blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih

Jika Hati Bilang Cinta part 7




Oleh : Ria Natsumi

Hayfa termenung mengenangkan permintaan abinya. Dia perlu berhenti dan membantu abinya di pejabat. Abi tidak sihat. Biasalah sakit orang tua.

                Hayfa mengeluh lagi. Terasa berat mahu berhenti kerana dia gembira dapat membantu Kak Maya, bermain dengan Zara dan ... Hayfa tidak  dapat menyambung ayatnya. Dalam fikirannya hanya ada Aqil walaupun lelaki itu sering mengusiknya tetapi dalam diam dia sukakan usikan yang dibuat oleh Aqil terhadapnya.

                “Kak Maya, Hayfa kena berhenti kerja. Abi Hayfa perlukan Hayfa buat masa ini.” akhirnya terluah juga apa yang terbuku di dalam hatinya.

                Wajah kak Maya mendung. Dia juga akan terasa kehilangan jika Hayfa sendiri mahu berhenti. Dia sangat selesa jika Hayfa dapat menjaganya sehingga sembuh tetapi apa kan daya. Dia tiada hak untuk menghalang Hayfa.

                “Tak apalah Hayfa. Ibu bapa Hayfa lebih memerlukan Hayfa. Akak faham. Janganlah Hayfa fikir yang bukan-bukan.” Pujuk Maya dan pada masa yang sama memujuk hatinya. Zara tentu akan sedih apabila dia tahu pasal ini.

                “Bila nak berhenti?” soal Maya.

                “Maaf kak. Abi dah cari penganti Hayfa. Kiranya malam ni last Hayfa di sini.” Nada Hayfa juga sedih. Dia bahagia dapat bekerja di sini.

                “Terima kasih.”

                “Hayfa pergi tengok Zara kejap. Terima kasih kak. Halalkan makan dan minum Hayfa selama bekerja di rumah akak.”

                “Akak halalkan.” Maya tersenyum kelat. Dia hanya mampu melihat langkah Hayfa meninggalkan ruang biliknya.

                Sebaik sahaja pintu di tutup, ada seseorang yang menegurnya.

                “Kau nak berhenti?” soal Aqil.

                “Ya, saya kena berhenti. Abi saya tak berapa sihat dan memerlukan saya di sisinya.” Hayfa ingin berlalu pergi tetapi di halang oleh Aqil.

                “Macam mana dengan aku?” tiba-tiba Aqil bertanyakan soalan itu.

                ‘Apa kena dengan mamat ni? Kenapa dengan kau? Tak ada kaitan dengan aku kot.’ Hayfa hanya mendiamkan diri.

                “Kau jangan ambil mudah perkara ini. Kau ingat rumah aku ni apa? Hotel? Time nak kerja, kerja. Tapi bila tak mahu, kau tinggalkan macam tu sahaja,” amuk Aqil.

                ‘Eh, mamat ni. Tukar topik pula. Pelik!’ Dahi Hayfa makin berkerut..

                “Saya tahu, tapi saya terpaksa pergi. Tolong lepaskan saya pergi.” Kata Hayfa. Dia tidak sanggup memandang wajah Aqil. Entah mengapa hatinya terasa pilu dan sedih. Hayfa pun berpaling dari terus melihat wajah Aqil.

                Hayfa bimbang dia tidak kuat dan air matanya akan mengalir bila-bila masa sahaja.

                “Hayfa, jika hati aku bilang cinta pada kau. Bagaimana aku nak lepaskan kau pergi?” Aqil bersuara. Hayfa tergamam seketika tetapi dia cepat-cepat sedarkan diri. Dia tidak sesuai bersama Aqil.

                “Saya perlu pergi.” Itu sahaja Hayfa mampu berkata tanpa melihat wajah Aqil.

                “Tapi...”

                “Saya gunakan kemenangan yang saya dapat. Awak kena ikut arahan saya tanpa bantahan.” Kata Hayfa.

                Aqil tersentap.

                “Saya mengarahkan awak, lepaskan saya pergi dan jangan mencintai saya.” Dengan nada yang bergetar Hayfa melafazkan. Dia perlu tegas dengan hati dan perasaannya.



*****



Nabil tergamam seketika. Tangannya menggigil memegang sebuah buku berwarna merah jambu itu. Air matanya ditahan supaya tidak mengalir.

                Tidak sanggup lagi Nabil membaca dairi milik Lisa. Kini, baru dia sedar kesungguhan Lisa menyintainya. Entah mengapa dia rindukan Lisa. Terlalu rindu.

                Akhirnya dia tiba di rumah Lisa.

                “Abang...” Lisa terkejut melihat mata Nabil merah. ‘Kenapa dengan buah hatiku ini?’

                “Abang nak kita cepatkan perkahwinan kita. Abang tak nak tangguh-tangguh lagi. Abang akan hargai sayang seadanya dan selama abang hidup.” Nabil berkata. Lisa terharu mendengarnya. Dia sendiri tidak pasti mengapa bakal suaminya itu berubah hati.

                “Terima kasih abang...”



*****



Hayfa tumpang gembira di atas berita gembira mengenai perkahwinan Nabil dan Lisa. Kad jemputan perkahwinan itu di pandang sepi. Entah mengapa rindu pada Aqil semakin menusuk kalbu.

                Setelah mengumpul kekuatan dalam diri, dia keluar juga dari kereta. Rumah Lisa amat meriah dengan suasana persiapan perkahwinannya. Lisa akan berkahwin esok di rumahnya sendiri. Pengantin lelaki akan datang ke sini.

                Hayfa tersenyum kerana dia disambut mesra oleh Lisa sendiri.

                “Hayfa, kau datang juga. Aku sayang kau!” luah Lisa.

                “Sayang, sayang gak. Tapi ye pun, jemputlah aku masuk rumah dulu.” Gurau Hayfa. Dia cuba membuang bayangan Aqil yang sering mengganggu fikirannya. Jika dulu Nabil yang dia cinta boleh dibuang dari kotak fikirannya, dia yakin Aqil juga dia boleh lakukan perkara yang sama.

                Wajah Lisa berseri sangat. Ceria sungguh. Hati Hayfa gembira dapat melihat senyuman itu lagi.

                “Ceria betul kau.” Ada nada yang cemburu.

                “Tak ceria, kita tak meriah. Tak ketawa, kita tak gembira. So, ceria dan ketawa selalu.” Kata Lisa. Gadis itu selalu sahaja begitu sejak Nabil menerimanya.

                Hayfa hanya tersenyum.

                “Mana suami kau?” soal Lisa.

                Senyuman Hayfa mati. Tidak tahu mahu menjawab apa. Dia bimbang jika rahsianya bocor, Nabil akan meninggalkan majlis perkahwinan ini.

                “Dia ada hal. So, dia izinkan aku datang sini.”

                “Baiknya suami kau. Aku doakan kau bahagia.” Doa Lisa. Senyuman tidak lekang dari bibir Lisa.
                Esok berkunjung tiba.

                Lisa menanti dengan sabar ketibaan pengantin lelaki.

                “Dah sampai,” ada beberapa orang yang berkata begitu.

                Dari jauh Hayfa dapat melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Aqil. Hatinya berdebar hebat. Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini.

                Akad nikah berlangsung dengan lancar sekali. Nabil sekali lafaz sahaja. Kali pertama Hayfa melihat seorang lelaki menangis di saat majlis akad nikahnya sendiri. Air mata kesyukuran dan kegembiraan.

                “Pengantin perempuan dan lelaki sama padan kan? Kita bila lagi?” Ada bisikan di telinga Hayfa. Hayfa tersentap.

                “Aqil!”

                “Aku tak kan lepaskan kau pergi. Aku nak bersama kau dan habiskan sisa hidupku dengan kau. Kau yang aku cinta.” Lagi sekali Aqil melafazkan kata cinta.

                Hayfa terkesima. Dia meninggalkan majlis tersebut tetapi bagi Aqil tidak sama sekali. Dia terus mengejar Hayfa sehingga dapat.

                “Apa lagi kau nak? Aku cintakan kau. Aku tahu kau pun cintakan aku kan?” kuat sekali suara Aqil.

                “Apa maksud awak?” Hayfa sedikit keliru.

                “Kau terima pinangan aku. Semalam Kak Maya pergi ke rumah kau. Abi dan Umi sudah menerimanya.” Jelas Aqil.

                ‘Adakah ini semua takdirku? Adakah aku memang untuk dimiliki oleh dia.’ Hayfa tidak dapat menerima kenyataan ini sedangkan separuh hatinya begitu gembira dengan berita ini. Dia berlari ke tengah jalan, pantas Aqil menarik Hayfa ke tepian.

                “Nak mati ke?”

                “Ya! Saya nak mati!”

                “Kalau kau nak mati sangat. Aku boleh bantu!”

                Entah mengapa Hayfa berasa geram.

                “Aku akan lemaskan kau.”

                “Lemaskan saya?” Hayfa sedikit keliru.

                “Lemaskan kau dalam gelora cinta aku yang membara.” Perlahan sungguh suara Aqil. Kedengaran romantik di pendengaran Hayfa. Hayfa terpana.

                Akhirnya dia menangis. Menangis air mata gembira.

                “Terima kasih Aqil.” Itu sahaja yang mampu Hayfa katakan.

                “Sama-sama kasih.” Faham sudahlah Aqil dengan ucapan terima kasih itu. Hayfa sudi menerima dirinya. Syukur.



*****



Muka Hayfa berkerut empat belas. ‘Habislah!’ bisik hatinya.

                “Matilah kita abang, Lisa tentu akan marah kita.” Kata Hayfa.

                “Tak mati la. Cuma bernanah telinga aje mendengar bebelan dia orang.” Aqil tersenyum.

                “Tak guna punya kawan! Kau baru nak kahwin tapi kata dah kahwin.” Kata Lisa yang kini usia perkahwinannya sudah masuk bulan ke tiga.

                “Sabar sayang. Nanti baby kat dalam pun mengamuk macam sayang juga.” Pujuk Nabil. Sesungguhnya Nabil lah paling gembira dengan kurnia Zuriat ini. yang lepas biar lepas. Kini, masa depan Nabil adalah Lisa dan babynya.

                “Tapi abang...” Lisa tidak mengalah.

                Hayfa dan Aqil hanya tersenyum. Menjemput Nabil dan Lisa ke  majlis perkahwinan mereka adalah cara terbaik untuk memberitahu rahsia tersebut.

                “Kak Maya sihat?” soal Lisa yang mula bertenang.

                “Kak Maya? Alhamdulillah. Dapat berjalan sikit-sikit tapi kena banyak berlatih. Kakinya masih lemah.

                “Alhamdulillah. Hah! Aqil, jaga kawan aku ni baik-baik.” Pesan Lisa. Nabil mencubit lengan Lisa.

                “Tahulah laki dia nak jaga Hayfa. Sayang tu! Asyik nak merajuk aje sejak mengandung. Tak larat abang nak layan.” Kata Nabil.

                “Apa tak larat?” Lisa merajuk. Dia membawa dirinya ke dapur. Nabil mengikut isterinya ke dapur untuk memujuk.

                “Romantiknya mereka.” Puji Hayfa.

                “Ala, kalau Hayfa nak abang romantik, boleh aje. Bila-bila masa tau.”

                Hayfa mencebik.

                “Betul la!”

                “Betul?”

                “Ya, betul jika hati bilang cinta.” Balas Aqil.

                Hayfa tersenyum bahagia dengan luahan hati Aqil. Dia benar-benar bahagia dengan hubungannya dengan Aqil.

                ‘Dan hatiku bilang cinta untuk mu.’ Balas Hayfa sekadar dalam hati.




p/s : Maaf kalau penamatnya ringkas. Semoga terhibur kali ini. terima kasih

9 comments:

Jemput komen. Terima kasih