blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih

Jangan Jatuh Cinta Padaku (Part 7)




I love you” bisiknya penuh romantis.Balqis terkesima seketika.Dia memandang Luthfi. Luthfi juga memandangnya dengan pandangan yang lembut . Balqis tidak dapat nafikan , sekeping hatinya sentiasa berdegup buat Luthfi . Hanya Luthfi yang mampu menjadikan hatinya berdegup . Kencang . Tetapi , memikirkan apa yang Luthfi lakukan keatasnya , hatinya jadi panas semula .

            Gitar di tangan Luthfi dirampas lalu dipetik mengikut irama yang bermain di dalam hatinya . Luthfi ternganga . Bila masa pulak Balqis pandai main gitar ni ?? Ha ha ha .

            “Well, when you go

Don't ever think I'll make you try to stay

And maybe when you get back

I'll be off to find another way..” Terkejut beruk Luthfi mendengar Balqis menyanyi lagu omputih . Bukan lagu sembarangan , lagu rock you ! ‘Tak boleh jadi ni ! Misi aku untuk pujuk dia belum selesai . Lagu I don’t love you lagi .. Betul-betul benci ni . Haihh … padanlah muka kau Luth !’ Desis hati Luthfi . Serentak Luthfi merampas gitar tadi dari tangan Balqis .

Gitar tadi dipetik mengikut irama . Balqis kelihatan bengang . Belum sempat nyanyi part penting Luthfi dah rampas gitarnya semula . Ceit ! Balqis , kalau benci .. Tinggalkan aje dia . Namun apa dayanya .. Kakinya seolah –olah dipasung ke bumi . Ah sudah , katakan saja kau masih cintakan dia dan terima dia seadanya . Mengapa begitu sukar Balqis ? Tidak –tidak ! Dia sudah membohongiku ! Hatinya berperang .

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain” Dengan muka yang penuh dengan sentimen comel . Ada yang kiok kejap lagi ni karang . Nak nyanyi lagu tak menahan , lagu Bruno Mars lagi . Ceit !

“Maafkan sayee …” Sengaja Luthfi memekatkan perkataan ‘saya’ . Balqis sengaja mendengus . Sebenarnya , separuh hatinya sudah lama memaafkan Luthfi . Sengaja menguji Luthfi sebenarnya .

“Tak nak beli tak nak beli” Balqis melayang –layangkan tangannya gaya tak nak beli . Macam reject  jurujual minyak aje gaya dia menolak . Ha ha ha .

“Awak … Saya serius ni ..”

“Kalau awak serius , awak tak buat saya macam ni ..”

I was just being cautious !”

Men are always the same ! Mulut manis . Pembohong ..”

“Batrisya Balqis … Watch your mouth ! Kalau awak fikir saya macam lelaki lelaki yang di luar sana , awak silap ! Silap sama sekali . Huh !” Terus Luthfi meninggalkan Balqis terpontang –panting di situ . Balqis tersentap . Ada rasa kesal yang teramat mula menggigit hatinya .

Pekebende kau buat ni Balqis ??” Balqis mengetuk kepalanya beberapa kali . Tindakan yang paling sengal pernah dia lakukan . Luthfi berjalan dan terus berjalan meninggalkannya .

So this is the end ? You gave up ?? Don’t you dare leaving me right here alone Mr Luthfi !” Jerit Balqis sekuat hati . Luthfi terhenti .

“Awak terlalu keras untuk saya lenturkan .. Awak tak percayakan saya . Well , sayakan lelaki bermulut manis . Terima kasihlah ..”Balas Luthfi bersama keluhan kasar sebelum berlalu pergi . Sebal sungguh hatinya . Mengapa orang yang dia paling cinta juga menganggapnya lelaki yang bermulut manis ?? Tidak sedarkah Balqis bahawa apa yang dia rasa buat pertama kalinya itu datangnya suci dan ikhlas dari sekeping hatinya yang tidak pernah terbuka buat insan lain ?!

I’m sorry ..” Bisik Balqis perlahan . Tidak terluah sebenarnya  . Figura tubuh Luthfi semakin lama semakin menghilang . Balqis memandang sekelilingnya . Terasa kosong .. Kosong yang teramat . Air mata mulai mengalir lesu .


BERHARI – HARI Luthfi merajuk . Langsung tidak menjengah , menelefon . Hendak berjumpa jauh sekali . Balqis menilik telefon bimbitnya yang sudah menyepi lebih dari tiga hari .

            “Nak telefon ke tak ?” Balqis menutup dokumen yang berlambak di hadapannya . Sudah malas hendak menghadap . Tiada mood . Inilah yang dikatakan jasad disini tetapi hati di tempat lain . Sihatkah dia ? Sejak kebelakangan ini selalu sangat hujan . Siang malam hujan sehingga beberapa buah rumah di kawasan perumahannya dibanjiri air . Mana taknya , hujan turun tidak henti – henti .

            Belum cerita lagi banjir kilat  .  Selalu sangat berlaku . Tak lama lagi rosaklah enjin keretanya . Pheww .. Balqis kembali membelek telefon bimbitnya .

            “Tak salah kalau sesekali aku mengalah , Balqis .. Rileks .. Rileks ..” Balqis menarik nafas dan dihembuskan dan mengulang lagi perkara yang sama . Punat maya berwarna hijau itu ditekan ..

            ‘Tut tut .. Tut tut ..’ Balqis mengeluh lemah . Besar sangatkah salahnya sehingga tidak dapat dimaafkan ? Besar sangatkah ?? Balqis menekan lagi punat hijau itu . Masih tiada jawapan . Serentak telefonnya dihumban . Berderai kaca skrin telefon bimbit itu . Sebal sungguh hatinya .

            “Tak nak kawan ya ? Saya pun tak kawan awak ! Huh !”  Getus Balqis .

            Balqis mengambil cuti separuh hari . Rasa tidak sihatlah pula . Balqis berjalan meredah kesesakan lalu lintas . Keretanya dibiarkan tersadai di tempat parkir pejabatnya . Tiada hati hendak memandu .

            Kesesakan seolah –olah menggembirakan hatinya . Tidak terasa keseorangan . Melihat telatah manusia-manusia pelbagai ragam disekelilingnya sudah cukup menggembirakan sekeping hati yang sedang lara itu .

            Matanya tertancap ke arah sepasang pasangan yang sepadan bak merpati sejoli . Si teman lelaki membelikan sebatang ais krim buat si kekasih hati . Kekasih hati kelihatan serba salah kerana si lelaki tidak dapat merasa sedikit air krim itu . Lalu mereka mula suap menyuap . Lelaki itu kelihatan malu –malu pada awalnya .

            Siap tolak –tolak lagi . Namun dia terima juga akhirnya . Perempuan itu tersenyum manja buat si kekasih . Lelaki itu menggaru –garu kepalanya . Mesti segan . Pada awalnya Balqis tersenyum –senyum melihat pasangan itu .. Tetapi melihatkan kemesraan mereka .. Hatinya mula sakit . Cemburu ! Lantas dipalingkan kepalanya ke arah lain .

            Ketika sedang mengelamun , bahunya terasa dicuit . Seorang lelaki berjanggut , berkaca mata hitam memakai kemeja putih bersama seluar putih sambil memegang gitar hitam  tersengih memandangnya . Balqis mencebir .

            Lelaki tadi mencuit lagi bahunya . Balqis mendengus .  
       
            “Jangan ganggu aku boleh tak ??” Marah Balqis garang . Lelaki tak mencuit lagi bahunya . Balqis malas hendak panjang-panjangkan cerita , Dia terus bangun dan berjalan meninggalkan lelaki pelik tadi . Lelaki itu mula memetik gitarnya dan ...

            “ Aku ingin menjadi  mimpi indah dalam tidurmu” Balqis berhenti . Dia tergamam . Suara ini .. Suara ini !! Serentak dia berpaling . Cermin mata di buka , janggut tadi juga sudah dibuka . Terserlahlah Luthfi yang kelihatan sangat kacak bersama senyuman yang sangat manis . Balqis menekup mulutnya . Tidak percaya . Hampir –hampir sahaja dia menangis .

“  Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapu tanpa dirimu..
Oh .. Karena , hati telah letih ..” Luthfi berjalan mengelilingi tubuh Balqis sambil menyanyi dan memetik gitar . Kebanyakkan pejalan kaki berhenti melihat tingkah Luthfi . Luthfi asyik tersenyum dan tersenyum . Dia mengenyitkan matanya ke Balqis . Balqis tersenyum malu . He he he .

Balqis membalas kenyitan mata dengan flying kiss . Luthfi pantas berlakon seolah –olah menangkapnya dan melekapkan tangannya ke dada sambil tersenyum senang . Nampaknya rancangannya berjaya ! Yeah !

“Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh ,
 Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu .
Tanpamu sepinya waktu merantai hati .
Oh bayangmu seakan .. akan ...
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu ..  oh ..” Tiba –tiba Luthfi berhenti menyanyi . Bahagian best fulak tu ! Cis . Petikan gitar semakin rancak .

If I could a superman , I’ll fly you to the star ...” Luthfi memandang langit dan ..

And back again .. Cause everytime you touch my hand ..
I feel my powers running through your vein ...
But I can only write this song and tell you ..
That I’m not that strong ..
Cause I’m no superman ..
I hope you’ll like as I am ...” Luthfi menamatkan nyanyiannya dengan senyuman yang menawan lagak seperti prince . Dia menyambung lagi ...

Cause I’m no superman ... I hope you’ll like me .. As I am ..” Serentak senyuman terharu terukir di bibir Balqis . Sebuah tepukan gemuruh dihadiahkan kepada Luthfi . Luthfi mengenyitkan matanya lagi . Ada yang pengsan sekejap lagi ni karang .

“Boleh awak maafkan saya wahai Batrisya Balqis ?” Serentak Balqis mengangguk laju . Sepatutnya dia yang meminta maaf  , bukannya Luthfi . Kenapa terbalik pulak ni ?

“ Dan .. Sudikah awak jadi teman hidup saya di kala susah dan senang saya ? Ketika saya sihat dan ketika saya sakit ? Saya akan teman awak di kala susah dan senang , kala awak sihat dan sakit .. Selamanya menyayangi awak sepenuh jiwa raga saya .. Tengku hanya pada nama .. Apa yang penting di sini ..” Luthfi membawa tangan Balqis menyentuh dadanya . Balqis mengalirkan air matanya . Ah sudah ! Terlalu ‘sweat’ macam mana tak nak menangis ? Cis !

Balqis mencari-cari sesuatu .. Luthfi mengerutkan dahinya . Apa pulak yang Balqis cari pulak ni ?

“Mana cincinnya ?” Serentak Luthfi menepuk dahinya sambil tersengih .  

“He he he .. Lupa . Lupa .”  Luthfi menyeluk poketnya .. Bersinar –sinar mata Balqis melihat Luthfi berura-ura membuka kotak kecil baldu berwarna biru itu .. Sebaik sahaja dibuka ....

Serentak Balqis mengecilkan matanya sambil mempamerkan wajah bengang . Tak ada apa –apa pun ????! Argh ! Sakit hati .

“ Benci .. Huh !” Balqis berpaling ...

“Sayang .. Cuba lihat di tangan tu ..” Balqis terhenti . Jari jemarinya diangkat . Sebentuk cincin yang cantik terukir namanya dan Luthfi tersarung di jarinya . Oh tidak ! Sejak bila Luthfi pandai main silap mata ni ? Balqis berpaling . Luthfi tersengih seraya menjongket –jongket keningnya . Nakal sekali wajahnya . Balqis perlahan –lahan mengukirkan senyuman . Luthfi juga turut tersenyum ....


“KOMPANG DIPALU pengantin baru , duduk bersanding tersipu malu ...”  Luthfi dan Balqis tersenyum sama sendiri . Tersipu –sipu lagi . Bila ditegur , seorang pandang sana ; seorang pandang sini . Wajah masing –masing memerah . Warna emas menjadi pilihan Luthfi dan Balqis . Sama kacak , sama cantik . Bagai pinang ‘dibelah –belah’ .

            “ Kau orang ni nak join aku duduk dekat pelamin ni ke ??” Skreeett ! Mati segala mesej –mesej cinta yang Luthfi ingin sampaikan ke Balqis yang berdiri di hujung pelamin sebelah perempuan dari tadi  . Haizz ! Ed ni kacau line sungguh !

            Pasangan Ed , Tia tergelak kecil mendengar Ed mengomel . Ya , dua bulan selepas Ed pasrah akan pemergian Balqis dari hidupnya , dia mula membuka lembaran baru .. Membuka hatinya yang ditutup kepada mana –mana gadis kecuali Balqis . Dia mula belajar erti redha . Mengapa perlu memaksa orang yang tidak sudi ?

            Ed tekad melamar Tia menjadi pemaisuri hatinya setelah merasakan Tialah orang yang sesuai dengannya . Tia yang peramah , Tia yang mengambil berat .. Tia yang ceria .. Tia sering membuat hari –harinya ceria daripada biasa . Sungguh .. Dia sangat bersyukur dipertemukan dengan gadis secantik dan sebaik Tia ..

            “Kau mengelamun tak apa !” Luthfi mengomel geram . Serentak Ed tergelak kecil . Ah sudah , dia pula jadi mangsa .

            Luthfi membuang pandang kepada Balqis semula .. Balqis tersenyum sambil mengenyitkan matanya . Comel sekali di mata Luthfi .. Luthfi membisikkan sesuatu ..

            “I .. LOVE .. YOU .. Sayang ..

Baiklah , sebagai orang yang terakhir ; dengan bangganya saya menutup tirai JJCP :) Jangan lupa derma komen okey ? Ok ke , tak ok ke .. Ke K.O Ke. He he he . 
Awok-awok semua , jika anda berminat dengan hasil kerja saya .. Ikutilah beberapa cerpen pendek saya di sini :) Salam sayang ... ELLYNE ALYANA :) he he he :D 

Lagu-2 yang terlibat dalam penghasilan JJCP 7 :) 


I don't Love you - MCR 

It Will Rain - Bruno Mars 

Dealova - Once 

Superman - Joe Brooks :) 

Semoga terhibur uOls! :D hehe


15 comments:

  1. ohmaiiiiiiiiiiiiiiii....
    nama saya lahhhhh!!!!


    malu nyerr.. berangan dah ni bersanding dengan ed.. wkakakaka..

    #perasan sat. tia tu saye kan? wkakaka.. =P

    ReplyDelete
  2. amboih2... sweat sungguh sampai banjir... haha. Bestnya jadi balqis ada org proposed dia dkt tempat awam, x pasal jadi public figure.. retiss you. ;)


    psst... dah tutup tirai JJCP, tak bukak tirai baru utk cerita baru yg lain pulak ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis , haha xD yup lepaih ni bukak cenggita baru fulak meh :D -- Ellyne

      Delete
  3. Hhahaa ! yup , akaklah . haha xD -- Ellyne

    ReplyDelete
  4. akhirnya...
    hehehe...best2...
    nnt buat la lagi...
    ^^
    sweet je dah macam gula2 hakcs...
    heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha :) akhirnya berakhir jugak ken ? kekeke :D

      Saya suka hacks . ahhaa <-- otak kelaut memalam nyih . muehehe :D -Ellyne

      Delete
  5. nama buat tia..ria pun boleh juga hahahha nice...tamat akhirnya projek kita....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ria : hahah ! nak saya tukar ? hehe :D merajuk kat tia kang . muahaha

      Delete
  6. wahh.. suka sanga(x infinity)..

    untunglah jadi balqis..:D

    thumbs up!! enjoy baca.. siap dgn ada lagu lg.. HUHUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . aiyak . balqis memey beruntung . hehehe :D

      Nanti karang pembaca tercari-2 lagu apa . hehe :D tu yang post dengan lagu sekali meh . muehehe

      Delete
  7. best kowt..terbaek...

    ReplyDelete
  8. Aiyarkkk! kne diabetes laa sbb sweet sgt! seriouslyy sweet Luthfii~ <3

    ReplyDelete
  9. sweetttttt citer niyh ! suke3 ..

    ReplyDelete

Jemput komen. Terima kasih