Jangan Jatuh Cinta Padaku (part 3)
Oleh:Puteri Ina
“Encik boleh saya tahu siapa Tengku yang Encik panggil tadi ?” soal Balqis pada salah seorang lelaki yang sudah berada di depan mereka. Luthfi yang berada di sebelah balqis mula rasa tidak selesa apabila Balqis mula bertanyakan tentang “TENGKU!!”
“Abis lah aku!”gumam hati Luthfi.Peluh mula memercik keluar dari dahinya.Dia mula gelisah.Balqis pula masih setia menanti jawapan dari Lelaki tersebut.
“ummmm...si..siapa cik?mana ada saya panggil tengku saya panggil luthfi “jawap lelaki ditanya Balqis tadi teragak-agak.Dia mula saling berpandangan dengan rakan sekerjanya disebelah.Rakannya hanya menggangkat bahu.
“yeke Encik tadi saya dengar encik panggil TENGKU tapi dekat siapa yek?”tanya Balqis lagi masih tidak berpuas hati.Lelaki tersebut mula gelisah. ‘budak ni banyak soal pulak..apa aku nak cakap ni’Lelaki itu mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Encik!!!Encikkk!!”panggil Balqis sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka lelaki itu.Terkejut lelaki itu selepas disiku rakannya.
“yerr”jawap Lelaki tersebut.
“Encik ni siapa sebenarnya?”tanya Balqis lagi.Soalan tadi masih belum dijawap sudah diajukan lagi soalan.Serabut kepala dia.
“Sa..sa..sayaa!!errr…”matanya memandang Luthfi meminta pertolongan.Luthfi menggosok dagunya mencari idea. “idea..idea..please lah datang!!”gumam hatinya.
“mereka berdua ni rakan lama saya..dah lama tak jumpa betul tak bang??”kata Luthfi sambil memaut erat bahu kedua-dua lelaki tersebut.Mereka yang terkejut hanya mengangguk.
“hah..betullah tu”sampuk lagi seorang.
“okey lah bang kita orang dah nak balik tempat kerja ni nanti jumpa lagi k..maaf lah yekk”Luthfi melepaskan pautannya lalu menuju pula kearah Balqis yang masih memandang mereka dengan penuh tanda tanya. ‘betul ke??macam tak boleh percaya je..’hati Balqis masih menduga.
Mereka hanya mengganguk. “Luthfi tunggu kejap”panggil salah seorang.Luthfi menoleh sambil menunjukkan ibu jarinya tanda dia dah tau apa yang ingin dikatakan lelaki tersebut. Mereka berdua hanya mampu tersenyum tahu sangat dah mereka dengan perangai si Luthfi ni.
*******************************************
“Kenapa aku rasa lain macam je dengan perangai si Luthfi tengah hari tadi.Dia macam sembunyikan sesuatu dekat aku..Siapa Tengku?”rungut Balqis masih tidak berpuas hati.Sejak dia balik dari makan tengah hari tadi sehinggalah sekarang dia masih berteka-teki dengan hatinya sendiri.
“Betul ke lelaki tu kawan lama dia..macam bukan jek..kenapa masa aku tanya dia orang gagap semacam jek..”sambungnya lagi yang sedang duduk menghadap cermin.Dia menongkat dagu.sekali-sekala dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Kusut kepala dia memikirkan tentang lelaki yang disukainya itu.
“aduhhh…kusut betullah kepala aku”Balqis mengosok kepalanya kasar.Hampir serabut rambutnya yang baru disikat.
“Luthfi sedang permainkan aku ke?”tanya Balqis pada dirinya yang berada didalam cermin.Dia berjalan menuju ke katilnya.Baru saja dia ingin melelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi.Pantas dia menyambut panggilan tu.
“assalamualaikum sapa ni?”tanya Balqis dengan suara yang malas. ‘kacau jek..baru nak tidur’ bisik hatinya.
“waalaikummussalam..Balqis dah tidur ke?”kedengaran satu suara menyahut salam Balqis.Terkejut Balqis mendengar suara yang baru didengar dia tadi. ‘Luthfi??’
“halo…Balqis!!”tersentak Balqis selepas namanya disebut.
“yeye..saya!!maaf saya tergelamun tadi”Jawap Balqis jujur.
“saya mengganggu awak ke?”tanya Luthfi ke sekian kali.Balqis hanya menggelengkan kepalanya.Dia menepuk dahinya lembut. ‘macam lah dia boleh nampak’seloroh hatinya.
“ehh..tak ada lah saya pun baru nak tidur.”Balqis sudah bersila diatas katilnya yang bersaiz queen.Tiba-tiba hilang segala gantuknya sebetar tadi kini hatinya pula sudah ditumbuh bunga-bunga.Bahagia kala ini.
“umm..Nak tanya boleh?”suara Balqis memecah hening diantara mereka.
“nak tanya apa?”
“mana awak dapat nombor saya ni?”soal Balqis pelik. Luthfi tersenyum manis walaupun dia tahu gadis itu tak boleh melihatnya.
“kenapa yek?”soal Luthfi pulak.
“tak ada pape lah..just setahu saya tak pernah bagi nombor telefon pada awak”Balqis menyandarkan tubuhnya kebelakang dialaskan bantal.Kedengaran Luthfi ketawa mendengar kata Balqis. ‘aku buat lawak ke sampai mamat ni ketawa bagai nak rak’desis hati Balqis pelik.
“kenapa awak ketawa?”
“Tak ada pape..”jawap Luthfi sepatah. ‘komfem budak ni tak ingat dia yang bagi dekat aku kad name dia kat aku sebelum balik tadi’seloroh hati Lutfi.
“cakap lah betul-betul”Balqis mula geram.
“Awak tak ingat?”soal Luthfi cuba berteka teki.
“ingat apa?”Balqis cuba memulangkan paku buah keras kepada Luthfi.
“betul awak tak ingat?”soal Luthfi lagi.Balqis mengangkat keningnya sebelah.
“betullah..cuba cakap yang sebenarnya sapa yang bagi nombor saya ni dekat awak?”
“awaklah”selamba Luthfi membalas.Balqis terdiam. ‘betul ke aku yang bagi dia asal aku tak ingat’Balqis mengaru kepalanya yang gatal. ‘komfem lah aku tak ingat kalau aku asyik fikir pasal lelaki-lelaki tadi’sambungnya lagi dalam hati.
“haloo..awakkk!!”panggilan Luthfi mengejutkan Balqis dari lamunan.
“ye..saya”jawap Balqis setelah sedar dari lamunan.
“awak free tak hujung minggu ni?”
“hujung minggu..free kenapa?”
“saya pun free..kita keluar nak?”
“keluar?kita berdua?”Tanya Balqis sedikit terkejut…
************************************
“Lama tunggu?”tanya Balqis kepada Luthfi yang sedang bersandar dikereta mini copper di luar rumahnya.Terkejut Luthfi ditegur Balqsi tiba-tiba.Terpanar sekejap Luthfi bila melihat pemakaian Balqis yng kelihatan sempoi.T-shirt berwarna hijau berlengan panjang dan rambutnya dilepaskan juga ada topi diletakkan diatas kepalanya. ‘comel’Desis Luthfi.Dia tersenyum manis.Kini Balqis pula yang terpegun melihat kekacakan Lelaki di depannya itu.Baju warna hijau berlengan panjang berwarna putih nampak segak sekali. ‘warna hijau?’tiba-tiba muka Balqis berubah warna.Luthfi yang perasan perubahan itu pergi kearah Balqis yang masih berdiri kaku.
“kenapa?”tanya Luthfi pelik.Balqis masih kaku.Luthfi memetik jarinya didepan muka Balqis.Balqis tersedar dari khayalan.Dia memandang Luthfi yang kelihatan binggung.
“kita pakai baju sama warna”Tiba-tiba Balqis bersuara.
“Lah..tu jek ke?tak apa lah baru namanya sweet couple”Luthfi sudah ketawa nakal.Balqis hanya tersenyum manja.
*************************************
“Aduuuh!!”
“Alamak!!maaf Makcik saya tak sengaja”ujar Balqis kepada seorang perempuan yang sudah terjatuh terduduk akibat dilanggar oleh dia.Balqis menolong wanita itu bangun.Terkial-kial wanita itu cuba bangun sebab sakit pinggangnya akibat jatuh terduduk tadi.Balqis mula gelisah melihat muka wanita separuh abad tu yang berkerut akibat menahan sakit.Dia bawa wanita itu ketempat duduk yang memang sudah tersedia didalam shopping mall.
“sakit ke makcik?”tanya Balqis ketakutan.Wanita itu memandangnya. ‘Dah sah-sah lah sakit kau tak nampak makcik ni jatuh macam mana tadi..lagi tanda soalan bodoh..’kutuk hatinya.Wanita itu masih diam sesekali mengerang kesakitan.
“tak apa makcik okey”jawap Wanita itu setelah lama menyepi.
“Kita pergi klinik nak makcik..mana tahu ada luka dalam ke?saya tengok makcik jatuh tadi macam kuat jek hentakannya..”sambung Balqis masih tidak berpuas hati. “Manalah tahu ada cedera dalam ke..ada keretakan ke karang tak masal-masal saya kena saman pulak dengan makcik ni”seloroh Balqis cuba bergurau.Kelihatan wanita itu ketawa kecil.Senang hati Balqis bila melihat wanita itu sudah tersenyum.
“tak ada lah makcik tak kan saman awak..makcik tahu awak tak sengaja”Balqis mengangguk mengiakannya.Memang dia tak sengaja pun. ‘Tapi tak kan lah asyik tak sengaja jek..dulu langgar si Luthfi tu sekarang makcik ni..aishhh..macam-macam lah kau nie Balqis..’Balqis membetulkan topi yang dipakainya.
“Tengku!!tengku tak apa-apa?”tegur seorang lelaki yang berkemeja hitam yang tak tahu datang dari mana.Tengku Mariah hanya menggeleng. ‘Macam kenal jek lelaki ni”
“Tengku pergi mana..penat saya cari tengku”sambung lelaki itu lagi.Dia masih tidak perasan kehadiran gadis di sebelah majikannya.Balqis menggangkat keningnya sebelah. ‘TENGKUU!!kenapa setiap kali aku jumpa dia mesti aku dengar dia panggil tengku..telinga aku yang problem ke apa ni?”
“Tengku Kenapa ni??”soal lelaki itu membuang segala lamunan Balqis.Balqis masih menjadi pemerhati.
“Saya terjatuh tadi nasib baik ada cik ni tolong saya kalau tidak tak tahu lah”Lelaki itu memandang gadis yang dimaksudkan majikannya itu.Dia terpana.Balqis menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
“Balqis awak pergi mana??kan saya dah cakap tunggu sekejap saya pergi tandas..ni tak merayau jek kerja dia”Tiba-tiba satu suara memanggil Balqis memeranjatkan semua orang yang ada disitu.Semua orang memandang kearah tuan punya suara.
“Tengku Luthfi!!”panggil Tengku Mariah.Luthfi terkejut.
“umi!!”hanya itu yang terpancul keluar dari mulutnya.Balqis mula kelihatan binggung. ‘Tengku Luthfi??umiii?apa benda semua ni…apa yang dah berlaku ni??’
nice dear !!
ReplyDeletejln crte cool!!
~tiqah~
awww, giliran kitaa! tatotnyaaa xD -majdina
ReplyDeletelaa.. apa benda la luth ni nk temberang psai tnegku lg ek? hahaha
ReplyDeletejd kaki belit jugak ke?