BY : TIA FATIAH
“ Boleh ke Ayfa buat kerja tu?” soal Puan Wasimah kurang pasti dan yakin.
Hayfa Zahranah tersengih. Kemudian jungkit bahu.
“ Belum cuba belum tahulah umi”
“ Ish, memanglah. Tapi, umi risau. Majikan Ayfa tu , entah garang ke, cerewet ke. Umi tak sangguplah anak umi kena bambu. Tak usahlah ya? Banyak kerja lain lagi. Syarikat abi tu pun boleh, kalau nak kerja”
Hayfa sengih lagi. Bahu Puan Wasimah dipeluk erat.
“ Umi jugak yang cakap. Kerja apapun tak kisah. Asalkan dari sumber yang halal kan? Sekarang Ayfa dah pilih kerja yang Ayfa nak. Cuma perlukan restu abi dan umi je”
“ Tapi tak sesuai dengan kelulusan kamu” tegah Puan Wasimah. Belajar tinggi-tinggi, tak kan pengakhirannya jadi pembantu rumah?
“ Tidaklah selamanya Ayfa bekerja jadi pembantu rumah tu. Bila Ayfa dah sedia dan tiba masanya, Ayfa akan berhenti dan akan bantu abi di syarikat. Boleh ya umi?”
Puan Wasimah mengeluh perlahan. Suaminya yang sedari tadi senyap dikerling sebelum kembali menatap wajah anaknya yang penuh mengharap.
“ Betul-betul dah habis fikir ni? Tak menyesal?”
Hayfa mengangguk laju.
“ Sama sekali tak menyesal. Dah bulat dah hati ni” ucap Hayfa sambil tersenyum lebar. Puan Wasimah mengerling suaminya lagi.
“ Macam mana abinya?”
“ Restu je. Bukan dia buat kerja tak senonoh”
Hayfa senyum lebar. Tanda bagus diunjuk pada abi yang menyokong pilihan kerjayanya.
“ Hurm, dua lawan satu. Mestilah umi kalah kan? Yelah, umi restu. Tapi ingat, kerja dekat rumah orang nanti, jaga tingkah laku, jaga adab. Jangan sesekali melawan cakap majikan, melainkan betul-betul anak umi ni di pihak yang benar. Faham?”
“ Faham Puan Wasimah. Terima kasih. Sayang umi!” Pipi uminya dikucup gembira. Berbunga hati , tidak sabar memulakan kerja dua hari lagi.
“ Umi je dapat hadiah? Abi tak ada ke?” ujar Encik Zahar, sambil memegang pipinya. Hayfa mencebik.
“ Eiii, abi nak hadiah, mintaklah pada umi” Hayfa berseloroh. Cepat-cepat dia melarikan diri saat cubitan ketam dari umi hampir mengenai lengannya.
“ Umi jangan marah-marah. Nanti tak awet muda!” teriak Hayfa dihujung tangga sebelum mencicit lari ke dalam bilik dengan ketawa berpanjangan. Puan Wasimah dan Encik Zahar serentak menggeleng dengan telatah anak tunggal mereka itu.
*********************************************************
Hayfa Zahranah menunggu dengan tenang di ruang tamu banglo majikan barunya. Tidak sampai seminit melabuhkan punggung, dia disapa seorang wanita.
*********************************************************
Hayfa Zahranah menunggu dengan tenang di ruang tamu banglo majikan barunya. Tidak sampai seminit melabuhkan punggung, dia disapa seorang wanita.
“ Waalaikummusalam” Hayfa menjawab salam. Terkejut melihat wanita itu yang berkerusi roda, namun riak wajahnya cuba dikawal, tidak mahu begitu ketara.
“ Saya Maya. Panggil je kak Maya. Awak Hayfa kan?”
“ Ye kak. Panggil Ayfa je” jawab Ayfa sopan. Wajahnya dimaniskan. Kak Maya mengangguk, turut sama tersenyum.
“ Ayfa dah tahu kan, tugas Ayfa?”
Hayfa terdiam. Tugas? Mana tahu! Dia menerima kerja ini pun, kerana menggantikan Suraya, temannya yang sudah menerima tawaran kerja di tempat lain.
“ Err… maaf kak. Saya tak pasti tentang tugas saya. Sebab saya dapat tahu tentang kerja ni pun dari kawan. Jadi….” Serba salah Ayfa mahu menerangkannya.
“ Oh, ok. Takpelah macam tu. Mak Nah, Kemari sekejap!”
Seorang wanita berbadan gempal muncul dari dapur. Ayfa berbalas senyum.
“ Ada apa Maya?”
“ Nanti tolong tunjukkan bilik pada Ayfa. Lepas tu terangkan tugas dia ya?”
Mak Nah mengangguk dan mengajak Ayfa untuk ke kamar. Ayfa menurut setelah berpamitan dengan Kak Maya.
***************************************************
Cukup sebulan bekerja di rumah Kak Maya, Ayfa sudah bisa menghafal dan membiasakan diri dengan tugasnya. Pagi siapkan kak Maya untuk solat, mandi dan makan ubat. Kemudian uruskan si kecil Zara Aisyah, puteri Kak Maya. Si kecil tu boleh tahan juga ligatnya. Kuat menangis! Nasib comel, layankan je dia punya ragam.
“ Ayfa pandai masak kan?” soal Kak Maya waktu Hayfa mengurut kakinya , rutin wajib setiap malam selama sebulan ini.
“ Bolehlah sikit-sikit kak. Kenapa?”
Kak Maya senyum.
“ Malam ni first sahur kan? Mak Nah balik kampung sampai minggu depan. Ayfa masak ya? Yang mudah-mudah je. Setakat nak makan bertiga kan ?”
Hayfa menguntum senyum dan mengangguk. Eh, bertiga?
“ Bertiga?” soal Hayfa. Kak Maya tepuk dahi.
“ Lupa nak beritahu. Adik akak yang dekat Jepun tu balik . Tapi sampainya tak tahu pukul berapa”
“ Oh…… habis tu siapa jemput dia nanti?”
“ Tahulah dia balik sendiri”
Hayfa mengangguk. Tidak berniat mahu bertanya lanjut. Kaki Kak Maya dipicit lagi. Kata doktor, harapan untuk sembuh agak tipis. Tapi itu bukan bermaksud untuk kita menyerah kalah. Masanya pasti tiba, antara cepat atau lambat saja.
Maya menyentuh lembut tangan Hayfa agar berhenti mengurut.
“ Dahlah tu. Penat Ayfa , dari pagi tak henti kerja”
Hayfa senyum lebar.
“ Tak penat pun kak. Kalau akak nak tahu, akak adalah majikan the best in the world tau! Ayfa tak rasa rugi kerja dengan akak, malah seronok. So, Ayfa tak akan rasa penat bila dah suka buat satu –satu kerja”
“ Bodeklah tu. Nak mintak naik gaji ek?” Kak Maya berseloroh. Ayfa ketawa kuat mendengarnya.
“ Ada pulak macam tu. Mana ada. Memang kak Maya baik. So tak salah puji lebih sikit” ucap Ayfa sambil tersengih. Jarinya masih menari di atas kaki Maya.
“ Kalau Ayfa cubit ni, rasa sakit tak kak?” soal Ayfa. Hujung jari kaki Maya dicubit dan diketip agak kuat. Namun riak wajah Maya tidak berperasaan.
“ Tak rasa apa , Ayfa”
Ayfa mengangguk.
“ Nanti kita usaha cara lain ye kak. Hidup ni tak boleh putus asa. Setiap penyakit pasti ada penawar , kecuali mati. Kalau terapi tak boleh, kita cuba perubatan alternatif yang lain”
“ Perubatan macam mana tu?”
“ Ayfa ad abaca satu novel ni. Dia cerita cara dia rawat pesakit lumpuh macam akak ni. Samalah, doktor kata harapan nak pulih tu tipis. Tapi, macam yang Ayfa kata, kita kena berusaha. Nanti kita cuba cara yang macam dalam novel tu”
“ Boleh percaya ke novel tu. Bukan ke novel tu cerita fiksyen?”
“ Eh, tak 100 peratus fiksyenlah kak. Penulis novel ni, samalah macam student. Menulis guna bahan rujukan, pengalaman , dan bantuan imaginasi. Bukan main taram je. Jadi, ada info yang berguna untuk kita pelajari dan gunakan dalam kes macam nilah”
“ Hurm, kalau Ayfa cakap macam tu. Yelah, akak ikut je. Tapi jangan ajak akak buat benda mengarut sudahlah ye?” seloroh Maya lagi. Ayfa tayang gigi , tersengih.
“ Ai ai captain!”
********************************************
“ tiada keretamu, indak apa-apa bah~ bapakku punya jet, terbang sini sana… lalalala~”
Ayfa menyanyi kecil saat menuruni anak tangga menuju ke dapur. Waktu masih awal. Baru jam 3.30 pagi. Cadang Ayfa mahu mengeluarkan dahulu bahan masakan, pukul 4 nanti baru akan masak untuk sahur. Menu ayam goreng madu, sambal ikan bilis dan sayur kalian goreng. Cukuplah.
“ atas sana…. Gunung kinabalu….jangan kau trip…” Ayfa menghentikan nyanyiannya saat terdengar bunyi bising di dapur. Hatinya tidak semena diserang debar. Pencuri ke?!
“ ss…ssiapa tt..tu?” soal Ayfa tergagap. Dia menjingkit , dan menjengah di tirai pemisah dapur. Dapat dilihat satu lembaga hitam sedang terbongkok di depan peti sejuk. Ayfa telan air liur. Jangan cakap itu hantu, please!
Ayfa memberanikan diri untuk datang dekat. Batang penyapu yang tersandar di tepi dinding dicapai. Digenggam erat. Semakin dekat dan menghampiri, Ayfa yakin itu adalah susuk tubuh manusia. Sah, pencuri!
“ AAAAAaaaaaa… amik kau, rasakan!” Ayfa berteriak kuat dan memukul batang penyapu tepat dibelakang tubuh lembaga itu.
“ Aduh!” Lembaga itu turut sama berteriak dan terduduk di atas lantai. Ayfa tidak melepaskan peluang dan terus menala batang penyapu. Dilibas kuat dan membelasah lembaga hitam itu berkali-kali.
“ Woiii, kau gila ke apa ni?! Sakitlah bangang!” lembaga itu bersuara, membuatkan Ayfa terhenti. Dalam masa yang sama juga, suasana dapur jadi terang benderang. Ayfa dan lembaga hitam itu sama-sama berpaling. Oh, bukan lagi lembaga hitam, tapi seorang manusia!
******************************************
Ayfa menggigit bibirnya , serba salah. Sejak dari sahur membawa ke petang begini, lelaki yang menjadi mangsa belasah pagi tadi masih merenung Ayfa dari atas ke bawah. Wajahnya yang serius menggerunkan Ayfa. Tidak semena dia menikus setiap kali berhadapan atau bertembung dengan lelaki itu.
“ Auntie Fa! Auntie Fa!” si kecil Zara tiba-tiba muncul, terkedek-kedek menghampiri Ayfa yang sedang menggubah bunga di ruang tamu. Ayfa menguntum senyum pada si kecil yang baru menginjak usia 3 tahun itu.
“ Ye sayang. Berapa kali nak cakap, jangan panggil auntie. Panggil kak Fa”
Si kecil itu menggeleng kepala. Eh , degil pulak budak ni. Ingat aku tua sangat ke? Baru 23 ok!
“ Perasan muda”
Berdesing telinga Ayfa saat mendengarnya. Kepala ditala pada empunya suara. Siapa lagi kalau Aqil Hilman, lelaki yang disyaki pencuri itu. Adik kepada Kak Maya. Bibirnya dicebik dan dia menjeling geram lelaki itu. Poyo!
“ auntie, ecah nyak ayam”
“ Nak ayam?” soal Ayfa pelik. Baru lepas makan budak ni, tak kan nak makan lagi? Haishhh. Montel nanti dik oii.
“ Ye ar.. nyak ayam. Ekat acar amadan”
Ayfa garu kepala. Ah, sudah. Apa budak kecik ni cakap. Tak paham den aih!
“ Lembab lah kau ni. Dia nak beli ayam, dekat bazaar ramadhan. Tu pun tak faham?” Aqil Hilman yang entah bila sudah bersila di sebelah mereka , bersuara. Ayfa tala kepala. Pahal mamat ni? Sibuk jek.
“ Ecah, ikut cik Aqil nak? Nanti cik Aqil belikan” Aqil menarik tangan Zara duduk di pangkunya. Zara angguk laju. Kemudian dia tarik tangan Ayfa.
“ auntie Fa ekot eca. Ite pi alan-alan” ujar Zara pelat. Ok kali ni Ayfa faham. Dia nak ajak aku jalan-jalan. Wah best! Eh, tapi, naik satu kereta dengan mamat ni ke? Tak nak lah!!
“ Cepatlah siap. Kau terkedek apa lagi? Aku tunggu dalam kereta. 2 minit!” arah Aqil Hilman seraya bangun dan mengendong Zara Aisyah. Ayfa mendengus kuat. Sesuka hati nak arah itu ini. Huh!
****************************************
Ayfa melangkah lemah. Longgar lututnya mengikut kehendak si kecil Zara dan si sengal bapa saudara yang tua gabak tak sedar diri ni. Aqil ni harap je lelaki, tapi biarkan Ayfa bawa semua barang. Lenguh sudah kiri kanan tangan Ayfa yang penuh dengan juadah berbuka puasa.
“ Zara dahlah. Penat!” sungut Ayfa saat Zara menghala tangan pada gerai yang menjual pelbagai jenis air.
“ Biarlah dia nak beli. Baru bawa barang sikit dah bising” Aqil bersuara. Ayfa menjeling lelaki itu geram. Cakap senanglah. Tangan aku ni nak patah dah, tahu tak?
“ Bukannya nak tolong bawak.Cuba bawak tengok? Tak patut betul!” omel Ayfa perlahan. Tiba-tiba sebelah tangan kanannya disambar.
“ Bulan puasa tak baik bising-bising. Kosong pahala, faham?” ujar Aqil. Bungkusan sudah bertukar tangan dan Aqil menonong ke depan bersama Zara. Ayfa tersengih. Bagus gak mamat ni. Kihkih.. !
“ Ayfa!” Langkah Ayfa mati. Dia berpaling pada suara yang menyerunya. Gulpp, apa dia buat kat sini???
“ Betullah Ayfa. Ingatkan salah orang tadi” Nabil Zikry tersenyum gembira. Senang hati dapat bertemu dengan pengarang hati setelah sekian lama tidak berutus berita.
“ Err… hai” jawab Ayfa ringkas. Sebolehnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki ini, yang tidak pernah mahu berhenti menagih cintanya. Ayfa mengetap bibir. Ligat mencari idea mahu melarikan diri.
“ Ayfa dengan siapa datang ni? Sorang?”
“ Erm… ha,ah….Oklah , Ayfa nak cepat ni. Assalamualaikum” Ayfa berpusing ingin segera berlalu, namun sekali lagi langkahnya terhenti saat Aqil Hilman sudah berdiri di sebelahnya bersama Zara yang sudah terlena dalam dokongan.
“ Tolong. Beratlah” ujar Aqil dan menghulurkan bungkusan plastik dalam tangannya. Mahu tidak mahu, Ayfa terpaksa mengambilnya.
“ Kata datang sorang tadi?” Nabil Zikry bersuara sedikit kecewa.
“ Err.. ha,ah . Terlupa pulak datang bertiga” Ayfa pura-pura senyum. Nabil bersalaman dengan Aqil. Aqil pandang Nabil, Nabil pandang Aqil. Apa kes ni?
“ Tak nak introduce ke?” soal Aqil. Ayfa tala kepala. Aduh, mamat ni. Kecoh betul.
“ Err, Nabil, Aqil. Aqil, Nabil” Ayfa kenalkan mereka berdua. Nabil tersenyum hambar dan mengangguk.
“ Tak sangka Ayfa dah berkeluarga. Ada anak dah pun. Patutlah susah sangat nak terima Nabil kan. Kenapa tak terus terang je?” soal Nabil dengan hambar. Ayfa gigit bibir.
“ Err. Tak.. bukan..”
“ Ya, dia isteri saya. Maaflah, dia ni memang senang buat orang tertarik pada dia. Lepas ni harap fahamlah ye? Jom sayang” Aqil menarik Ayfa pergi dari situ. Ayfa diam. Terkejut, meluat, benci, menyampah, terpana, semua ada. Isteri, sayang? Gila ke apa?
************************************************
“ Kenapa cakap macam tu tadi? Saya tak suka” Ayfa bersuara setelah sekian lama senyap. Kereta meluncur perlahan di atas jalan raya, akibat kesesakan. Aqil tersengih sinis.
“ Dah tu, kau nak aku layan drama cinta kau dekat tengah-tengah panas and ramai orang tu? Tak ada masa lah!”
“ Kalau ye pun, tak perlulah cakap saya ni isteri lah, sayang lah. Gila tau tak?”
“ Yang kau tergagap-gagap nak jawab sapa suruh? Sebab kau tak tahu nak jawab apa kan? Aku tau mamat tu mesti suka kau, tapi kau reject dia kan? So, kau kena berterima kasih dengan aku , sebab dah selamatkan kau dari lelaki tu”
‘Berterima kasih? Betul jugak. Lepas ni mungkin Nabil Zikry tak akan dekati dia lagi. Mungkin? Tapi perlu ke aku berterima kasih pada Aqil? Perlu ke?’ Ayfa bermonolog sendiri.
“ Kau dengar tak aku tanya apa tadi?”
“ Hah, apa?” Ayfa termanggu. Bila masa dia ada tanya soalan?
“ Aku tanya mamat tadi tu pakwe kau ke? Or, bekas?”
“ Taklah. Dia tu suka saya. Tapi saya tak suka dia. Sebab…”
“ Sebab?” Aqil menuntut jawapan.
“ Sebab dia tunang kawan saya”
“ Klise betul cerita kau ni. Macam drama melayu petang-petang” perli Aqil. Ayfa jeling. Sengal mamat ni. Aku cerita betul-betul, dia main-main pulak. Huh, sengal!
****************************************************
“ Ini kira salah satu teknik yang Ayfa belajar dari novel tu lah ye?” soal Kak Maya ketika mereka menghabiskan masa seharian di tepi pantai. Kaki Maya ditimbus dengan pepasir pantai. Ayfa tersengih.
“ Betul kak. Ni salah satu cara. Ada sebab-sebabnya, tapi tak sempat nak studylah. Esok kita pergi lagi, nanti Ayfa cerita sebab kita buat macam ni ek?”
“ Macam-macamlah Ayfa ni. Hurm, ikut kamulah”
“ Akak nak dengar Ayfa nyanyi tak?” soal Ayfa. Maya berkerut dahi.
“ Lagu apa?”
“ Rileks lah kak, bukan lagha-lagha. Dengar ea” Maya tersenyum dan mengangguk.
Hidup tak selalunya indah,Langit tak selalu cerahSuram malam tak berbintangItulah lukisan alam…Begitu aturan tuhan.
“ Sedap suara Ayfa” Maya memuji usai Ayfa mendendangkan lagu lukisan alam nyanyian kumpulan Hijjaz.
“ Ish, kak ni. Bukan suara yang patut didengar, tapi bait lagunya”
“ Ada maksud ya?” soal Maya. Ayfa mengangguk perlahan. Pandangannya dilempar ke tengah laut.
“ Hidup kita ni tak selalu bahagia, dan tak selamanya derita. Allah datangkan penyakit, pasti ada hikmahnya. Mungkin untuk menyembuhkan kita dari penyakit bahaya yang lain, ataupun menyedarkan kita yang mungkin pernah terleka dan alpa dengan nikmat kurniaannya”
“ Mungkin…..” Maya menjawab perlahan. Saat mendengarkan kata-kata Ayfa, dia terkenangkan arwah suaminya. Mungkin benar, Allah tarik nyawa suami dan jadikan dia lumpuh. Namun Allah berikan bahagia, saat Aqil menerima dirinya kembali sebagai keluarga.
“ Kak, berangan ya?” tegur Ayfa. Maya sedikit tersentak , kemudian menguntum senyum. Kepalanya digeleng. Ayfa sekadar tersenyum dan tidak bertanya lanjut. Biarkan kak Maya melayan perasaan.
Aqil memerhati kakak dan pembantu rumahnya yang sedang bersembang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Jelas di pendengarannya segala bait bicara dan irama nasyid yang dialun Ayfa. Hatinya menjadi tenang mendengar bicara gadis itu. Mengapa? Dia tidak tahu. Cuma dia sedar, gadis itu ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
" Hayfa Zahranah" Aqil menyeru nama gadis itu perlahan. Bagaikan bertiup bersama angin pantai, Ayfa berpaling menghadapnya. Mata mereka bertentangan. Aqil diserang debar. Pantas melarikan matanya ke arah lain.
Aqil tersenyum sendiri.
#mahap kalau panjang sangat intro ni. Ampun! >_<
yadz besttt... :)
ReplyDeletenext writer kena pergi bertapa cari idea nak smbung intro ni... hehe..
ihiks.. malu nyer itew.. maceh kak zana.. :3 *bajet jadi ecah* hewhewhew... =P
ReplyDeletenext writer? haha.. elly, cayokk!!!!!
** Lariii ! ** haha
Deleteawesome!!
ReplyDeleteahaks.. mekasehhh.... >_<
Delete#tunggu next part yaww~
awesome!!
ReplyDeleteBest sangat -sangat . . Lepas ni saya ehh ??? >< hehheee -- ellyne
ReplyDeleteacehhh elly... buat2 tanye lak.. hahahaa
Deletehhaha ! kantoi kantoi .. baiklah baiklah .Elly p bertapa dulu naa :D hahaha
Deletehihih sambung cepat......(tak sedarkan diri seketika )hahha
ReplyDeletehahahaha.... nak ikut tak sedarkan diri jugak lah.. kahkah..
Deletekena baca semula demi mendapat feel yg lebih hahahah -ria-
Deleteserius intro ni mantap..menarik tertarik..hihi..next writer gambate ! :DD ~Ran~
ReplyDeletewahh.. tak rasa panjang punn.. rasa nak lg ada la.. hee!
ReplyDeletesambung plss.. ihik
ran :
ReplyDeletehahahaa..... cantik menarik tertarik kau memang da bomb! hehhee..
mekaseh2....
yana :
ReplyDeletehahah.. ouh yeke... hiks..
wokeh2.. tunggu next writer yaww
yela.. tak tipu meyh. hihik :D
ReplyDelete