blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih

Jika Hati Bilang Cinta 5

 Jika Hati Bilang Cinta!5

By:lela Vanila


Hayfa menguis-guis tanah dengan hujung kasutnya.Hampir 15 minit dia menunggu seseorang di taman rekreasi tapi masih tidak muncul-muncul juga.Dahlah dia kata dengan Kak Maya yang dia keluar sekejap saja sebab ada hal penting.Kesian dekat Kak Maya sebab kena tinggal seorang.Si Aqil pula tu keluar dengan Zara.Kemana dia pun tak tahu.Malas nak ambil tahu buang masa saja.

‘Aishh..manalah dia ni,lambat betullah’Hayfa mendengus.

Rambutnya yang diikat satu dibetulkan sebab ditiup angin.Klip rambut yang sengget diklipkan di celah-celah rambutnya.simple dan comel!

 “Hai,Hayfa.Lama tunggu?”

Nabil menanggalkan kaca mata hitamnya.Jelas nampak kekacakkannya.Hati Hayfa gelisah.

“Tak adalah,baru setengah jam”

Nabil tersenyum bila diperli Hayfa.Dah lama rasanya dia tidak bergurau dengan gadis yang kecik dan comel ni.Rindu rasanya.

“maaf saya ada hal tadi,tu yang lambat”

“its okey”

Dia mengambil tempat duduk disebelah Hayfa.Gadis itu menjarakkan sedikit tubuhnya.Tak selesa dia rasa bila duduk berdua-duaan dengan tunang kawannya sendiri.Selama ni pun Lisa Qaifiyah sudah menganggapnya musuh kerana dikuasai perasaan cemburu.Dia tak nak hubungannya dengan Lisa bertambah buruk.

“Ada apa awak nak jumpa saya?”

“saya nak cakap pasal Lisa”

Berubah wajah Nabil Zikry bila mendengar nama tunangnya.Dia menelan air liur.Kelat.

‘apasal pulak dia nak cakap pasal Lisa ni?perempuan tu ada cakap apa-apa ke dekat dia’ngomel hati Nabil.

“Kenapa dengan dia?”

“bukan kenapa dengan dia tapi awak”

Tersentak Nabil.Dia menoleh memandang Hayfa.Tenang sekali wajah gadis yang ada disebelahnya.Hayfa tidak memandangnya.Dia lebih berminat melihat kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan.Dia tersenyum sendiri bila melihat keletah mereka.Terlupa seketika dia pada orang yang duduk disebelahnya.

“kenapa dengan saya?”

“Kenapa awak buat Lisa macam tu?”

“saya buat apa?”

Soalan demi soalan dibahaskan mereka berdua.Satu keluhan terbit dibibir Hayfa.Tak pasal-pasal dia perlu terlibat sekali dengan masalah kawannya.Dia baru saja mahu melupakan lelaki yang pernah mencuri hatinya.Tiba-tiba Lisa datang kepadanya dan meminta tolong hubungan mereka.Hati aku siapa nak tolong?tidakk!!

“awak jangan main-main Nabil”Terjongket kening Nabil bila disoal begitu.

“Apa yang Lisa dah cakap dekat awak?”

“Dia kata awak dah berubah,awak dah tak macam dulu.Kenapa Nabil?”

“saya berubah?”

“iye,awak berubah.Saya harap sangat awak tak akan buat perkara yang sama seperti mana awak 
pernah lakukan dekat saya”Suara Hayfa sedikit kendur.Tiba-tiba dia rasa sebak.Peristiwa lalu bermain difikirannya.

“saya tak ada niat pun nak lakukan semua tu dekat awak Hayfa.Please!give me chance?”rayu Nabil.

“no,saya dah kahwin Nabil.Awak perlu sedar tu”serius sekali kata-kata Hayfa.wajahnya dipalingkan ketempat lain.Dia betul-betul tidak berani bertentangan dengan Nabil jiwanya tidak kuat.‘Kahwin?siapa suami aku?Aqil?tak dia hanya suami samaran saja.Dia hanya nak tolong aku.Tak mungkin semua tu terjadi.Tidak mungkin’Rintih hati Hayfa.

“Hayfa!”panggil Nabil.Hayfa memaling.Wajah Nabil dipandang.

“saya masih sayang awak”

Terkesima seketika Hayfa.Matanya terkebil-kebil merenung lelaki didepannya.Betul ke ni?

“tolonglah Nabil,jangan macam ni.Cukuplah selama ni awak permainkan hati-hati wanita diluar sana.Saya tak nak awak lukakan hati Lisa.Dia gadis yang baik.Dia juga kawan baik saya.Jangan disebabkan saya, awak berdua bergaduh.Saya tak nak semua tu.Saya sayangkan Lisa.Tolong Nabil”rayu Hayfa.Matanya bergenang.Tunggu masa saja air matanya mahu mengalir.

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi Nabil.Saya mohon sangat”potong Hayfa.Dia berdiri betul-betul hadapan Nabil.Wajah lelaki itu dipandang sayu.Lagi sekali dia perlu tinggalkan lelaki yang dia sukai demi kawan yang dikasihi.Mulianya hati kau Hayfa!

“saya harap hari ini merupakan hari terakhir kita berjumpa.Jangan awak ganggu hidup saya mahupun keluarga saya.Awak fikirkanlah apa yang terbaik untuk awak Nabil.Jangan awak buat keputusan terburu-buru”Nasihat Hayfa sebelum berlalu pergi.

Nabil terdiam.Tiada kata-kata yang mampu dibalasnya.Terasa seperti Hayfa baru saja memberinya satu tamparan yang hebat.Dia terfikir seketika.Wajahnya yang tertunduk tadi didonggakkan mencari gadis yang dicintai.Tiada.

“Hayfa Zahranah!!”Laung Nabil Zikry setelah melihat Hayfa yang sedang berjalan menuju ke 
taman permainan.

Dia berlari mengejar Hayfa yang semakin lama semakin jauh.Dia tak nak kehilangan lagi wanita yang dicintainya.Cukuplah sekali.Memang dia bersalah kerana mudah berubah hati.Tapi masa itu dia masih muda.Jiwanya masih mahukan keseronokan.Tapi tidak dia sangka yang dia telah melukakan hati ramai perempuan selama ini.



                                                ****************************
“Aduh!”

Hayfa mengadu kesakitan selepas terlanggar seseorang.Dia menggosok dahinya yang sakit akibat terlanggar belakang orang tu.Itulah padahnya berjalan sambil berangan,semua nak dirempuhnya!

“maaf!maaf!saya tak perasan”ujar Hayfa sambil menunduk-nundukkan kepalanya berulang kali.

“Hayfa!”panggil orang tersebut.Hayfa tersentak.Macam mana orang ni boleh tahu nama aku?

“Aqil”Terkejut Hayfa setelah melihat gerangan yang memanggil namanya.Aqil tersenyum makna.

“Kau memang suka berjalan sambil berangankan.Kau fikirkan apa?bukan main berkerut lagi muka kau aku tengok.Mengalahkan Perdana Menteri pulak aku tengok kau ni.Macam banyak sangat masalah”Perlinya.

Dia ketawa kecil.Hayfa membulatkan matanya.Sakit hatinya setiap kali berjumpa dengan manusia yang bernama Aqil Hilman.Ada saja nak menyakatnya.Dia mendengus.

“Kau buat apa kat sini?”Hayfa cuba mengubah topik.

“Aku teman Zara.Dari semalam dia ajak aku pergi taman.Tak sampai hati pulak tengok muka dia yang sedih tu.Aku ni kan Pak Su dia yang berhati mulia”Aqil masuk bakul angkat sendiri.Hayfa mencebik.

“Perasan!”

“kau pula buat apa kat sini?”

“jumpa kawan”

“kawan?siapa?”Soal Aqil penuh minat.

“lelaki ke perempuan?”sambungnya lagi.

“lelaki”

Aqil terkedu. ‘lelaki?’.Terbit satu perasaan cemburu dihatinya.Hayfa jumpa pakwe dia ke?

“Jumpa pakwe ke?”Aqil tersenyum tawar.

“tak adalah.Kawan lama”balas Hayfa acuh tak acuh.

“Aku kenal ke?”

Kening Hayfa ternaik.Banyak soal pulak mamat ni.Dah macam laki aku pulak.Dia tidak menjawap.Pandangannya dialihkan mencari kelibat Zara .kelihatan Gadis kecil itu sedang seronok bermain gelongsor bersama kawan-kawan sepermainannya.Dia tersenyum.

“Hayfa Zahranah!!”

Hayfa menoleh kebelakang.Nabil kelihatan termengah-mengah berjalan menuju kearahnya.Senyumannya tiba-tiba mati.Terlupa dia pada makhluk yang dia jumpai tadi.Aqil yang perasan nama Hayfa dipanggil juga melihat kearah yang sama.

“Hayfa maafkan saya”

“awak nak apa lagi ni Nabil”Soal Hayfa.keningnya di kerutkan.Lelaki ni memang tak faham bahasa.Aku belasah karang baru tahu.Nasib baik aku puasa.Sabar Hayfa!sabar.

“saya nak awak maafkan saya”

“awak tak buat apa-apa salah kat sayalah”balas Hayfa.

“Awak tipu.Tolong bagi saya peluang tebus kesalahan saya”Rayu Nabil.Dia cuba memegang 
tangan Hayfa tapi pantas Hayfa mengelak.Dia mengundur sedikit kebelakang.

“tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi.Awak dah ada Lisa.Lisaaa..awak tahu.Dia sedang tunggu awak lebih baik awak tebus kesalahan awak dekat dia.Dia betul-betul sayang kan awak.So,stay away okey”Suara Hayfa sudah meninggi.Geram rasanya bila bercakap dengan orang macam ni.Dia mengetap bibirnya.Dalam hati nak saja dia cincang 14 lelaki ni.Suka suki dia saja nak permainkan hati orang lepas tu minta maaf.Ingat senang ke.

“Hayfa…”

“bro,bini wa dah cakap jangan ganggu hidup dia kan yang kau masih ganggu kenapa?kau terasa nak makan penumbuk free ke bulan-bulan puasa ni?”
Aqil Hilman yang diam dari tadi bersuara.Sinis sekali kata-katanya.Dia memang dah lama lemak dengan lelaki yang bernama Nabil Zikry ni.Semua awek dia nak rembat.Tak akan si Hayfa ni pun dia nak cuba.Memang dah lebih!

Nabil terkedu.Dia tak perasan yang Aqil ada bersama Hayfa.Sangkanya Hayfa seorang diri.Wajahnya berubah kelat.Kata-katanya mati begitu saja.Wajah Aqil dipandang tajam.

“maaf.Aku tak perasan kau ada sama.Tapi aku nak jumpa isteri kau kejap”

“jumpa?untuk apa?dulu kau dah pernah rampas Diana dari aku sekarang kau nak rampas Hayfa pula.Tak mungkin.Aku tak akan izinkan.Langkah mayat aku dulu”tegas sekali Aqil bersuara.Tangannya digenggam.

“Baik kau belah sebelum makan penumbuk free aku ni”

Hayfa menelan air liurnya perit.Tak pernah-pernah dia melihat Aqil begitu marah.Dia merapati Aqil.Aqil sudah mengangkat tangannya yang dikepal.Baru saja dia mahu melayangkan tangannya Hayfa memaut.

“bang,dahlah bulan puasa ni.Jom kita balik.”Lembut sekali suara Hayfa.Hati Aqil yang baru saja mendidih beransur tenang.Dia pun tak tahu kenapa.

“Zara jom balik”Laung Hayfa kepada Zara Aishah.Terkedek-kedek kanak-kanak itu berlari mendapatkan Hayfa dan Aqil.

“okeylah Nabil saya balik dulu.Saya harap sangat awak mampu jaga Lisa baik-baik.Selamat Tinggal”

Hayfa berlalu meninggalkan Nabil Zikry yang masih terkebil-kebil memandangnya bersama suami dan anak.Mereka kelihatan bahagia sekali.Betul-betul pasangan yang sesuai.Hayfa dan Aqil memimpin tangan Zara dan kanak-kanak itu berjalan terkedek-kedek sambil ketawa kecil.Jelas menunjukkan yang Hayfa bahagia bersama Aqil.Hatinya terusik.Perasaan cemburu mula timbul.  

‘Sepatutnya Hayfa Zahranah itu milik aku bukannya Aqil Hilman’desis Nabil Zikry.Dia merenung pasangan itu tajam.Api kemarahan mula menjalar-jalar di tubuhnya.

“arghhhh!!”jerit Nabil Zikry.Dia menendang batu yang ada diatas tanah.Kesian dekat batu yang tidak bersalah itu!

                                                **************************

“akak Aqil dah lama tak makan masakan kampung.Rindu pulak rasanya”

Aqil duduk disisi kakaknya yang sedang melihat Zara Aishah melukis.Apa yang dilukisnya maya pun tak tahu.Dia tersenyum.

“Aqil nak makan apa?”soal Maya.

“tekak ni rasa nak makan nangka babat masak lemak cili api  pulak”Ujar Aqil.Dia tersenggih.

“Nangka babat masak lemak cili api ye?rasanya Hayfa boleh buat untuk kamu”
Tersentak Hayfa yang sedang menyapu sampah diluar rumah.Walaupun dia berada diluar tetapi perbualan Maya dengan Aqil masih didengarnya.

“Hayfa kak?boleh ke dia masak?”tanya Aqil.Tidak percaya dia budak macam tu boleh masak makanan kampung.Lebih-lebih lagi masakan susah macam tu.Entah sedap ke tidak?

‘Amboi,dia memperlekehkan kebolehan aku.Ini sudah lebih!’ngomel Hayfa.

“eh,kamu jangan pandang Hayfa sebelah mata dia pandai tau bab-bab masak makanan kampung ni.Dulu dia pernah belajar dengan tok mak dia.Tak baik tau kamu cakap macam tu”bela Maya.Aqil 
mencebik.

“Tah iye tah tak aja kak”
Hayfa mengetap bibir.Panas hati dia bila orang memperlekehkan kebolehannya.

“belum cuba belum tahu”sampuk Hayfa. Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam rumah.Matanya merenung Aqil tajam.Rasa nak terkeluar saja matanya.Aqil membalas renungannya.

“kau betul ke reti masak ni?Goreng telur pun hangus ni kan nak masak masakan kampung.Tak percayalah aku”

“jangan fikir orang yang comel macam aku ni tak pandai masak.kalau aku masak satu kampung datang rumah nak tumpang makan kau tahu”Bidas Hayfa.Sakit betul hati dia.Rasa nak saja ketuk-ketuk kepala adik majikannya ni.Aqil ketawa kecil.

“okey!we will see.Kalau tak sedap apa kau nak buat?”

“kalau tak sedap.Aku akan ikut cakap kau sebagai balasan”
Aqil tersengih nakal.Fikirannya sudah memikirkan agenda yang mahu dilakukan kepada Hayfa.

“Kalau aku masak sedap?”Soal Hayfa pula.

“Aku pula ikut cakap kau tanpa membantah”

“Deal?

“Deal”


Sama-sama menganggukkan kepala.Kak Maya yang dari tadi jadi pemerhati hanya menggelengkan kepalanya.Macam-macam adik dia ni.Jika Hati bilang cinta jangan nak menafikannya lagi Aqil.Dia tersenyum.Jadi bermulalah pertaruhan antara Aqil dan Hayfa.

14 comments:

  1. wah2.. makin hot citer nie.. hehe..


    perghhh... lemak babat.. kecuq air liur aihhh.. bulan2 pose lak nieh.. adehhhh... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..hot2 fm!!tak tau ah ap ina nak post..hehe

      Delete
    2. hehe..tu pun idea mak!ngee~tak tau ah ina nak wat cam ne..tunggu jek lah..

      Delete
  2. wah.. sengit nmpk? hehehe... Siapakah akan jd "PAk/mak tutut" ya? kih3..
    sukanya.. next writter~

    ReplyDelete
  3. hahahahah...tu pun tanya mak~hehe..good luck k pada ina..tak sabo nak tunggu ending..hehe

    ReplyDelete
  4. Xprnh pulak dgn lemak babat ni. Jakun..jakun!

    ReplyDelete
  5. awww, best! Congrates kak Lela! ^_<

    ReplyDelete
  6. gempak la ! best:)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..macehhhh~kak ria -lelavanila-

      Delete
    2. hehehe..thank yup -lelavanila-

      Delete
  7. hahhaha lucu la.. -Rianatsumi-

    ReplyDelete

Jemput komen. Terima kasih