JANGAN JATUH CINTA PADAKU!
[PART 6]
Oleh:Lela vanila
“Balqis abang betul-betul sayangkan Balqis, percayalah” sambungnya. Ed mendekati Balqis yang sedang kekeliruan. Dia menarik kedua-dua tangan Balqis lalu digenggamnya erat. Dia betul-betul menyayangi wanita ini tidak mahu dia lepaskan walau sesaat. Balqis terkesima. ‘sayang? sayang tu maksudnya cintalah kan? tidakkk… jangan jatuh cinta padaku!’ jerit hati Balqis.
Balqis memejam matanya rapat-rapat. Cuba mencari kekuatan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Kemudian dia memandang tepat kemata Ed untuk mencari kebenaran. Jantungnya berdegup pantas.
“Abang Ed, please don’t do this to me? dah banyak sangat masalah yang sedang terjadi dekat Balqis jangan tambahkan masalah Balqis please!” Rayu Balqis. Sesak dada dia bila satu persatu masalah yang datang kepadanya dalam satu masa. Ed menggelengkan kepalanya.
“tak Balqis, abang tak ada niat pun nak tambah masalah dekat Balqis. Tapi abang nak Qis tahu tentang hati dan perasaan abang dekat Qis. Abang ikhlas sayang Balqis, cinta dekat Balqis.” Ujar Ed. Dia masih tidak mahu mengalah. Dia mahu Balqis menerima cintanya.
Balqis menggeleng perlahan. Dia menarik tangannya dari peganggan Ed. Tidak selesa rasanya bila dia dipegang begitu.
“Maafkan Balqis bang Ed. Memang Balqis sayang Abang tapi hanya sebagai seorang abang tak lebih dari tu. Cinta? maaf. Cinta Balqis bukan untuk Abang” Jawab Balqis jujur. Ed terkaku. Jantungnya seakan-akan terhenti bila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil wanita didepannya.
“Qis harap abang faham” sambung Balqis lagi. Lalu meninggalkan Ed keseorangan. Ed terduduk. Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi untuk menambat hati wanita ini. Air mata mula mengalir dari kelopak matanya. Hatinya sayu.
*****************************
“Cik Balqis ada orang nak jumpa” ujar Pembantu peribadinya dari corong interkom.
“siapa Su?” soal Balqis yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer peribadinya.
“Encik Luthfi katanya” jari Balqis berhenti menaip. Jantungnya berdegup bagai nak pecah. Dia menghembuskan nafas berat.
“cakap saya sibuk” hanya itu saja yang mampu dia katakan. Kemudian dimatikan intercom diatas mejanya. Dia menyandar lesu di kerusi. Satu keluhan dilepaskan lagi. Serabut Kepalanya. ‘Luthfi kenapa awak buat saya macam ni?’ rintih hati Balqis sayu. Air mata mula mengalir dari matanya. Dia mengelap perlahan air matanya. Dia memandang ke siling biliknya. Kosong. Begitulah hatinya jua.
“saya sayangkan awak Luthfi” tiba-tiba kata itu lucur keluar dari bibirnya.
“saya pun sayangkan awak juga Balqis Batrisya” tiba-tiba datang satu suara dari muka pintu biliknya. Dia menoleh.
“Luthfi, awak?” Terkejut Balqis dengan kehadiran lelaki didepannya kini. Pantas dia berdiri. Dup, dap, dup, dap, jangtungnya berdegup laju kini bagaikan tidak mahu berhenti.
“iya.. saya Luthfi yang awak kenal selama ini. Bukan tengku Luthfi yang baru awak kenal beberapa hari yang lalu” Balas Luthfi. Dia mendekati meja Balqis. Mata mereka bertembung.
Cepat-cepat Balqis mengalihkan pandangan ketempat lain tidak mahu bermain dengan perasaannya sendiri. Bila melihat lelaki didepannya ini hatinya sedih, pedih bagai ditusuk sembilu. Luthfi tersenyum. Dia tahu wanita ini masih menyayanginya. Tetapi ego yang menghalang segala-galanya. Luthfi menarik nafas perlahan.
“forgive me please!”rayu Luthfi.
“semudah itu kan ”balas Balqis. Dia tersenyum sinis.
“saya paling benci lelaki yang tipu dekat saya, bagi saya dia tidak jujur dengan saya, dia hanya mahu permainkan hati saya. Dan awak merupakan lelaki tu. So stay away from me” suara Balqis sudah mula meninggi. Luthfi masih kelihatan biasa. Dia sudah menyangka apa yang akan dikatakan Balqis dan dia akan bertahan sehingga wanita itu memaafkannya.
“maafkan saya Balqis saya tiada niat nak tipu awak, jujur saya kata memang saya keturunan diraja tapi jiwa saya jiwa rakyat Balqis. Saya nak perempuan yang saya cintai menerima saya seadanya bukan kerana pangkat saya. Saya tak suka perempuan yang hanya memandang pada duit, saya nak dia pandang pada hati saya .Hati Balqis” Luah Luthfi sambil memegang dadanya. Kelihatan Balqis mula mendekatinya.
PANGG!!
Satu tamparan hinggap dipipi Luthfi. Tanpa diundang air mata mula menitis dari mata Balqis. Wanita itu mengelap perlahan air matanya.
“awak dah hancurkan harapan saya” kata Balqis teresak-esak. Luthfi terkedu. ‘sekali lagi dia sebutkan ‘harapan’. Apa sebenarnya yang dia harapkan?’ soal Luthfi dalam hati. Dia memegang pipinya yang perit.
“jangan awak datang ganggu hidup saya lagi. Saya benci awak!! berambus” jerit Balqis. Terkejut Luthfi dengan jeritan Balqis. Dia tersalah cakap ke?
“Tapi Balqis, saya betul-betul minta maaf” Luthfi masih tidak mahu menggalah. Balqis sudah menuju kepintu. Dia memulas tombol pintu. Terbuka luas pintunya kini.
“saya tak nak dengar apa-apa lagi please!” Balqis menyuruh Luthfi keluar dari biliknya. Luthfi mendengus kasar. Geram dengan tindakan Balqis.
“saya tak akan berputus asa Balqis selagi awak tak maafkan saya.” ucap Luthfi sebelum meninggalkannya. Balqis menutup pintunya kuat. Dia menanggis semahu-mahunya di sofa bilik pejabatnya. ‘apa aku dah buat ni? kan dia dah minta maaf’ seloroh hati Balqis yang kesal. ‘tapi dia permainkan kau, dia tipu kau. Dia juga hancurkan harapan kau memang patut pun kau buat dia macam tu’ bisik satu suara menghasut hatinya.Balqis melepaskan keluhan berat.
****************************************
BALQIS menuju ke ruang parking kereta.Hari ini Tengku Ed tidak menghantarnya.Katanya tidak berapa sihat.Mungkin hatinya yang tidak sihat. Balqis tersenyum tawar.Kesian dekat Tengku Ed.Dia menggeluh.
“eh!siapa pulak letak bunga dekat cermin kereta aku ni?”soal Balqis pelik.Dia mengambil bunga yang diletakkan dicermin keretanya lalu diciumnya. ‘wangi’desis hatinya. Dia mengambil satu keping kad yang diselitkan ditengah-tengah kuntuman bunga.
Hadirku hanya untuk mu,
jiwaku hanya untuk mu,
jantungku berdegup hanya kerna kamu!!
terimalah cinta ku..maafkan aku!
Yang mencintaimu:
Luthfi.
Balqis terkedu.Tiada kata keluar dari bibirnya.Dia mengukir senyuman.Tiba-tiba datang Luthfi bersama dengan sebuah gitar lalu dipetiknya.
Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya,dan dipenjara
Belaian cintaku ini,
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menggambar walau ku ditolak
Biar dipuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki..
Tiada lafaz yang lebih agung,
Kalimah cinta mu,yang ku tunggu-tunggu
Biar jasad ku yang menanggung
Permainan dari mu,
RELAKU PUJUK!
Janganlah kau salahkan aku,
Terus memburu melawan cintamu
Tak ku percaya sedikit masa kau kecundang akhirnya…
Usahlah kau bersedih,dihadapanmu aku hadir
Memakan resah dan curiga dari hatimu..oooo..
Apakah kali ini,bias kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan AZIMATKU!
Tiada lafaz yang lebih agung,
Kalimah cinta mu,yang ku tunggu-tunggu
Biar jasad ku yang menanggung permainan dari mu
RELAKU PUJUK!
Lagu Spider ‘relaku pujuk’ di dendangkannya. Balqis terkedu. Air matanya mengalir laju. Terharu. Luthfi mendekatinya. Dia mengelap air mata yang mengalir dipipi mulus Balqis. Dia tersenyum manis.
“I love you” bisiknya penuh romantis.Balqis terkesima seketika.Dia memandang Luthfi.
p/s:pssstt..sowie kalau tak berapa nak menarik..otak tengah blur masa buat ni.tak berapa nak sihat.kepala ni asyik berdenyut2 jek..hehe..TO ATUL!!good luck k..AZA-AZA FIGHTING!!chayokk2! >o<
cute je
ReplyDeletenak lagi!
ReplyDeletehaha, comel aje diorang ni... ed,, kesian dia.
ReplyDeletewaa.. i'm touched !! nak lagi pls.. :D
ReplyDeleteBest...#^_^
ReplyDeleteSWEET! :D
ReplyDelete