blog ini dibuka bertujuan untuk menghasilkan karya berangkai/berantai dari 7 orang penulis novel dan cerpen online. Segala isi penulisan dan idea dalam setiap karya adalah hak cipta penulis secara individu mahupun berkumpulan. Sebarang copy pasta tidak dibenarkan. sekian terima kasih

Jangan Jatuh Cinta Padaku [part 2]


OLEH : FATIAH YADZ


    

    " Kalau betul pun tayar bocor, bukan alasannya nak mengheret nyawa orang lain dalam bahaya!" Ed bersuara seakan tidak puas hati. Pemuda dihadapannya itu direnung tajam. Balqis berkerut dahi, tidak setuju dengan tindakan Ed mengamuk tidak tentu pasal. Tak ada perasan ke apa pakcik ni?!

         " Its ok. Bukan sengaja kan? Lagipun tak langgar pun. Apa tadi, tayar bocor? Hah, abang boleh tolong tukar tayar kan?" selamba Balqis bersuara membuatkan mata Ed terbuntang luas. 'aku disuruh tukar tayar, biar betul Balqis ni!' 

        " Eh, tak apa, saya boleh buat sendiri. Terima kasih"  pemuda itu menolak. Malu pula ingin minta bantuan dari orang lain, tak kenal pulak tu. Balqis tersengih. 

         " Takpe. Abang saya ni suka buat kerja amal, bantu orang semua ni. Tak macam tu bang?" sindir Balqis sambil tersengih lagi. Ed hanya mampu menjeling geram. Mentang-mentang dia sedia berkhidmat sebagai pemandu Balqis, 'kerja amal' lain pula yang dia tawarkan. 

         " Tak menyusahkan ke encik, takpe saya boleh buat ni" tegah pemuda itu saat Ed sudah bergerak ke bonet kereta dan mengeluarkan tayar ganti. Ed tersenyum sinis kemudian mengangguk. 

           " Rileks. Kau pergi lepak sana. Aku suka buat kerja sendirian berhad. Tak perlu backup. Kau tunggu je sampai siap" pedas sindiran Ed , membuatkan pemuda itu terdiam dan menggaru kepala. Balqis menekup mulut menahan tawa. Puas dapat mengenakan anak Dato Kamaruddin. Jadi mekanik lah kau hari ni bang!


*******************


         Balqis termenung di hadapan kolam renang. Sejuk dirasakan malam ini, menggigit hingga ke tulang. Hampir setiap malam dia akan melepak di sini, termenung dan melayan angan. Sesekali Balqis mengukir senyum. Peristiwa beberapa hari lalu menghambat memorinya.Bayangan lelaki yang hadir dalam mimpinya saban malam bagai sudah ketemu.

            " Awak tak ingat ye saya siapa?" Balqis memulakan bicara. Sedari tadi pemuda disebelahnya hanya diam dan ralit memerhati Ed yang masih berusaha menukar tayar kereta miliknya.  

            " Saya?" Pemuda itu meminta kepastian. Wajah di sisi dipandang dan ditelek seketika. Cuba memutar memori andai di sisinya ini adalah teman lama atau orang yang dia kenali. Seketika dia berfikir, kemudian menggeleng. 

           " Hurm.. awak mungkin mudah lupakan saya, tapi saya akan ingat awak sampai bila-bila!" ucap Balqis dengan segarit senyuman manis. Berkerut dahi pemuda itu mendengarnya. 

           " Maksud awak?" 
           " Nothing! By the way, boleh saya tahu nama awak?" 

            Terangkat kening pemuda itu dengan pertanyaan Balqis. Wah, ini satu benda luar biasa. Selalunya, para jejaka yang akan menghulur salam perkenalan, tapi ini sudah terbalik pula.

            " Nama saya Balqis. Balqis Batrisya. Awak?" sekali lagi Balqis menyoal. Pemuda itu garu kepala. 
            " Err.. saya.. Luthfi. Luthfi Zaifullah" 

         Sentuhan lembut dibahu Balqis mengejutkannya dari lamunan. Ed tersenyum memandangnya. Selendang tebal diletakkan di bahu Balqis, mengurangkan kesejukan yang mencengkam.Balqis menguntum senyum tanda terima kasih.

              " Jauh menung?" 

              Sedari tadi sebenarnya dia sudah memerhati Balqis dari jauh. Sekejap termenung, ketawa, kemudian tersenyum. Membuatkan hatinya tergerak untuk mendekati Balqis. 

               " Termenung kan dah jadi kemestian dalam jadual harian Qis. Tak faham lagi ke?" seloroh Balqis. Ed hanya mencebik. 

               " Kalau menungkan abang, ada jugak faedahnya. Tapi kalau menungkan lelaki lain, tu yang bahaya!" kata-kata Ed disambut dengan ketawa kuat Balqis. 

                " Amboi pakcik ni, dah pandai nak jeles ye sekarang. Alah comeii betul!" 
                " Tapi kan, memang pun....." Balqis menyambung bicara, namun terhenti lagi. Mengingatkan lelaki itu sahaja, sudah mampu buat dia menguntum senyum lebar. 

               " Memang apa?" soal Ed tidak sabar. 'Entah-entah benar Balqis sedang terkenangkan lelaki lain?' desis Ed dalam hati. 

          " Qis rasa kan..... Qis.... erm...... dah falling in love with... someone" lambat-lambat Balqis menuturkannya, dengan senyuman yang masih setia terukir di bibirnya. 

                  " Mana boleh!" Ed tiba-tiba melengking. Membuatkan bahu Balqis terangkat akibat terkejut. 

                  " Abang ni kenapa, tiba-tiba nak menjerit?!" berdecit mulut Balqis akibat geram.

              " Nothinglah..." suara Ed mulai kendur. Ada sayu yang menyentak tangkai hatinya. Apakah Qis masih tidak faham dengan perasaan hatinya. Abang sayang Qis! Qis milik abang sorang, bukan lelaki lain!

      Balqis menjungkit kening. Ah sudah. Kenapa pulak pakcik sorang ni?

            " But, what if... abang kata kalau tau...bukan betul-betul. Kalau..." 
            " Kalau apa? cakap jelah" soal Balqis tidak sabar. 

            " Kalau mama dengan papa ada planning nak jodohkan kita, apa pendapat Qis?" 

Tidak semena Balqis menghambur ketawa kuat. Senak perutnya mendengar kenyataan dari Ed. Lelaki yang sudah dianggap sebagai abang sendiri, mahu dijodohkan dengan dirinya? Biar betik! 

            " Abang jangan buat lawak antarabangsa malam-malam macam ni boleh tak?" ujar Balqis dengan ketawa yang masih bersisa. 

               " Lawak apanya? Kita bukan tak boleh kawin. Kalau ikut hukum pun , abang just pangkat sepupu. Lagipun, Qis kan...."

                " Qis apa? anak angkat arwah ayah?" soal Balqis. Ed perlahan mengangguk. 

             " Yeah, its true. Qis tak nafikan yang kita memang boleh kahwin. Tapi abang, perasaan Qis pada abang, sekadar sayang seorang adik. Tak lebih dari tu. Qis tak mungkin akan dapat tukar perasaan sayang ni menjadi cinta. Apatah lagi nak jadi suami isteri" 

             Balqis ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Kelakar pun ada. Mengarut, semua ini mengarut jika ia benar-benar ada dalam perancangan keluarganya.

                " Tapi abang sayangkan Qis. Qis pun tau tu kan?" soal Ed. Malam ini entah mengapa dia jadi serius bercakap soal hati dan perasaan. Semakin lama dipendam, semakin parah jiwanya.

                " Cinta tak boleh dipaksa bang" jawab Balqis ringkas. Entah, dia jadi buntu. Letih mahu melayan karenah Ed yang tidak pernah jemu cuba meraih cinta darinya. Dah aku anggap kau macam abang je, susah ke nak faham? hishhhh, susah betul bila lelaki dah jatuh cinta lah! 




                  " Tapi cinta boleh dipupuk. Antara nak atau tak je" Ed masih mahu bermain tarik tali. 

                Balqis mengeluh berat. Entah modus operandi apa lagi yang perlu digunakan bagi menyedarkan lelaki bernama Tengku Ed Aqil Bin Dato Kamaruddin ini. 

                  " Listen. Qis dah penat nak bercakap soal hati dan perasaan ni. Qis tak nak benda macam ni, mengeruhkan hubungan kita. So, Qis harap, abang faham. Kalau abang bangkitkan lagi soal ni, Qis tak akan bercakap lagi dengan abang sampai bila-bila. Fullstop!" 

              Serius. Ed terkaku dan terpana. 

                     " Qis!" Ed seakan tersedar dan menyeru Balqis yang sudah bangkit dan menghilang disebalik pintu rumah. Keluah berat dilepaskan. Menyesal pula kerana terlalu menekan Balqis sebentar tadi. 


************************


" Opsssss!!" 

          Tidak sempat hendak menekan brek kaki saat tubuhnya sudah berlanggar dengan seseorang. Balqis menekup mulut. Tergamam melihat tubuh pemuda itu yang sudah basah lencun dek air teh panas yang tertumpah di bajunya. Menggeletik pemuda itu akibat kepanasan. 

            " Maaf ! Maaf!" Balqis kaget. Pemuda itu tidak bersuara sebaliknya berlari ke arah tandas berdekatan. Balqis mengetap bibirnya. Takut bercampur risau. 

                   " Nak blah ke tunggu?" Balqis berkira-kira dalam hati. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu. Hampir 5 minit menunggu diluar tandas lelaki, barulah kelibat pemuda itu tadi kelihatan. Balqis dapat mengecam baju miliknya , sedangkan wajah langsung tidak berkesempatan  untuk dilihat. 

                     " Eh, awak!" Balqis bersuara sedikit nyaring saat mengetahui siapa 'mangsa' simbahannya tadi. Luthfi sekadar tersengih dan menggaru kepala. Malu pun ada. 

                      


           " Sorry, saya blah macam tu je tadi. Tak tahan, panas!" Luthfi bersuara, masih malu dengan sikapnya sebentar tadi. Balqis sekadar tersengih dan menggeleng. Air teh disisip perlahan. Saat ini restoran lengang, kerana waktu makan tengah hari sudah tamat. 

            " Its ok. Salah saya jugak, menonong je tadi. Awak ok ke, kut-kut melecur kulit awak?" 
            " Eh, takpe, sikit je" 

          Balqis menayang muka tidak percaya. Dia tahu air tadi memang 'kaw kaw' punya panas. Sengaja dia memesan air panas, kerana kegemarannya begitu. Dia tidak mahu air cepat sejuk, saat berselang makan tengah hari. 

            " Yeke ni?" 
            " Kalau melecur pun, jangan risau. Saya tak akan keluarkan surat saman" Luthfi cuba berseloroh. Balqis ketawa kecil. Luthfi dijeling geram. Orang serius , dia main-main pulak. 

             " Tak kerja hari ni?" soal Balqis sekadar berbasi-basi saat sunyi di antara mereka. Luthfi menggeleng. 
                      " Kerja macam saya ni. Boleh cuti sesuka hati"  

             Balqis mengangguk faham. Hampir 3 bulan semenjak peristiwa jam tangannya putus dan tayar kereta Luthfi bocor, mereka sering bertemu. Jika bukan di restoran ini, pasti akan bertembung di tempat parkir kereta. Luthfi baru dua bulan bekerja di sebuah studio yang terletak berhadapan dengan tempat kerja Balqis. 

                      " Best ke jadi freelancer ni?" soal Balqis berkaitan kerja Luthfi sebagai photographer sepenuh masa. Jika tiada kerja di studio, dia akan bekerja diluar, sama ada menguruskan wedding photography ataupun mengambil gambar secara suka-suka.

                      " Urm, not bad lah. Tak payah serabut nak fikir pasal kerja sangat. Ada job dapat duit. Tak ada job goyang kaki" ucap Luthfi sambil tersenyum. Sesekali milo ais disisip. Lega tekaknya dibasahi air sejuk , dengan cuaca terik begini.

                      " tapi, satu benda yang tak best..." Luthfi menyambung bicara sambil mengangkat kening. 
                      " Apa dia?" Balqis bertanya dengan penuh minat. 
              
      Luthfi diam seketika. Topi yang tersarung dikepala ditanggal dan diletak ke atas meja. Rambut yang tidak disisir rapi dielus-elus ke belakang. 

                     " Awek susah nak lekat. Yelah, mana ada perempuan nak pada lelaki macam saya ni. Selekeh, duit pun tak ada. Senang citer, tak layak nak menanggung anak orang"  ucap Luthfi selamba. 

          Namun, tidak bagi Balqis. Jantungnya berdegup kencang. Dup Dap Dup Dap bagai mahu terkeluar. Apakah satu mimpi apa yang baru didengarinya sebentar tadi? Luthfi belum berpunya? Benarkah. Ohhh, lihatlah duniaaaaaaaa!!! 



                     " Hello?! Cik Balqis?" Luthfi memetik jarinya dihadapan Balqis yang seakan berkhayal. 
                     " Saya nak awak!" spontan kata-kata itu meluncur laju dari bibir comel Balqis. 

      Balqis pantas menekup mulut. Malu! 

                  " Apa dia. saya tak dengar?" Luthfi sudah ketawa kecil mendengarnya. Biar betul perempuan ni? Namun ada rasa lucu saat melihat wajah dihadapannya yang sudah merah. Balqis menggigit bibir dan menekup wajahnya dengan tangan. 

          ' Sengal lah kau ni Qis! Macam mana boleh terlepas cakap ni, buat malu jek!' Balqis berbisik perlahan. 

              " Apa bisik-bisik tu. Saya tak dengar, cuba pandang saya sini. Cakap kasik terang. Jangan tunduk-tunduk, malu ea?" Luthfi masih mahu menyakat. Ketawa kecilnya kedengaran lagi. Kepala digeleng-geleng dengan gelagat Balqis. serius comel! 

            " Awak jangan nak perasan eak. Tadi tu.. errr. saya, fikirkan orang lain. Err.. bukan.. bukan cakap dekat awak. Faham?" Balqis beralasan. 'Sungguh kau tak pandai nak berlakon Qis, Jelas dan terang muka dah merah, lagi mau sorok? ' 

Luthfi menghambur ketawa kuat, hingga keluar airmata. 

          " Awak ni betul lah lawak. Aduh, sakit perut saya" ujar Luthfi dengan ketawa yang masih bersisa. Balqis mengetap bibir geram . Lebih baik dia blah, daripada terpaksa menanggung malu lagi. 

           " Qis, kejaplah! Alah, merajuk pulak" Luthfi mengejar Balqis dari belakang setelah meletakkan not sepuluh ringgit di atas meja. Balqis tidak menghiraukan panggilan Luthfi. Awak janganlah kejar, saya malu ni, tahu tak?! 

            " Awak buat apa nak malu. Ok apa awak nak kat saya. Saya single and available lagi. Tapi saya ni ada motor kapchai je, rumah pun tak ada. Gaji tak menentu, awak tak kesah?" entah bila Luthfi sudah menyaingi langkahnya, Balqis tidak tahu. Dia paling muka ke arah lain. 

             " Eiii, please lah. Awak jangan nak perasan sangat. Kan saya dah kata, tadi tu bukan awak!" 

           " Eleh, yelah tu, adik malu-malu, tapi abang mahu" usik Luthfi membuatkan kulit pipi Balqis kembali merah. Luthfi disisi dijeling geram. Luthfi membalas dengan kenyitan mata. 

              'Awwww! Please jangan kenyit macam tu, iman saya tergugatlah awak!' 

     Balqis paling ke arah lain. Terasa degupan jantungnya semakin laju. Nafas ditarik perlahan bagi menenangkan hati yang sudah diserang angau. Langkah di atur laju, namun Luthfi masih setia beriringan dengannya, menuju ke tempat letak kereta. 

       " Tengku!" 

         Satu sahutan menghentikan langkah Balqis dan Luthfi. Mereka paling kepala serentak. Dua orang lelaki bersut hitam, menghampiri mereka. Luthfi mendengus kuat. 

       " Tengku, ayahanda Tengku minta kami............." salah seorang lelaki bersut hitam itu tidak jadi menerus bicara saat melihat Luthfi mencerlungkan matanya. Seakan memberi amaran agar tidak terus berkata-kata. 

Balqis terpana. 

        Tengku?! siapa. Luthfi? Lelaki ini Tengku?? 


P/S : wewitttt. Tiba-tiba idea mencurah-curah ke ladang gandum malam ni. So dengan eksitednya menyambung task yang diberikan oleh kak Ria. Keh keh. Hope berpuas hati dengan part ni okeh? Sekarang nak pas batton pada Puteri Ina. Gud luck sayang!!  - FATIAH YADZ  

                    

12 comments:

  1. ada typo *wedding photoshoot.. kihkih...,malas nak edit. tenet selow.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, takpee asalkan jalan cite best! -majdina

      Delete
    2. hehe.. baiklahhh.. mekasehh dina.. ^_^

      Delete
  2. aww.. so sweet tia.. hehee.. smbg ina!!
    tengku tuu~

    ReplyDelete
  3. waaa luthfi ni ank org kaya rupenye...
    mane 1 hero? Lee Min Ho ke Kim Hyung Joong?

    ReplyDelete
  4. si luth tu lagak gentle ya?
    agak2 merah sgt x skin dia?? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. jyeahahah... sangat gentle and macam cool gitu.. hgahahha....
      tak boleh nak imagine lah, dah tersenyum sorang2 ni.. bahahaha..
      #kuat berangan!

      Delete

Jemput komen. Terima kasih