Jangan jatuh cinta padaku
BY : RIA :)
Balqis termenung mengenangkan dirinya. ‘Ah!
Kenapa aku memikirkan lelaki yang aku tak kenal ni? Entah-entah dia tak wujud
tapi...’ Balqis mengeluh.
‘Tapi
aku bagaikan mengharap dia seorang yang jatuh cinta pada aku. Jangan ada yang
lain. Lelaki lain, jangan jatuh cinta pada aku okey? Komfem aku reject!’ bisik hati Balqis.
Balqis
melihat jam tangan miliknya. ‘Lagi sekali aku ingat lelaki tu!’ Balqis rasa
geram dengan diri sendiri.
Dia
teringat peristiwa yang berlaku beberapa minggu yang lalu.
“Kau
ni, simpan aje jam tu kat rumah. Lagi pun macam dah nazak aje jam arwah ayah
kau.” Kata sahabatnya, Mimi.
“Tak
apa. Aku sayang jam ni.” Balas Balqis pula. Dia tersenyum.
“Lagi
satu. Jam tu kan jam lelaki. Tak sesuai dengan kau.”
“Tak
apa. Aku tak kisah.” Balqis bangun dan meninggalkan kawan yang masih tidak
habis makan lagi. “Aku ke tandas sekejap.”
Balqis
bergerak ke tandas. Dia berjalan bersendirian. Tiba-tiba seorang lelaki
terlanggarnya dan jam tangannya tertanggal talinya.
Balqis benar-benar terkejut melihat jam arwah
ayahnya itu jatuh ke lantai.
Pantas tangannya
mengutip jam tersebut. ‘Nasib baik tak calar.’ Balqis benar-benar bersyukur
tetapi talinya....
“Jam
arwah ayah!” Air mata Balqis bagaikan ingin mengalir.
“Maaf
cik!” suara lelaki itu serak. Balqis memandang lelaki yang tidak dikenalinya
itu.
“Tak
apalah. Mungkin ia pun nak jadi arwah macam pemilik asalnya.” Penuh makna
kata-kata Balqis. Ada perasaan sayu mengenangkan ayah yang sudah tiada.
Lelaki
itu berwajah serius. Mungkin dia tidak bersetuju dengan kata-kata Balqis.
“Tak
apa. Saya baiki!” lelaki itu segera mengambil jam tangan yang berada di tangan
Balqis. Mata Balqis hanya terkebil-kebil melihat lelaki misteri itu.
Lelaki
itu mengeluarkan sesuatu.
‘Macam
mekanik pula dia.’ Balqis teruja melihat lelaki itu membaiki jam tersebut.
‘Mekanik pula dah. Aku ni sihat ke tak? Mekanik baiki kenderaan la. Tukang
baiki jam. Baru betul.’ Balqis masih setia memerhati lelaki yang asyik membaiki
jam tersebut.
Lelaki
itu tersenyum. Senyuman yang membentukkan satu lesung pipi yang amat kacak.
Satu perasan indah wujud dalam diri Balqis. Hatinya berdebar hebat. Kalau orang
jatuh cinta akan rasa gementar tetapi apa yang Balqis rasakan lebih daripada
gementar.
Balqis
terkaku.
“Cik,
jam cik dah elok.” Kata lelaki misteri itu.
Balqis
terkaku.
“Cik,
okey?” soal lelaki itu lagi apabila tidak memberi respon.
“Maaf,
terima kasih encik sebab baiki jam saya.” Ucap Balqis. Walaupun salah lelaki
itu melanggarnya sehingga jam tangannya rosak tetapi lelaki itu sudah membaiki
jam tersebut dan membuat hatinya berdebar.
“Baiklah.
Saya pergi dulu. Maaf lagi sekali.” Lelaki itu segera meninggalkan Balqis.
Balqis tersenyum.
Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi membuat ingatannya pada lelaki misteri itu hilang.
Belum sempat Balqis menjawab panggilan itu, bunyi tersebut berhenti.
“Ala
pak cik seorang ni main-main call pula.” Balqis membebel. Baru dia perasan
yang waktu bekerja sudah habis.
‘Patutlah sunyi sahaja pejabat ni.’
Balqis segera mengemas
meja yang bersepah. ‘Susah juga kalau orang dah suka pada kita. Kita cakap tak
nak pun tak faham-faham. Aku rasa dia kena masuk sekolah semula sebab bahasa
mudah aku pun dia tak dapat nak faham.’
Bebel Balqis lagi
apabila mengenangkan pak ciknya yang begitu sukakannya.
“Balqis!”
panggil seseorang.
Balqis
mendongak. ‘Kan dah datang pak cik aku ni. Baru disebut, dah sampai depan mata.
Hebat betul.’ Kata hati Balqis yang dia sendiri tidak pasti sama ada perli atau
pujian.
Balqis
hanya diam sahaja.
“Balqis...”
panggilnya lagi sekali.
Dahi Balqis sudah
berkerut bagi panggilan namanya yang ke dua. ‘Lelaki ini tidak pernah kenal
erti jemu ke? Aku ni dah naik jemu tengok muka dia.’
“Ada
apa abang sepupu?” kata Balqis hanya berbasi-basi sahaja.
“Eh!
Kenapa panggil abang sepupu pula?” kata lelaki itu.
“Okey.
Ada apa Tengku Ed Aqil Bin Dato Kamaruddin?” keras sedikit suara Balqis . Dia
mengemas meja dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
“Eh!
Itu nama penuh abang. Janganlah disebut-sebut. Segan abang macam ni?” Ed berkata.
Dia gosok-gosok kepalanya. Malu.
‘Apa
kena dengan pak cik aku ni? Sedar diri atau tak ni?’ Balqis mengeluh.
“Terima
kasih sebab sudi ambil Qis kerja hari ni.” Ucap Balqis.
“Terima
kasih aje. Belanja abang makan malam ni boleh?” Ed tersengih.
“Makan
kat rumah aje la. Mama dah masak makan malam.” Balqis menolak. Dia sememangnya
tidak suka pada lelaki yang suka padanya. ‘Tolonglah! Jangan jatuh cinta
padaku!’ jerit hati Balqis.
“Pak
cik Cepat la!”
“Hey
jangan panggil abang pakcik. Kita beza umur lima tahun aje.” Pesan Ed.
“Tapi
pakcik kan pakcik saya.” Sememangnya Balqis suka panggil lelaki itu begitu.
“Ala,
panggillah abang sayang ke? Darling ke?” kata Ed. “Abang ni baru 31 tahun. Tak
tua lagi tau.”
“Bila
masa pula Qis cakap pak cik tua?” Balqis kenakan Ed lagi. ‘Dah mula mengarut pak cik aku ni. Kang aku pula yang berjangkit
nanti.’
“Jomlah
balik. Lapar ni. Atau pak cik nak buat kem perkhemahan tiga hari dua malam
dalam pejabat Qis?” soal Balqis dalam kegeraman.
Ed
hanya ketawa kuat. Dia suka mendengar gurau Balqis. Cukup menghiburkan hatinya.
Mana mungkin dia tidak akan jatuh cinta pada gadis yang sentiasa membuat dia
terseyum.
Ed
membuka pintu kereta bahagian penumpang untuk Balqis.
“Terima
kasih!”
Ed
memandu dengan cermat keretanya.
“Abang
tak nak kerja?” Balqis mula bertanya. Dia terasa hairan sejak pak ciknya itu
pulang dari luar negara, sentiasa ada bersamanya. Pelik.
“Inilah
kerja abang. Abang kena ambil adik abang yang paling abang sayang kat tempat kerja.” Lagi sekali
Ed tersenyum.
“Ambil
adik?” Balqis terharu dan dia mula mahu menyakat Ed. ‘Sweet aje ayat tu bila
aku dipanggil adik.’ Balqis tersenyum.
Belum
sempat Balqis berkata apa-apa, pantas Ed menekan brek kereta.
Kreeekkkkk!!!!
Ada
sebuah kereta honda dihadapan mereka berdua. Ed hampir-hampir melanggar kereta
tersebut.
Akhirnya
mereka ke tepi jalan dan begitu juga kereta tersebut.
Ed
dan Balqis pun keluar dari kereta untuk melihat apa sudah terjadi pada kereta
Honda tersebut.
“Maaf
encik dan cik. Tayar kereta saya tiba-tiba bocor.” Kata seorang lelaki.
Balqis
tergamam. Dia terkejut. Lelaki itu!
THIS ENTRY WRITTEN BY : Ria Natsumi blog ^___^
mesti lelaki yg repair jam en
ReplyDeletemestilah hihihihihih dah dapat jangka kan?
ReplyDeletedah x de citer ni dlm RN nye blog??
ReplyDelete