Oleh :Tiqah
"Pak cik?" Balqis terlopong.Tak sangka dia berjumpa dengan Tengku Ed Aqil disini.Dengan wajahnya yang masih sembap dek menangis,Sudah pasti timbul keinginan Ed unutk bertanyakan keadaan dirinya.
"Qis?Whats Wrong,dear?"Ed menghampiri Balqis dan mengusap bahu Balqis lembut.Cuba menenangkan gadis kesayangannya.Balqis pula kehilangan kata-kata.Dia hanya menunduk.
"Balqis,tunggu saya!"Laungan Luthfi menyentakkan mereka berdua.Balqis cepat-cepat bersembunyi dibelakang Ed.
"Pak cik,cakap dengan dia..Saya tak nak jumpa dia lagi dah."Bisik Balqis kembali tersedu-sedu di belakang Ed.Ed mengetap bibir menahan geram.Ditenung lelaki itu bagai mahu ditelan.Pasti lelaki ini yang membuatkan gadisnya menangis.Kurang ajar betul!
"Kau siapa?Berani kau nak sentuh-sentuh awek aku!"Marah Ed.Luthfi menghampiri dua insan tersebut.
"Maaflah.Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia."Luthfi bersuara sopan namun tanpa disedarinya telah membangkitkan amarah Ed.
"Dia tak nak jumpa kau lagi dah.Baik kau berambus sebelum aku naik tangan kat badan kau." Ugut Ed sambil menayangkan buku limanya dihadapan wajah Luthfi.Namun lelaki itu tidak menghiraukan ugutan Ed langsung.Dia mara setapak.
"Qis,dengar cakap saya.Saya ada tujuan untuk semua ni.Plese,dengar penjelasan saya."
Luthfi cuba memujuk.Balqis yang bersembunyi dibelakang Ed hanya mendiamkan diri.Malas mahu mengambil pusing.Tidak akan dia memaaafkan lelaki bernama Luthfi yang berjaya menipunya hidup-hidup.Dia jadi semakin geram.
"Eh,Eh..naik lemak pulak!Kau balik sekarang!"Arah Ed berang.
"Qis,tolonglah!"pujuk Luthfi sayu tidak mengendahkan Ed yang sedang berang.Apa yang penting,segalanya mahu diselesaikan segera.
'Buk!'Kedengaran bunyi satu tumbukan kuat hinggap dipipi Luthfi.Luthfi terdorong kebelakang sambil mengerang kesakitan.Tertunduk dia meemgang pipinya yang sakit.Balqis pula terkejut dengan apa yang terjadi.Luthfi dari keturunan diraja ditumbuk oleh Ed!Mampus!
"Pak cik! Dah lah tu!Jom kita balik!"Ujar Balqis tidak mahu keadaan bertambah buruk.Cukuplah dengan satu tumbukan.Takut-takut,dengan dia sekali masuk penjara dek tumbukan 'spontan' tersebut.Dia menarik lengan Ed mengajaknya pulang.
"Sekali lagi aku jumpa kau,patah riuk tulang kau aku lipat nanti!"gertak Ed sambil melemparkan jelingan tajam kearah Luthfi.Kemudian,Dia beredar bersama Balqis. Luthfi hanya memandang sayu kearah Balqis yang semakin menghilang dipandangan .
"Kenapa ni?Tak mo lah nangis-nangis.Dah tak cute dah awek abang."Usik Ed sambil mengesat lembut kedua pasang mata bundar milik Balqis yang masih berair.Balqis terus merampas tisu dari pegangan Ed.Benci bila dia dikategorikan sebagai 'awek' kepada abang sepupunya sendiri.Melampau!
"La? Tadi menangis,ni nak marah-marah pulak?Cuba cerita kat abang perkara sebenar."Pinta Ed. Balqis mendiamkan diri.Cuma matanya merenung kearah anak-anak ikan yang sedang berkejaran didalam kolam ikan dirumahnya.
"Tak payah lah ambik tahu.Tak de apa-apa pun."geleng Balqis.
"Mana boleh tak de apa-apa? Yang tadi tu,Cakap dengan dia..saya tak nak jumpa dia lagi dah." Diejek semula ayat Balqis itu.Sepantas itulah,Satu cubitan hinggap di lengan Ed.Ed mengaduh kesakitan sambil menggosok lengannya yang berbirat.Bisa betul!
"Menangis macam bini mati laki.Eh,tu pakwe Qis?"Entah kenapa,terselit rasa cemburu di hatinya.Lelaki yang dijumpainya sebentar tadi bagaikan merampas Balqis darinya.Lelaki yang penuh karisma,good looking,berbudi bahasa itu bagaikan menarik Balqis hilang dalam dakapannya.Dia memandang Balqis cuba meminta kepastian.Lama.
"Bukan."Jawab Balqis sepatah.Hampir terlonjak diri Ed tika itu.Rasa mahu terjun kedalam kolam ikan dan berenang dengan senang hatinya.Alahai,hati!Bersabarlah.Ed berdehem beberapa kali sambil membetulkan kedudukannya.Happy gila!
"Pak Cik ni dah kenapa?"Balqis memandang Ed hairan.Ed tersengih.
"Tak de apa- apa lah."
Balqis tersenyum kecil melihat telatah yang entah apa-apa.
"Er..Qis.Macam mana lelaki tu boleh kenal Qis?"Tanya Ed sambil memandang Balqis.
"Kenapa Pak Cik nak tahu?"
"Qis,kan abang dah cakap,jangan panggil Pak Cik.Cium pipi tu,kang!"Ed mengugut ala-ala manja.Naik meluat Balqis mendengarnya.Dia mengerling sekilas kearah Ed yang masih memandangnya.Kemudia dia memandang hadapan.Malas mahu melayan.
"Kenapa Pakcik nak tahu?"Ulang Balqis tidak menghiraukan langsung ugutan Ed.
"Pak Cik lagi.."Dan,tidak semena-mena terasa kucupan halus singgah di pipi kiri Balqis.Terlompat Balqis dibuatnya.
"Pakcik,apa ni?!"Marah Balqis tidak suka.
"Ha..panggil Pak Cik lagi.Kan dah kena free kiss."Ed tersenyum romantis.Naik seriau badan Balqis dibuatnya.Dia bergerak masuk kedalam rumah.Namun,Ed segera menggapai tangannya.Berdebar jantung Balqis.Hampir pecah!Dia memandang Ed.
"Honey,Abang sayang Balqis."
Dan,Balqis terkedu.
P/s : minta lela sambung kan..ehehehehekz!Apa-apa komen,dialu-alukan.Nak rush sebenarnya ^_^
pendeknya... xpuas bca lg. Huhu! Sambung lg...
ReplyDeletekan kannnn. stay tuned!
Deletea'a.. nak lg!! HEE!
Deletebest! :)
ReplyDeletebest3,,,,,^_^
ReplyDeletebest..nak lagi,nak lagi..hehhehe
ReplyDeletehambuii.. bran betoi si ed tu kasi buku lima kat luthfi.. dia xtau luthfi keturunan diraja.. saman kang br tau.. HEHE
ReplyDeleteQis: haa.. pakcik dh confess.. plss do somethin, jgn jatuh cinta pada pakcik :P
hahaha..saman bebanyak takpe!tak kesah un~
ReplyDeletesgt best
ReplyDelete