blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih

Jika Hati Bilang Cinta 3


JANTUNGNYA TERASA seperti ingin keluar dari tubuhnya …

“Nabil?” Sapa Aqil berpura-pura menegur Nabil. Nabil tersenyum sinis.

“Yess. Aqil right?”

Mereka saling bertatapan seolah-olah musuh yang 3000 tahun tidak bertemu.

“Erk, Sayang, jom kita pergi nanti lambat pula boleh balik.” Potong Hayfa. Dia berpura-pura mesra dengan mamat gedik ni.

Nabil seolah-olah ingin berkata sesuatu tetapi Hayfa cepat-cepat menarik tangan Aqil yang berlapik itu.

“Bye..” Hayfa dan Aqil segera menjauh.

Nabil menjerit. “ Hayfa, saya akan pastikan awak menyesal bersama Dia!”

Hayfa mendengar jeritan Nabil itu tetapi hanya mengendahkannya. ‘Nabil, tolong jangan kacau saya lagi. Awak sudah ada Lisa. Tolong jangan persiakan cinta dia.’

Aqil memandang Hayfa yang sudah melepaskan tangannya. Muka comel itu terus berubah apabila bertemu Nabil. Rasa geram kepada Nabil pun ada. Ada ke patut kacau isteri orang? Opss, bakal isteri..


“Ayfa! Apa khabar sekarang? Lama tak dengar khabar.” Hayfa menjarakkan dirinya daripada telefon. Suara ini.. siapa ya?

“Ayfaaa, ni Lisa Qaifiyah, Jangan buat-buat lupa pula ek.” Hayfa kaget. Lisa?

“Lisa.. Ayfa kat sini sihat. Lisa?” Hayfa sedikit kekok untuk berbicara dengan teman lamanya. Kenapa agaknya Lisa menelefon?

“Sihat sikit je.. Ada orang tu buat masalah..”

Orang tu? Maksudnya, Nabil Zikry kah?

“Orang tu buat apa?”

“Haritu Lisa ajak dia pergi buka puasa dekat luar. Tapi.. Dia asyik mengelak saja. Orang mesej, call, whatsupp dia buat dek sahaja. Hubungan kitorang dingin sangat sekarang. Then, haritu mama suruh Lisa and dia pergi tempah baju pengantin.. Kitorang dah kesuntukkan masa. Lisa terus call ajak dia keluar, tiba-tiba dia melenting. Dia cakap “Pergilah sendiri, takperlu tunggu saya, saya sibuk.” Tapi yang tu okay lagi. Sampailah petang tu Lisa pergi Bazaar dengan mama . Bazaar yang dekat dengan rumah Nabil. Dari jauh, Lisa nampak Nabil kejar seorang perempuan pakai baju warna biru sambil menjerit…”

Gulp. Baju biru? Menjerit?

“Masa tu Lisa rasa sedih sangat. 3 Tahun kami bertunang, tapi Nabil kejar perempuan lain..”

Perempuan lain…

“Lisa terus minta putus tunang. Tapi family dia suruh fikir masak-masak. Sebab semua pasal majlis perkahwinan kitorang hampir selesai.. Rugi banyak..”

Hayfa terkedu.

“Dah Lisa nak Ayfa buat apa?”

“Ayfa kan kawan lama dia.. Kawan yang dia paling rapat.. Tolonglah pujuk dia. Tanya dia kenapa dia jadi macam ni..” Terdengar bunyi esakan dihujung ayat Lisa.

Hayfa serba salah. Nombor Nabil masih lagi ada dengannya. Tetapi mengenangkan sikap Nabil yang panas baran itu dia jadi takut. Nabil menyukainya tetapi dia menyuruh Nabil mencintai orang lain. Kalau dia ditempat Nabil, tentunya dia akan membantah.

“Ayfa?” Panggil Lisa.

Hayfa menarik nafas. ‘Ya Allah, berikanlah ku kekuatan.’

“Ya?”

“Boleh tak?”

“Ermm. Insyaallah lah kalau ada masa.. hurm.. bergantung.. tapi.. tak jamin tau. Korang kena berusaha juga menyelesaikan sendiri..” Amboii Hayfa. Sekarang sudah boleh memberi nasihat tentang cinta sudah..

Lisa menjerit riang. “ Arghhh, thanks Ayfa, thank you very much, I love you, you are my bestfriend ever!!”

“Haha, bodek ke apa?”

“Hey, ni pujian ikhlaslah! Tapi.. Kalau bodek ni mengena pun takpa!” Kedengaran gelak ketawa disana.

“Hahaha, sengal! Dahlah, orang busy ni. Nanti orang call kalau ada masa.”

“OK, bye!”

Hayfa meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. Dia termenung seketika. Kenapa Lisa harus menelefonnya semata-mata untuk memujuk inche tunangnya sendiri? Dan sudah pupuskah manusia yang dapat menolong Lisa?

Hayfa mengeluh lagi. Hatinya geram, marah, sedih bercampur- campur bagaikan nasi gumpal. Dia mahu menolong Lisa, tetapi tidak mahu merapati Nabil lagi. Diulangi, Lagi!

“Hayfa Zahranah!” Hayfa tersentak. Dia berpaling kebelakang. Aqil!

“Hey apa yang awak buat dekat bilik saya hah?! “ Sembur Hayfa. Geram dengan Aqil yang sesuka hati berada dibiliknya.

“Eh, Ulang balik?! Aku dekat pintu bilik kau okay?! Bukan dibilik. Tak belajar tatabahasa ke? SPM subjek BM kau dapat berapa hah?” Bebel Aqil.

Hayfa mencebik geram.  Kejap. Bila dia start duduk situ?!

“Bila awak duduk start duduk situ?” Tanya Hayfa.

“Sejak tadi. Kenapa?”

“Awak dengar ke saya cakap apa tadi?”

“Dengar.” Dengan riak selamba aqil menjawab. Dia ketawa dalam hati.

Hayfa mendengus.

“Apa yang awak nak?!”

“Malam ni kita berbuka dekat luar.”

Hayfa terlopong.

“Hah?”

“Malam ini kita berbuka dekat luar.” Masih dengan nada sama Aqil memberitahu,

“Aish. Orang bukan tak dengar lah!”

“Habistu?”

“Kalau kita makan luar, Kak Maya dengan Aisyah nak makan apa?!”

“Diorang ikut sekali lah!”

Erk. Hayfa tertunduk malu. Alahaii, beritahu lah awal-awal. Kan sudah malu..

“Takpayah nak malu.” Ujar Aqil dengan riak ketawa yang tertahan-tahan.

“Kenapa? Ingat kita makan berdua sahaja ke? Boleh juga..” Aqil mengenyit mata. Hayfa memegang jantungnya. Dupp Dapp Dupp Dapp.

“Dahlah, keluar! Orang nak bersiap.” Hayfa bergerak ke pintu untuk menghalau Aqil keluar tetapi malangnya dia tergelincir dan pantas..

Aqil menyambut.

Mereka bertatapan buat sementara. Masing-masing melayan perasaan. Mata ke mata. Hati ke hati. Jantung masing-masing berdegup kencang. Segenap wajah diperhatikan.

“Ehemm, ehemm, nak buat drama korea apa dekat sini?” Kak Maya menyampuk memecahkan kebisuan .

Aqil pantas membangunkan Hayfa sambil menepuk-nepuk habuk dibahu. Kemudiannya mengusap-ngusap rambut pacaknya itu. Keadaan yang biasa dilakukannya ketika berdebar.

“Ermm, tiada apa-apa lah kak. Just, Hayfa jatuh tadi so, Aqil pun sambutlah. Em, kalau takdek apa-apa Aqil pergi dahulu ye? Hayfa, jangan lupa malam nanti.” Aqil mengenyitkan matanya lantas berlalu.

Kak Maya menggeleng-geleng melihat telatah nakal adiknya itu.

“Awak okay , Ayfa?” Tanya Kak Maya risau melihat Hayfa senyap sedari tadi.

“Ah, Eh, Em, Ayfa okay je! Ayfa masuk dulu ya Kak Maya.” Hayfa segera menutup pintu biliknya.

‘ha.. Berdebarnya jantung aku ni..’ Berkali-kali perasaan ni menerjah ketika bersama dengan Aqil. Apakah perasaan ini sebenarnya?


Aiwahh. Dengan penuh bangganya saya mempersembahkan JHBC -3 ! Banyak konflik disini ya.. Ha, satu lagi. Mohon maaf sebab lambat post yaaa.. Minggu depan periksa . huhuu. BTW, enjoy! And, Kak Atiqah! Your Turn! :)

9 comments:

Jemput komen. Terima kasih