Hayfa bersiap sesegera mungkin bila terdengar suara Aqil diluar biliknya.Di sarung cardigan hitam dipadankan seluar jeans colour biru.Rambutnya diikat satu.Simple!
"Cepatlah nenek! Lambat! nenek aku lagi cepat dari kau lah." Kedengaran suara Aqil memprotes dihadapan pintu biliknya.Diketuk-ketuk pintu itu berulang-ulang kali.Kedengaran Aqil membebel yang dia sendiri tidak pasti ucapannya.
"Aku kira sampai tiga..Kalau tak,aku terjah masuk bilik kau!1..."Aqil memulakan kirannya.Tergesa-gesa Hayfa yang sedang mencalit lip gloss dibibirnya.
Tak menyempat-menyempat betul! bentak Hayfa bengang.Pantas dia mencapai eyeliner lalu dicalit pada kelopak matanya.
"2....3..." Belum sempat dia memulas tombol pintu milik Hayfa.Pintu sudah dibuka dari dalam.Matanya terpaku pada wajah Hayfa.Lama.Hayfa pulak kaget.Aku solek tebal sangat ke?Atau..aku terlalu cantik sangat nih?Hayfa tersenyum malu tiba-tiba.Kot ye pun aku lawa sangat,tak usah lah nak tengok aku macam tak pernah jumpa perempuan.Hayfa tersengih dalam hati.
Kemudian, Aqil tergelak besar.Dituding-tudingnya kearah wajah gadis itu.Entah apa yang kelakar pada dirinya membuatkan dia jadi bahan ketawa lelaki itu.
"Apasal ni?"Hayfa sudah memuncung.
Aqil tawa terbaha-bahak.Bagaikan tiada penghujungnya.Sambil menuding-nuding kearahnya pulak tu.
"Yang awak ni macam kena sampuk hantu,kenapa?Tahulah awak tak pernah tengok perempuan bersolek,tak payahlah nak gelak macam saya ni tak pandai bersolek pulakk.." Suara Hayfa sedikit meninggi.
"Memang kau tak reti nak make-up pun.Jauh beza dengan orang Jepun,tau tak!Muka kau ni kalah Ju-On!" Aqil terduduk sambil memegang perutnya.Kemudian dia bangun kembali sambil cuba menahan tawanya.Terkebil-kebil Hayfa memandangnya.
"Cuba kau tengok cermin.."arah Aqil.Hayfa akur.Dihampirinya cermin solek yang terletak di ruang tamu itu.Dari jauh dia sudah nampak kecacatannya dimana.Bibirnya!
Aduh! Macam mana boleh tersimpang jauh ni? Calitannya sudah tersasar jauh dari garisan bibirnya.Padan tulah muka aku dikatakan Ju-On! Hampeh!Bukan nak tegur baik-baik.Digelaknya lagi!Hayfa mencebik.Tangannya diangkat untuk menyapu calitan tersebut.Namun,Aqil yang berada disisinya membuatkan dia memandang tajam kearah Aqil yang sibuk memerhatikannya.
"Apa?Tak pernah nampak orang pakai lipstick ke?" Sergah Hayfa geram.
Aqil tersenyum kecil.Dihampirinya Hayfa.Spontan tangan kanannya menyapu calitan yang tidak diingini itu.Berdetak hebat jantungnya.Tangan lelaki itu jatuh dibibirnya!!!Ingin saja dia menjerit supaya hentikan perlakuannya yang begitu gentleman.Tapi,dia lemah dengan sentuhan lelaki yang mula menarik perhatiannya itu.
"Hah!" Sergah Aqil tiba-tiba.Hayfa terkejut.Mati segala lamunannya. Dia memandang Aqil yang tergelak lucu melihatnya yang sedang mengelamun.Gadis manis itu mencebik geram.Tak habis-habis!
"Amboii..Kau fikir apa? nak lagi ke? Boleh aja.." Usik Aqil sambil tergelak-gelak.
Kepala otak kau lah! Namun kata-kata itu hanya dilontar pada hatinya sahaja.
Malas mahu melayan,Hayfa bergerak menuju ke bilik Maya.
"Eh, kau nak pergi mana?" Soal Aqil tiba-tiba.
"Bilik Kak Maya."
"Kak Maya tak pergi.Dia suruh kita bungkuskan makanan untuk dia je."Suara Aqil bersahaja. Hayfa tersentak. Bungkus je?
"Dah tu? Kak Maya nak berbuka apa?"
"Aduhh..Lembaplah kau ni!Kak Maya cuti.Dia cakap bungkus je makanan.Lagipun siapa nak jaga Zara kalau semua pergi.Zara tu,dahlah berak merata.Kang tak memasal aku kena patah balik rumah pulak kang!"
"Cuti?"Hayfa termangu sebentar.
"Kan Kak Maya tak kerja.Apasal pulak dia cuti?."Hayfa terpinga-pinga.Seketika Aqil menepuk dahinya.
"Kau ni lelaki ke perempuan?Nak suruh aku cakap terang -terang ke? Kak Maya period lah!" Jawab Aqil selamba mengundang kemerahan diwajah gadis itu.
"Nak suruh aku tambah lagi ke?"
"Tak payah! Buang masa je!"bentak Hayfa bengang.Dia berlalu tidak menghiraukan Aqil.
"Eh,nak pergi mana tu?" Tanya Aqil bodoh.
Hayfa mengecilkan kelopak matanya. "Awak nak pergi berbuka ke tak?"
"Nak!"
****************************
Sementara menunggu azan maghrib berkumandang,Aqil dan Hayfa duduk memerhatikan ukiran seni yang terdapat disiling restoran tersebut.Indah! Ukiran tersebut menceritakan seorang lelaki melamar seorang gadis pujaannya.Teringat pula kisahnya dengan Nabil petang semalam.Munculnya dia bagaikan muncul cinta dahulu.
'Nabil Zikry..'
Lelaki pertama yang berjaya merebut hatinya tika zaman persekolahan dahulu sekaligus merebut tempat pertama di carta hatinya.Lelaki yang mempunyai raut wajah yang iras ala-ala pelakon Korea,Won Bin itu menjadi kegilaan zaman sekolahnya.Namun,sekarang..Semua hanya tinggal kenangan bila kasih lelaki itu berubah kearah sahabat baiknya,Lisa Qaifiyah.Sakit di hati hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.Lebih sakit bila mengetahui Lisa sanggup memutuskan tali persahabatannya gara- gara cemburu buta.Nah,Sekarang ni terjadi pada diri Lisa.Lisa tanpa segan silu meminta bantuan darinya.
Tiba-tiba..
"Kau kenal Nabil?" soalan itu terpacul keluar dari bibir lelaki itu menyentakkan lamunannya.
"Hah? Kawan sekolah dulu,kenapa?"
"Oh..Saja nak tanya.."
Hayfa membisu kemudian.Tup-tup,Dia tanya pasal Nabil bila aku fikirkan pasal lelaki itu.Kebetulan..
"Kau ada apa-apa ke dengan Nabil tu?"
Segera Hayfa menggeleng laju.Selisih malaikat empat puluh empat!Minta dijauhkan! Eh,asyik dia je yang tanya aku,.Kau pun kenal dia jugak kan!
"Yang awak pulak..mana kenal dia??"
Aqil tersenyum sumbing.
"Kawan aku kat UK.Tapi,dia bukan kawan aku.Dia rampas awek aku."
Hah?!Biar betik?!Lelaki yang bernama Nabil Zikry memang suka berganti pasangan kah?Syukur dia tidak dijodohkan dengan lelaki itu.
best2! next writer! hihikkk <3
ReplyDeleteaik.. awek aqil pun nabil kebaih? ish3.. hehe.. next ya~
ReplyDeletehaahh. such a playboy! hate it :(
Deleteaww~ jangan benci sangat naa.. kang jatuh hati pulak kat mana2 playboy.. hihihi..jk
Deletelawak+best+comel ! haha XD like3 !
ReplyDeletehahaha.. adeh sengal lah hayfa ni... cuti pun tak tahu? hahaha.. adehhh
ReplyDeleteamboi slamber ya aqil lap lipstik comot kat mulut hyfa..hehe.. next writer do your best !(:
ReplyDelete