil   wanita   didepannya.
   “Qis   harap   abang   faham”  sambung   Balqis   lagi.  Lalu   meninggalkan   Ed   keseorangan.  Ed   terduduk.  Tiada   kata   yang   mampu   dia   luahkan   lagi   untuk   menambat   hati   wanita   ini.  Air   mata   mula   mengalir   dari   kelopak   matanya.  Hatinya sayu.



                                                *****************************
“Cik   Balqis   ada   orang   nak   jumpa”  ujar   Pembantu   peribadinya   dari   corong   interkom.
  “siapa   Su?”  soal   Balqis   yang   sedang   sibuk   menaip   sesuatu   di   komputer   peribadinya.
“Encik   Luthfi   katanya”  jari   Balqis   berhenti   menaip.  Jantungnya   berdegup   bagai   nak   pecah.  Dia   menghembuskan   nafas   berat.
  “cakap   saya   sibuk”  hanya   itu   saja   yang   mampu   dia   katakan.  Kemudian   dimatikan   intercom   diatas   mejanya.  Dia   menyandar   lesu  di   kerusi.  Satu   keluhan   dilepaskan   lagi.  Serabut   Kepalanya.    ‘Luthfi   kenapa   awak   buat  saya   macam   ni?’  rintih   hati   Balqis   sayu.   Air   mata   mula   mengalir   dari   matanya.  Dia   mengelap   perlahan   air   matanya.  Dia   memandang  ke   siling   biliknya.  Kosong.  Begitulah   hatinya   jua.
 “saya   sayangkan   awak   Luthfi”  tiba-tiba   kata   itu   lucur   keluar   dari   bibirnya.
  “saya   pun   sayangkan   awak   juga   Balqis   Batrisya”  tiba-tiba   datang   satu   suara   dari   muka   pintu   biliknya.  Dia   menoleh.
“Luthfi,  awak?”  Terkejut   Balqis   dengan   kehadiran   lelaki   didepannya   kini.   Pantas   dia   berdiri.  Dup,  dap,  dup,  dap,  jangtungnya   berdegup   laju   kini   bagaikan   tidak   mahu   berhenti.
“iya..  saya   Luthfi    yang   awak   kenal   selama   ini.  Bukan   tengku   Luthfi   yang   baru   awak   kenal   beberapa   hari   yang   lalu”  Balas   Luthfi.  Dia   mendekati   meja   Balqis.  Mata   mereka   bertembung.
Cepat-cepat   Balqis   mengalihkan   pandangan   ketempat   lain   tidak   mahu   bermain   dengan   perasaannya   sendiri.  Bila   melihat   lelaki   didepannya   ini  hatinya   sedih,  pedih   bagai   ditusuk   sembilu.  Luthfi   tersenyum.  Dia   tahu   wanita   ini   masih   menyayanginya.  Tetapi   ego   yang   menghalang   segala-galanya.  Luthfi   menarik   nafas   perlahan.
“forgive   me   please!”rayu  Luthfi.
“semudah   itu   kan  ”balas   Balqis.  Dia    tersenyum   sinis.
  “saya   paling   benci   lelaki   yang   tipu   dekat   saya,  bagi   saya   dia   tidak   jujur   dengan   saya,  dia   hanya   mahu   permainkan   hati   saya.  Dan   awak   merupakan   lelaki   tu.  So   stay   away   from   me”  suara   Balqis   sudah   mula   meninggi.  Luthfi   masih   kelihatan   biasa.  Dia   sudah   menyangka   apa   yang   akan   dikatakan   Balqis   dan   dia   akan   bertahan   sehingga   wanita   itu   memaafkannya.
“maafkan   saya   Balqis   saya   tiada   niat   nak   tipu   awak,  jujur   saya   kata   memang   saya   keturunan   diraja   tapi   jiwa   saya  jiwa   rakyat   Balqis.  Saya   nak   perempuan  yang saya  cintai     menerima   saya   seadanya   bukan   kerana   pangkat   saya.  Saya   tak   suka   perempuan   yang   hanya   memandang   pada   duit,  saya   nak   dia   pandang   pada   hati  saya .Hati  Balqis”  Luah   Luthfi sambil memegang dadanya.   Kelihatan   Balqis   mula   mendekatinya.
PANGG!!
Satu   tamparan   hinggap   dipipi   Luthfi.  Tanpa   diundang   air   mata   mula   menitis    dari   mata   Balqis.  Wanita   itu   mengelap   perlahan   air   matanya.
“awak   dah   hancurkan   harapan   saya”  kata   Balqis   teresak-esak.   Luthfi   terkedu.    ‘sekali lagi    dia   sebutkan   ‘harapan’.  Apa   sebenarnya   yang   dia   harapkan?’  soal   Luthfi   dalam   hati.  Dia   memegang   pipinya   yang   perit.
 “jangan   awak   datang   ganggu   hidup   saya   lagi.  Saya   benci   awak!!  berambus”  jerit   Balqis.  Terkejut   Luthfi   dengan   jeritan   Balqis.  Dia   tersalah   cakap   ke?
“Tapi   Balqis,  saya   betul-betul   minta   maaf”  Luthfi   masih   tidak   mahu   menggalah.  Balqis   sudah   menuju   kepintu.  Dia   memulas   tombol   pintu.  Terbuka   luas   pintunya   kini.
“saya   tak   nak   dengar   apa-apa   lagi   please!”  Balqis   menyuruh   Luthfi   keluar   dari   biliknya.  Luthfi   mendengus   kasar.  Geram   dengan   tindakan   Balqis.
   “saya   tak   akan   berputus   asa   Balqis   selagi   awak   tak   maafkan   saya.”  ucap   Luthfi   sebelum   meninggalkannya.  Balqis   menutup   pintunya   kuat.  Dia   menanggis   semahu-mahunya   di  sofa   bilik   pejabatnya.   ‘apa   aku    dah   buat   ni?  kan   dia   dah   minta   maaf’  seloroh   hati  Balqis   yang   kesal.   ‘tapi   dia   permainkan   kau,  dia   tipu   kau.  Dia  juga   hancurkan  harapan  kau   memang   patut   pun   kau  buat  dia  macam  tu’  bisik   satu   suara   menghasut   hatinya.Balqis   melepaskan  keluhan  berat.



                                    ****************************************
BALQIS menuju ke ruang parking kereta.Hari ini Tengku Ed tidak menghantarnya.Katanya tidak berapa sihat.Mungkin hatinya yang tidak sihat. Balqis tersenyum tawar.Kesian dekat Tengku Ed.Dia menggeluh.
 “eh!siapa pulak letak bunga dekat cermin kereta aku ni?”soal Balqis pelik.Dia mengambil bunga yang diletakkan dicermin keretanya lalu diciumnya.  ‘wangi’desis hatinya. Dia mengambil satu keping kad yang diselitkan ditengah-tengah kuntuman bunga.
  Hadirku hanya untuk mu,
   jiwaku hanya untuk mu,
jantungku berdegup hanya kerna kamu!!
terimalah cinta ku..maafkan aku!
                        Yang mencintaimu:
                                                            Luthfi.
Balqis terkedu.Tiada kata keluar dari bibirnya.Dia mengukir senyuman.Tiba-tiba datang Luthfi bersama dengan sebuah gitar lalu dipetiknya.
                                Ku dikejar bayang-bayang resah
                                Bila hatimu masih tak berubah
                                Enggan dipunya,dan dipenjara
                                Belaian cintaku ini,
                                Aku bukan lelaki yang tewas
                                Bisa menggambar walau ku ditolak
                                Biar dipuji kanan dan kiri
                                Kau kan tetap ku miliki..
                                Tiada lafaz yang lebih agung,
                                Kalimah cinta mu,yang ku tunggu-tunggu
                                Biar jasad ku yang menanggung
                                Permainan dari mu,
                                RELAKU PUJUK!
                                Janganlah kau salahkan aku,
                                Terus memburu melawan cintamu
                                Tak ku percaya sedikit masa kau kecundang akhirnya…
                                Usahlah kau bersedih,dihadapanmu aku hadir
                                Memakan resah dan curiga dari hatimu..oooo..
                                Apakah kali ini,bias kau tolak dan berlari
                                Setelah aku menanamkan AZIMATKU!
                                Tiada lafaz yang lebih agung,
                                Kalimah cinta mu,yang ku tunggu-tunggu
                                Biar jasad ku yang menanggung permainan dari mu
                                RELAKU PUJUK!
Lagu   Spider  ‘relaku  pujuk’ di  dendangkannya.  Balqis  terkedu.  Air   matanya   mengalir   laju.  Terharu.  Luthfi   mendekatinya.  Dia   mengelap   air  mata   yang   mengalir   dipipi   mulus   Balqis.  Dia   tersenyum   manis.
  “I  love   you”  bisiknya  penuh   romantis.Balqis terkesima seketika.Dia memandang Luthfi.









p/s:pssstt..sowie kalau tak berapa nak menarik..otak tengah blur masa buat ni.tak berapa nak sihat.kepala ni asyik berdenyut2 jek..hehe..TO   ATUL!!good luck k..AZA-AZA FIGHTING!!chayokk2! >o<

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 5




Oleh :Tiqah

"Pak cik?" Balqis terlopong.Tak sangka dia berjumpa dengan Tengku Ed Aqil disini.Dengan wajahnya yang masih sembap dek menangis,Sudah pasti timbul keinginan Ed unutk bertanyakan keadaan dirinya.

"Qis?Whats Wrong,dear?"Ed menghampiri Balqis dan mengusap bahu Balqis lembut.Cuba menenangkan gadis kesayangannya.Balqis pula kehilangan kata-kata.Dia hanya menunduk.

"Balqis,tunggu saya!"Laungan Luthfi menyentakkan mereka berdua.Balqis cepat-cepat bersembunyi dibelakang Ed.

"Pak cik,cakap dengan dia..Saya tak nak jumpa dia lagi dah."Bisik Balqis kembali tersedu-sedu di belakang Ed.Ed mengetap bibir menahan geram.Ditenung lelaki itu bagai mahu ditelan.Pasti lelaki ini yang membuatkan gadisnya menangis.Kurang ajar betul!

"Kau siapa?Berani kau nak sentuh-sentuh awek aku!"Marah Ed.Luthfi menghampiri dua insan tersebut.

"Maaflah.Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia."Luthfi bersuara sopan namun tanpa disedarinya telah membangkitkan amarah Ed.
"Dia tak nak jumpa kau lagi dah.Baik kau berambus sebelum aku naik tangan kat badan kau." Ugut Ed sambil menayangkan buku limanya dihadapan wajah Luthfi.Namun lelaki itu tidak menghiraukan ugutan Ed langsung.Dia mara setapak.

"Qis,dengar cakap saya.Saya ada tujuan untuk semua ni.Plese,dengar penjelasan saya."
Luthfi cuba memujuk.Balqis yang bersembunyi dibelakang Ed hanya mendiamkan diri.Malas mahu mengambil pusing.Tidak akan dia memaaafkan lelaki bernama Luthfi yang berjaya menipunya hidup-hidup.Dia jadi semakin geram.

"Eh,Eh..naik lemak pulak!Kau balik sekarang!"Arah Ed berang.

"Qis,tolonglah!"pujuk Luthfi sayu tidak mengendahkan Ed yang sedang berang.Apa yang penting,segalanya mahu diselesaikan segera.

'Buk!'Kedengaran bunyi satu tumbukan kuat hinggap dipipi Luthfi.Luthfi terdorong kebelakang sambil mengerang kesakitan.Tertunduk dia meemgang pipinya yang sakit.Balqis pula terkejut dengan apa yang terjadi.Luthfi dari keturunan diraja ditumbuk oleh Ed!Mampus!

"Pak cik! Dah lah tu!Jom kita balik!"Ujar Balqis tidak mahu keadaan bertambah buruk.Cukuplah dengan satu tumbukan.Takut-takut,dengan dia sekali masuk penjara dek tumbukan 'spontan' tersebut.Dia menarik lengan Ed mengajaknya pulang.

"Sekali lagi aku jumpa kau,patah riuk tulang kau aku lipat nanti!"gertak Ed sambil melemparkan jelingan tajam kearah Luthfi.Kemudian,Dia beredar bersama Balqis. Luthfi hanya memandang sayu kearah Balqis yang semakin menghilang dipandangan .





"Kenapa ni?Tak mo lah nangis-nangis.Dah tak cute dah awek abang."Usik Ed sambil mengesat lembut kedua pasang mata bundar milik Balqis yang masih berair.Balqis terus merampas tisu dari pegangan Ed.Benci bila dia dikategorikan sebagai 'awek' kepada abang sepupunya sendiri.Melampau!

"La? Tadi menangis,ni nak marah-marah pulak?Cuba cerita kat abang perkara sebenar."Pinta Ed. Balqis mendiamkan diri.Cuma matanya merenung kearah anak-anak ikan yang sedang berkejaran didalam kolam ikan dirumahnya.

"Tak payah lah ambik tahu.Tak de apa-apa pun."geleng Balqis.

"Mana boleh tak de apa-apa? Yang tadi tu,Cakap dengan dia..saya tak nak jumpa dia lagi dah." Diejek semula ayat Balqis itu.Sepantas itulah,Satu cubitan hinggap di lengan Ed.Ed mengaduh kesakitan sambil menggosok lengannya yang berbirat.Bisa betul!

"Menangis macam bini mati laki.Eh,tu pakwe Qis?"Entah kenapa,terselit rasa cemburu di hatinya.Lelaki yang dijumpainya sebentar tadi bagaikan merampas Balqis darinya.Lelaki yang penuh karisma,good looking,berbudi bahasa itu bagaikan menarik Balqis hilang dalam dakapannya.Dia memandang Balqis cuba meminta kepastian.Lama.

"Bukan."Jawab Balqis sepatah.Hampir terlonjak diri Ed tika itu.Rasa mahu terjun kedalam kolam ikan dan berenang dengan senang hatinya.Alahai,hati!Bersabarlah.Ed berdehem beberapa kali sambil membetulkan kedudukannya.Happy gila!

"Pak Cik ni dah kenapa?"Balqis memandang Ed hairan.Ed tersengih.

"Tak de apa- apa lah."

Balqis tersenyum kecil melihat telatah yang entah apa-apa.

"Er..Qis.Macam mana lelaki tu boleh kenal Qis?"Tanya Ed sambil memandang Balqis.

"Kenapa Pak Cik nak tahu?"

"Qis,kan abang dah cakap,jangan panggil Pak Cik.Cium pipi tu,kang!"Ed mengugut ala-ala manja.Naik meluat Balqis mendengarnya.Dia mengerling sekilas kearah Ed yang masih memandangnya.Kemudia dia memandang hadapan.Malas mahu melayan.

"Kenapa Pakcik nak tahu?"Ulang Balqis tidak menghiraukan langsung ugutan Ed.

"Pak Cik lagi.."Dan,tidak semena-mena terasa kucupan halus singgah di pipi kiri Balqis.Terlompat Balqis dibuatnya.

"Pakcik,apa ni?!"Marah Balqis tidak suka.

"Ha..panggil Pak Cik lagi.Kan dah kena free kiss."Ed tersenyum romantis.Naik seriau badan Balqis dibuatnya.Dia bergerak masuk kedalam rumah.Namun,Ed segera menggapai tangannya.Berdebar jantung Balqis.Hampir pecah!Dia memandang Ed.

"Honey,Abang sayang Balqis."

Dan,Balqis terkedu.



P/s : minta lela sambung kan..ehehehehekz!Apa-apa komen,dialu-alukan.Nak rush sebenarnya ^_^

Jangan Jatuh Cinta Padaku [Part 4]






By: Majdina Azhar


‘Tengku Luthfi? umi? Apa semua ni? apa sebenarnya yang dah berlaku ni?’ Jerit Balqis didalam hati. Woii. Jangan buat aku jadi tak betullah!


“Erk. Makcik, apa kaitan makcik dengan luthfi?” Soal Balqis tak bertangguh. Rasa peliknya berganda-ganda apabila berjumpa dengan makcik yang kelihatan muda ini.


“Ha? Kamu panggil dia apa ? Luthfi ?! Luthfi , kamu kenal ke budak perempuan ini?” Soal Tengku Mariah tegas kepada Tengku Luthfi pula. Soalan Balqis dijawab dengan soalan.


“Ermm. Ermm. Ummi, jom lah pergi duduk-duduk kat Kafe sana. Takkan nak bercerita disini..” Jawab Luthfi gugup.

Mereka bergerak kearah Old Town White Cofee.


 
…
“Hah, apa lagi cerita lah!” Tengku Mariah mendesak.


“Luth, cerita apa yang tengku-tengku sangat tu?!” Balqis turut mengasak Tengku Luthfi.


“OK, OK! Mana dulu ni? Satu-satu please! Sesak dah nih!” Luthfi tercungap-cungap melawan kebisingan Old Town White Cofee.


“Umi dulu!” Tengku Mariah memintas. Dia memberi isyarat agar Balqis menyetujui. Balqis hanya mengangguk.


“OK, ma. Sebenarnya gadis comel ni nama dia, Balqis Batrisya. Kami berjumpa masa saya terputuskan tali jam dia..”



“Hah, kamu putuskan tali jam dia ?! Dah kamu ganti tak nih?!” Marah Tengku Mariah. Geram dengan sikap anaknya yang cuai.


“Maa, dengar cerita Luth sampai habis boleh tak?” Kelakar pula Luthfi melihat Tengku Mariah gelabah sebegitu.


Tengku Mariah diam tanda mengalah.


“Jam dia jatuh, lepastu putus tali. So, time tu kebetulan pula Luth bawa alat baiki jam, Luth pun baiki lah.But, masa tu Luth tengah tergesa-gesa jadi kitaorang tak sempat berkenalan. Then kali kedua kitorang jumpa masa kereta Luth tayar pancit, pakcik Balqis pun tolong tukarkan. So then, kitorang tukar-tukar kad bisnes then berhubung until now..” Luthfi menghabiskan ceritanya dengan senyuman manis menampakkan lesung pipitnya.

Balqis tergelak mendengar perkataan ‘pakcik’ yang ditujukan kepada Ed itu.

Luthfi memandang Balqis. Balqis memandang Luthfi. Lantas mereka cepat-cepat memandang ke tempat lain. Ada suatu perasaan yang timbul tika itu.


“OK now giliran siapa?” Sal Luthfi sambil mengangkat keningnya sebelah. Belagak macho lah tu.


Balqis menjulingkan matanya. “Haa. Jawab soalan saya. Apa maksud awak tengku-tengku tu hah? Kenapa kawan awak yang jumpa awak asyik panggil awak tengku je hah? Sepanjang kita berkawan ni ada apa-apa yang awak sorok dari saya ke?”


“Ok, Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk beritahu.. Sebenarnya, nama panjang saya, Tengku Luthfi Zaifullah.. Saya ialah salah seorang kerabat diraja , dan saya tinggal di istana tentunya. Tetapi saya suka begini. Hidup simple dan orang tak pandang saya tinggi.. Minta maaf sebab rahsia kan daripada awak.. Jangan marah ya. Saya nak awak layan saya seperti orang lain. Harap awak masih nak berkawan dengan saya..” Luthfi tercari-cari wajah Balqis yang tunduk kebawah. Seolah-olah lantai itu lebih menarik daripada cerita Luthfi yang panjang lebar itu.

“Ohh jadi selama ini awak tipu saya lah?! Sedangkan awak tu kerabat Di-Raja, tak layak berkawan dengan saya yang hanya menumpang rumah sepupu angkat sendiri. Awakk, awak.. hancurkan impian saya!” Jerit Balqis sekuat hatinya. Rasa sedihnya sudah tidak tertanggung lagi. Sampai hati Luthfi menyamar menjadi rakyat biasa dan akhirnya membuatkan Balqis Batrisya jatuh cinta kepada Tengku Luthfi Zaifullah!


Luthfi terkedu. Impian? Impian apa?
“Qis, saya tak tipu awak, saya cuma tidak sebut nama Tengku saya sahaja. Lagipun apa beza saya dengan manusia lain, saya..” Kata-kata luthfi terhenti disitu apabila Balqis telah pergi sambil menangis teresak-esak.

Luthfi segera mengejar Balqis segera. Tengku Mariah hanya memerhatikan gelagat anaknya yang mengejar Balqis. Sebenarnya Tengku Mariah sudah pun menyukai Balqis sejak kali pertama bertemu..


 

Balqis berlari keluar daripada Kafe Old Town White Coffe itu. Hatinya sangat sedih apabila mengetahui hakikat sebenar. Yang dia tidak layak bergandingan dengan  Enggang. Pipit hanya sama dengan Pipit. Enggang harus sama dengan Enggang. Kini baru dia mempercayai bahawa cinta dua darjat sangat menyakitkan hati.

“Balqis Batrisya, tunggu..! “ Jerit Luthfi.
Balqis mempercepatkan langkah kakinya. Dia ingin jauh dari Luthfi. Dia ingin jauh dari Enggang!

Tiba-tiba, balqis terlanggar seseorang yang datang dari berlawanan arah.  Dia tidak sempat hendak mem-brek lantas bertembung dengan lelaki itu. Lelaki itu ialah Tengku Ed Aqil Bin Dato’ Kamaruddin.. Abang sepupunya yang terkejut melihat keadaan adik sepupunya merangkap cinta hatinya..

...

 Hypeee, sorry sebab banyakkkkkkkkk sangat tingg tongggg kat atas kepala korang tuuu! sorry banyak banyak! anyway, dah editt, mintak baca semulaaa, sorry again *malu*


Kak Tiqah, Sorry kalau kak tiqah dah start buat ikut saya punya old story. sorry.