JiKa Hati BiLaNG CiNTa! 6
by:puteri ina
“apa aku nak buat ni?”
Hayfa mengosok-gosok kepalanya.Dia kegelisahan didalam biliknya.Sekejap duduk sekejap berdiri.Hampir 20 minit keadaannya begitu.
‘itulah kau siapa suruh pandai-pandai nak bertaruh dengan mamat poyo tu?kan kau sendiri yang susah.Padan muka’kutuk hatinya.Dia mengeluh.
“Aduh,macam mana ni.Dahlah makanan yang mamat tu minta aku tak sempat belajar lagi dengan Tok Mak.”Dia termenung.Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya.
“hah!Tok mak”
Hayfa memetik jarinya.Dia sudah tersenggih jahat.Akhirnya,ada juga orang yang boleh membantunya.Pantas telefon bimbit dicapai diatas meja.
“Assalammualaikum tok mak”sapa Hayfa selepas talian disambungkan.Kedengaran suara seorang wanita menyambut salamnya.
“Tok Mak apa khabar?”
“alhamdulilah,kamu pula?ada apa telefon pagi-pagi ni?”Soal Tok Mak.
“sihat tok mak,Hayfa ada benda nak minta tolong dekat tok mak ni.Penting sangat antara hidup dengan mati ni”balas Hayfa.Berkerut wajah orang tua tu.
“Hidup dan mati?serius bunyinya.Apa benda yang penting sangat tu?”Soal Tok mak pelik.
“Tok mak nak mintak resepi Babat nangka masak lemak cili api boleh tak?”
Kedengaran Tok Mak ketawa kuat dicorong telefon.Keningnya terjongket keatas.Dia ada buat kelakar ke sampai Tok Mak dia ketawa macam tu sekali.Tak akanlah minta resepi pun kelakar.Pelik.
“Tok Mak”panggil Hayfa.Geram dia bila tok maknya ketawa tak berhenti-henti.
“okey-okey!maaf.Kelakarlah kamu ni”
“apa yang kelakarnya tok mak?”
“yela minta resepi babat nangka masak lemak cili api pun sampai masuk soal hidup dan mati pula.Macam-macamlah kamu ni”Tok mak menyambung tawanya.
“Tok mak ni jahat je ketawakan Hayfa.Cepatlah tok.”rungut Hayfa.Bibirnya dimuncungkan.
“iyelah Tok Mak bagi.Tapi bukan kamu dah belajar ke semua masakan kampung?”
“memanglah tapi yang ni Hayfa tak sempat belajar”balasnya.
“aishh..macam-macamlah kamu ni.Hah,tu dah ambil pen dengan kertas belum.Karang tok mak cakap bukannya ingat”perli tok mak.
“Nak ambillah ni”
Tangannya mencapai kertas dan pen diatas meja lampu.Lantas dia duduk bersila diatas katilnya.
“hah bagus.Macam ni masaknya..”
“terima kasih tok mak”
Hayfa mematikan panggilan.Dia tersenggih-senggih sambil ketawa nakal.
‘habislah kau Aqil Hilman.’desis hatinya.
*****************************
Hayfa mengerling jam yang ada didapur.Jam sudah menunjukkan keangka 7 petang.Dia tersenyum puas.Meja makan sudah siap terhidang.Akhirnya berjaya juga dia menyiapkan hidangan yang diminta Aqil. ‘terima kasih tok mak’bisik hatinya.
“Hayfa,makanan dah siap?”soal kak maya menuju.
“Sudah kak”balas Hayfa.
“umm..sedapnya bau.Mesti sedap ni”puji kak Maya.Hayfa sudah tersenyum bangga.
“tak adalah kak.Hayfa main campak-campak je”
Hayfa membantu Maya mengambil tempat.Bulan Syawal hampir tiba.Tak sangka sudah genap sebulan dia bekerja dirumah ini.Pelbagai yang dialami.Keadaan Kak Maya pun sudah semakin baik.Kakinya sekarang sudah semakin pulih.Dia pun bersyukur kerana usahanya selama ini berhasil.Setiap malam dia mengurut kaki kak maya dan membantunya berjalan. Sekarang Kak Maya sudah mampu berjalan sedikit.Dia selalu berdoa semoga majikannya dapat kebahagiaannya kembali.
“Hayfa!”
Tersentak Hayfa bila dipanggil Kak Maya.Dia memandang majikannya.Wanita itu tersenyum.
“Ada apa kak?”soal Hayfa.
“pergi panggil Aqil dengan Aisyah.Waktu berbuka dah nak masuk ni”
“baik kak”
Hayfa menapak keruang atas.Perlahan-lahan langkahnya diatur menaiki tangga.Langkahnya terhenti pada tapak terakhir.Kelihatan Aqil sedang melayan Zara Aisyah.Tidak henti-henti mulut kecil itu membebel.Biasalah budak baru dapat mulut.Dia tersenyum.Tiba-tiba hatinya terusik.Aqil seorang lelaki yang mempunyai sifat kebapaan.Untung siapa yang memilikinya.
“hah”Sergah Aqil.
“arghhh”
Hayfa mengurut dadanya yang terkejut.Mahu gugur jantungnya bila disergah begitu.Kelihatan Aqil sedang ketawa terkekek-kekek mengelakannya.Dia mengetap bibir.Nasib baik dia tak jatuh tadi.Kalau jatuh mahu beraya dekat hospital.Mamat ni memang nak kena dengan dia.Tunggu sajalah.
“Dah-dahlah tu ketawa.Ingat kelakar sangatlah tu”marah Hayfa.
“Kelakarlah tengok muka kau yang cemberut tu”balas Aqil yang masih ketawa.Dia menekan-nekan perutnya menahan ketawa.Hati Hayfa betul-betul panas.Nak saja dia belasah lelaki didepannya ini.
“suka hati kaulah.Dah turun cepat kak Maya panggil.Dah nak berbuka dah”
“kau dah siap ke masak?”
“tengok oranglah”kerek sekali balas Hayfa.Aqil mencebik.
“entah sedap entah tak”
“cuba dululah”
“kalau tak sedap.Kau tahulah akibatnya”ugut Aqil.Dia sudah tersengih nakal.
“Malas aku layan kau”
Hayfa memalingkan badannya.Pantas dia menuruni tangga.Panas betul hatinya.Aqil dan Zara Aisyah menuruti langkahnya.
“Hah,Aqil cepat baca doa dah masuk waktu dah ni”arah Kak Maya selepas Aqil duduk dihujung meja.
Masing-masing menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibacanya.Terliur Aqil memandang Babat Nangka masak lemak cili api.Laju saja tangan dia mencapai senduk dan mencedok lauk yang tersedia.
Satu suapan disuakan kemulutnya.Dia terkedu.Pandangannya di alihkan kearah Hayfa yang sudah tersenggih-senggih memandangnya.
“Macam mana?”soal Hayfa.Masih tiada jawapan yang keluar dari mulut Aqil.Dia betul-betul tergamam. ‘sedap’desis hatinya.
“mengaku kalah sajalah Aqil”Kak Maya sudah ketawa kecil.Kelat sungguh wajah Aqil.
“Kenapa pula Aqil nak mengaku kalah kak?”soal Aqil.Suapan demi suapan dimasukan kemulutnya.
“yela,kamu dah kalah dengan Hayfa.Masakan dia sedapkan jadi kamu kenalah mengaku semua tu”balas Kak Maya.
“bolehlah”
Hayfa mengetap bibir.
Bolehlah dia kata?aku silap dengar ke apa?
“bolehlah kamu kata.Masih tak nak mengaku”bidas Kak Maya.
“yela sedap”akhirnya Aqil mengalah.
Hayfa bersorak kemenangan.Dia tersengih kambing memandang Aqil.Baru dia tahu siapa Hayfa Zahranah.Jangan pandang dia sebelah mata.Hati Hayfa sudah ketawa nakal.
“jadi?”
“jadi apa?”
“ganjaran akulah”Hayfa tersenyum nakal.Aqil menjelingnya.
“yela aku tahulah.”rungut Aqil.Hayfa menjelirkan lidahnya. ‘padan muka’desisnya.
****************************
“Hayfa jom ikut.”
Hayfa yang sedang membersihkan pinggan mangguk menoleh.Kelihatan Aqil sedang menyandarkan tubuhnya kedinding.
“pergi mana?”
“shopping”
“shopping?nak buat apa?”keningnya terjongket.Pelik betul dia bila dengar lelaki seperti Aqil ni
mengajaknya shopping.
“aku nak beli baju raya untuk Aisyah.Alang-alang tu aku nak beli baju aku sekali.Kalau kau nak pun boleh.”Aqil tersenyum nakal.Keningnya dinaik-naikkan.
“Kak Maya ikut tak?”soal Hayfa.Tak mahu dia keluar berdua-duaan lagi dengan mamat poyo ni.Perasan saja lebih.
“Ikut.Dia orang tengah siap-siap.Lepas kau siap basuh pinggan kau pun pergi siap.Jangan nak lambat lagi macam hari tu”
Hayfa mendengus.Teringat kembali peristiwa dia dikenakan semasa mahu keluar berbuka.Malu gila dia.Rasa nak sorok saja muka bawah katilnya.
“yela aku pergilah ni”balas Hayfa.
‘kerja nak mengarah orang saja.’bebel Hayfa.Aqil yang terdengar kata-kata Hayfa ketawa kecil.Dia pun tak tahu kenapa hatinya rasa bahagia sekali bila bersama Hayfa.Gadis ini sudah berjaya mengetuk pintu hatinya setelah dilukakan kekasih lama.Itu semua disebabkan Nabil Zikry.Kalau tidak kerana nya pasti dia dah lama bahagia.
“Dah termenung apa tu?kata nak pergi beli baju raya.Cepatlah!kak Maya dah tunggu dah tu”laung Hayfa dari luar rumah.Tersentak Aqil yang masih ada didapur.Dia menoleh.
‘amboi..cepat gila dia bersiap.Tak sempat aku nak mengelamun.’
Aqil mencapai kunci kereta diatas meja.Dia membetul-betulkan baju t-shirt yang dipakainya.smart!
**********************
Hayfa mengeluh.Lemah betul dia bila pergi super market time-time macam ni.Lebih-lebih lagi masa-masa dah nak raya.Lagilah dia lemah.Kena berpusu-pusu .Menyampah betul!
“Aqil jalan tu perlahan-lahan boleh tak”marah Hayfa.Semput dia mengejar langkah Aqil.Berjalan tak geti perlahan.
“ala..minah ni,Jalan terkedek-kedek”bebel Aqil.Langkahnya dihentikan.Zara Aisyah dan Kak Maya sudah pergi ketempat lain.Katanya mahu mencari pakaian Zara Aisyah.Dia pula disuruh mengikut
Aqil Hilman.
“kedek-kedek!dia tu yang jalan tak reti nak perlahan”
“kau yang jalan perlahan.Aku pula yang kena”bidas Aqil.
“dahlah cepat jalan”
Hayfa mengetap bibirnya.Geramnya…
“Ayfa!”laung seseorang dari arah belakang.Hayfa menoleh.
“Lisa”
Lisa Qaifiyah melambai-lambaikan tangannya sambil berjalan menuju kearah Hayfa.Hayfa terkedu.
Apa dia buat dekat sini?Siapa yang ada bersama dengan dia tu?Tak akanlah..
“Ayfa,Tak sangka jumpa kau dekat sini”mesra sekali Lisa menegur Hayfa.Tapi dia masih membatukan diri.Dia memandang Nabil Zikry yang ada disebelah Lisa Qaifiyah.Pandangannya mula beralih ketangan mereka.Lisa memaut mesra lengan tunangnya.
Mereka sudah berbaik ke?Baguslah.
“Kau buat apa dekat sini”Soal Hayfa gugup.
“Aku beli barang sikit dengan Nabil. Kau pulak buat apa dekat sini?”
“aku pun beli barang juga”balas Hayfa.
“Kau dengan siapa?”
GULP!dia menelan air liurnya.kelat.Apa yang nak cakap ni?Dia mencari-cari kelibat Aqil.
‘mana pulak ni’
“aku datang dengann..mmm..dengan..”
“Dia datang dengan saya”sambung Aqil sambil merangkul pinggang Hayfa.Tersentak Hayfa dibuatnya.Dia memegang dadanya.Rasa nak terkeluar saja jantungnya bila dilakukan begitu oleh Aqil.Lelaki ini betul-betul buat jiwanya kacau.
“awak siapa?”Soal Lisa pelik.
“dia suami Hayfa”sampuk Nabil.Dia memandang Aqil dengan Hayfa jelik.Meluat dia memandang pasangan didepannya.
Terlopong mulut Lisa.Bila kawannya ini kahwin?kenapa dia tak tahu apa-apa pun?Pelbagai persoalan bermain dimindanya.
“kau dah kahwin?”
Hanya anggukan diberi Hayfa.Aqil yang ada disebelah dipandang.
‘maaf Aqil aku banyak menyusahkan kau’
“Eh!sayang dah pukul berapa dah ni?”soal Aqil tiba-tiba.Dia melihat jam yang ada dipergelangan tangannya.
“okeylah,Nabil and you?”
“Lisa”
“hah,Lisa we need to go.See you again”ujar Aqil.Dia memaut tangan Hayfa.
“Ayfa sekejap”tahan Lisa.Dia memeluk Hayfa erat.Terkesima Hayfa bila dipeluk Lisa.Pelik.
“thank Ayfa.Aku sayang kau”bisik Lisa Qaifiyah.
“sama-sama.Aku pun sayang kau”balasnya.Dia membalas pelukan Lisa.
“Nanti kau datang kerja kahwin aku tau”ujar Lisa selepas meleraikan pelukan.
“Insayaallah”
Mereka berbalas senyuman.Lisa kembali memaut tangan tunangnya.Nabil hanya tersenyum kelat.
“kami pergi dulu”
Hayfa menganggukan kepalanya.Dia menghantar pemergian mereka dengan senyuman yang masih mekar diwajahnya.Aqil disisi hanya menggelengkan kepalanya. Hayfa!Hayfa!
hahahaa.. nasib menang! congrat hayfa.. tp apa ganjarannya ek?
ReplyDeletenext writter pls.. hehe.. akk ria smbg.. :D
best lah nak sambungan nye x sabar nak bace ending nye..heheheeh -qis-
ReplyDeleteHaih asyik berlakon jadi laki bini je...#^_^
ReplyDeletekenapa habis macam tu....adesss...camner nak jadi penamat ni....huhuhuhuhu ria cuba dan cuba -rIANATSUMI-
ReplyDelete