Jika Hati Bilang Cinta part 2
By :Ellyne Alyana
“HAYFA ZAHRANAH …
Aku nak kau masuk dalam lubang ni !
Sekarang jugak !” Aqil dengan bangganya memberi arahan kepada Hayfa . Hayfa
membuntangkan matanya .
“Busy busy busy
!” Jawab Hayfa laju –laju lalu memokuskan pandangannya ke Maya semula .
Maya menggeleng sambil tersenyum . Aqil .. Aqil ..
“ Kak Maya ..
Tengoklah dia ni !” Aqil mula mempamerkan ‘bahagian’ gediknya . Hayfa mencebir
. Rendam dalam lumpur pun tak berani , inikan pasir yang kasar itu ? Mahu dia
melompat keluar karang .
“Kak ….” Aqil
merengek lagi . Mahu aje Hayfa lempar pasir yang berada di tangannya ke Aqil .
“Ayfa .. Ikutkan
ajelah ..” Bisik Maya lembut . Serentak mata Hayfa Zahranah membuntang semula .
Apa dia ?? Ikutkan ?? Hayfa menggeleng –geleng . Tidak … Tidak .. Tidak …
Namun Maya asyik
mengangguk .. Iya .. Iya.. Iya ! Maya memandang Aqil , Aqil tekun memerhati
tingkah gadis molek di sebelahnya yang
sedang merungut –rungut . ‘Aqil .. Jika hati bilang cinta , yang dibenci bisa
disayang .. Jika benar kamu merasakan
apa yang kakak rasakan ..Maka fahamlah kamu mengapa kakak mengambil keputusan
untuk bersama abang Hariz ..’ Serentak kenangan bersama suaminya , Hariz bermain di minda .
Hariz , lelaki
yang lengkap ; berpewatakan yang terpuji , mempunyai harta , paras rupa yang
kacak dan .. Seorang duda .. Aqil tidak
berkenan dengan pilihannya . Ya , Hariz seorang duda ; salahkah dia mencintai seorang insan yang
sudah lama menagih kasih sayang dari seorang wanita bergelar isteri ?
Bukan sahaja Aqil
, ibu bapanya turut benci akan pilihannya . Dia nekad . Demi cinta , dia
sanggup pertaruhkan apa sahaja . Dia nekad melarikan diri dan bernikah bersama
Hariz .
Bahagia ? Ya ,
pada awalnya ; kehidupan mereka sangat –sangat bahagia . Hariz tidak
mengabaikan dirinya . Hidupnya yang lompang tanpa kasih sayang keluarga terisi
dengan kasih sayang yang Hariz curahkan .
Kebahagiaan itu
berlarutan setelah Maya mendapat tahu bahawa di dalam rahimnya ada
nadi yang sedang berdenyut ; hasil cinta mereka berdua . Hariz begitu
gembira . Tiada sedetik pun yang dirasakan seksa ketika bersama-sama sang suami .
Namun , setiap
perkara yang salah pasti akan ada natijahnya . Masjid yang dibina kian goyah
apabila Hariz memfitnah Maya berselingkuh dengan orang ketiga . Maya cuba
menerangkan apa yang terjadi . Hariz tidak ingin langsung mendengar
penjelasannya . Hanya Tuhan sahaja yang tahu , di dalam hatinya cuma terukir
nama Hariz seorang sahaja . Sukar sangatkah hendak membiarkan dia mengerti apa
yang bersarang di dalam hatinya ?
Malam itu Hariz
seperti hilang akal .Hancur lumat hatinya tatkala Hariz menyumpah Zara Aishah
bukan anaknya . Hariz akhirnya meninggalkan rumah dalam keadaan marah setelah
Maya mengeluarkan ayat keramatnya . ‘Kalau abang lelaki baik , abang tak akan
ajak saya kahwin lari !’ Ayat itu laju sahaja keluar dari bibir Maya tatkala
Hariz mulai membangkitkan isu suci atau tidak .
Dan .. Malam itu
juga dia mendapat berita kematian Hariz . Hariz meninggal di tempat kejadian .
Keretanya hancur dirempuh trelar .Emosinya tidak stabil malam itu . Zara Aishah
yang baru sahaja berumur 7 bulan terpaksa ditinggalkan .
Pelbagai bayangan
mengganggu jiwanya . Kata –kata manis Hariz , sikap manja Hariz .. Hinggalah ke
perbalahan mereka yang terakhir . Tanpa dia sedari , keretanya sudah meluncur
laju menuju ke tiang lampu isyarat ..
Sejak dari itu ,
kehidupannya berubah seratus peratus . Kehilangan suami .. Kehilangan kudrat
untuk berjalan .. Namun dia cukup bersyukur . Dia diberi satu peluang lagi
untuk bersama dengan keluarga . Hidupnya kini kelihatan lengkap walaupun
kadangkala rindu akan arwah Hariz menyeksa jiwanya .
“Kak !” Serentak
Maya tersentak . Dia mencari figura Hayfa .. ‘Suaranya ada .. Orangnya tak
nampaklah pulak ..’ Desis hatinya . Hayfa menjerit lagi .
“Kak ! Tengoklah
adik akak ni …” Hayfa hampir menangis . Mana taknya , sudah separuh badannya
sudah ditenggelami pasir pantai yang putih itu . Ada yang makan penampar
sekejap lagi nampaknya .
“ Ya Allah ! Aqil
!” Tegur Maya .. Dalam tegur , boleh Maya ketawakan sekali melihat wajah Hayfa
yang sudah merah dibakar matahari campur marah yang teramat sangat .
Aqil tersengih aje
. Dia meneruskan lagi aktivitinya menimbus Hayfa . Tangan Hayfa menjalar
sedikit aje , dia tepis . Sampai merah tangan orang tu . Last last Hayfa mengaku kalah .
“ Jeng jeng jeng
!” Aqil menepuk tangannya beberapa kali . Hayfa yang ‘dulu’ bertukar ‘baru’ . Body dia .. Macam buah pear Aqil buat .
Siap pakai bikini lagi . Aqil tergelak nakal melihat ukiran tubuh manusia
berasaskan pasir itu . Otak dia dah mula colour
colourful .
Hayfa yang dari
tadi memejamkan matanya perlahan –lahan membuka kelopak matanya tatkala
mendengar tawa Aqil Hilman . Sebaik
sahaja dia membuka matanya ..
“Tak guna hang !!”
Jerit Hayfa . Aqil terkejut beruk mendengar suara lantang bak halilintar
membelah bumi dari bibir mungil Hayfa yang sentiasa bercakap dengan nada yang
rendah dan sopan .
Hayfa mula
‘mengganas’ . Aqil sempat mengambil gambar hasil ‘seni’nya .
“Lari !” Jerit
Aqil seraya berlari sekuat hati . Maya tergelak aje melihat Hayfa berlari
mengejar Aqil sambil menggenggam pasir yang sudah pastinya akan dibaling ke
Aqil .
“KAMU .. Tak baik buli dia tau ..” Maya menegur . Aqil tergelak kecil . Dia
menjeling ke tempat duduk penumpang di belakang . Hayfa sudah tertidur
kepenatan .
“It was really fun . Ha ha .. I’m serious !” Maya menggeleng aje . Seronok dia kata ?
Orang tu sampai dah tak ada suara menjerit sambil mengejar Aqil tadi . Tapi
dendam tersumbatnya terbalas tatkala kepala Aqil teruk dilumur dengan pasir
pantai yang basah .
“Akak tahu kamu
sukakan dia ..” Maya sengaja menyerkap jarang . Aqil Hilman terdiam . Tergamam
sebenarnya . Apa betul apa yang kakaknya katakan ? Dia melirikkan lagi matanya
ke cermin yang memantulkan wajah Hayfa yang sedang enak tidur di belakang .
“Erk .. No comment ..” Putus Aqil . Dadanya
diraba . Maya hanya tersenyum melihat pelakuan adiknya . ‘Ketara sangat yang
kamu sukakan dia , Aqil .. Alahai ..’ Desis hati Maya .
“AYFA !” Hayfa pekup telinganya . Dia membatukan diri di samping Maya yang sedang ingin tidur . Zara Aishah yang sudahpun tertidur di pehanya terjaga . Pantas Hayfa memujuknya kembali tidur . Bibirnya digigit . Aqil ni memang nak kena , desis hatinya .
“ Ay …” Baru
sahaja Aqil ingin menarik senada lagi suaranya , matanya tertancap ke arah
Hayfa yang sedang berusaha menidurkan Zara Aishah . Nalurinya tersentuh . Tidak
tahu mengapa ..Dia memerhati segenap wajah sendu itu .. Bibirnya mungil ,
matanya yang redup itu sangat menawan di mata Aqil .
Aqil pantas
menggeleng seraya meraup wajahnya . ‘ No
, no , no ! Come on lah Aqil .. Dia hanya gadis biasa yang tiada apa –apa kelebihan
pun ! Mana pergi citarasa kau yang tinggi –tinggi tu hah ?’ Aqil berperang
dengan hatinya . Pantas dia membuat keputusan ..
“ Ayfa !! Pekakkah
aku panggil ni !” Jerit Aqil dimuka pintu . Serentak Zara Aishah terbangun ,
tetapi pantas Hayfa memujuknya untuk tidur kembali . Aqil dijelingnya tiga
ratus enam puluh darjah . Huh !
Setelah pasti Zara
Aishah sudah tertidur , barulah Hayfa bergegas keluar mendapatkan Aqil Hilman .
“Apa apa apa apa
???” Tanya Hayfa pantas dengan wajah yang masam. Aqil tersengih .
“ Petang ni kita
pergi bazaar nak tak ?” Tanya Aqil . Bukan apa , tiba –tiba dia teringin hendak
makan murtabak pula . Tiba –tiba aje tekak buat hal nak makan itu dan ini . Nak
pergi seorang , dia bukannya ingat sangat jalan ke bazaar . Lagi-lagi setelah
banyak jalan baru yang sudah siap
diubahsuai . Lagilah dia pening . Ada GPS , bukannya dia faham sangat . Alahai
Aqil , bilang sahaja yang engkau inginkan Hayfa menemani ! Ceit ! Banyak pulak
alasannya .
“ Tak nak tak nak
tak nak .. Awak nak pergi , awak pergi seorang .” Jawab Hayfa sedikit kasar
namun ada lembutnya di dalam nada suara itu . Aqil semakin tertarik . Pantas
dia menggeleng –gelengkan kepalanya beberapa kali .
‘Aqil ! Come to your sense !’Marahnya kepada
diri sendiri .
“Tolonglah temankan
aku .. Aku tak ada kawan tau kat sini .. Kau seorang jaa …”
“Saya bukan kawan
awak .. Saya pekerja awak .” Jawab Hayfa sedikit mengejek . Aqil tergelak
sambil mengangguk .
“Dear .. Tak salah kalau kita berkawan,
kan ….” Aqil mendekati Hayfa . Semakin dekat dan semakin dekat . Hayfa
melangkah kebelakang beberapa langkah . Panahan mata Aqil semakin menggoda .
Ada yang kena terkam sekejap lagi ni karang . Sudahlah dia alah dengan lelaki
kacak . Ayoyo Hayfa ! Awak pun nak angau ka ?
“ Pukul berapa
awak nak pergi ni ?!” Jerit Hayfa dengan kuat . Aqil tersengih .
Wajah Hayfa sudah memerah . Bibir itu sengaja dimuncungkan tanda protes
. Comel sekali .
“ Pukul lima ..
Okey ? Pukul lima dah siap tau .. Bukan baru tukar baju . Okey sayang ?” Tercekik
terkiok Hayfa mendengar ayat terakhir yang terpacul dari bibir Aqil Hilman . Mahu
dia pengsan di situ juga . Alahaii …
“Sanalah !” Terus
Hayfa menolak tubuh Aqil hingga terjatuh . Aqil menyeringai seraya tergelak
nakal . Nakal sekali . Nasib kamulah Hayfa ..
“TUNGGU SEKEJAP
kat sini .. Aku pergi alihkan kereta . Nanti kena saman ..” Hayfa
mengangguk –angguk . Aqil tersenyum sebelum pergi . Hayfa meraba dadanya .
Alahai jantung .. Tak sudah –sudah hendak bekerja lebih masa . Lagi –lagi bila
dekat dengan adik majikannya yang nakal tahap gaban seorang ini . Hayfa
mengeluh .
“Ayfa ! Tak sangka
bertemu dengan awak lagi kat sini ..” Hayfa sudah tertelan air liur ‘pasir’ .
Nabil Zikry ?? Apa pulak lelaki ini buat disini ?? Alahai …
“Err .... Hai ..”
Hayfa dengan lagak kakunya menyapa . Nabil Zikry tersenyum manis . Senyumannya
mati tatkala teringat akan kejadian di tempat yang sama .. Gadis pujaannya
sudah berkahwin . Sayangnya ..
“ Mana husband awak ?” Tanya Nabil Zikry seraya
mencari –cari kelibat Aqil Hilman . ‘Dia tiada ?? Yes ! Ini sudah baik !’ Desis hati Nabil . Hayfa pula duduk mencari
kelibat Aqil . Mahu tercekik kalau Nabil tahu bahawa dia dan Aqil bukanlah seperti
apa yang dimaklumkan .
“ Dia .. Dia ..”
“Oh tidak apa –apa
.. Mari , saya temankan awak berjalan . Hari ini saya belanja .. Awak nak makan
apa ? Kentang ? Ayam ? Nasi ? Mi ? Yong Tau Fuu ? Cakap aje apa –apa …” Nabil
Zikry sengaja bercakap secara laju kerana tidak ingin Hayfa menolak
perlawaannya . Dia terlalu rindukan Hayfa .. Sungguh !
“ Nabil .. Saya
datang dengan …”
“Saya tahu awak
seorang .. Mari ..!” Saat Nabil hampir –hampir menarik tangan Hayfa ..
“Sayang …!”
Serentak pinggangnya terasa dipaut seseorang . Matanya dan Aqil bertembung .
Aqil mengalihkan pula pandangannya ke Nabil . Tegang sekali wajahnya . Hayfa
mulai rimas . Jantungnya terasa seperti ingin keluar dari tubuhnya …
Okyh Okyh .. Maafkan saya kerana lambat . Huhuhu . Lately ni saya busy sangat :') Saya busy buat kad raya untuk pembaca yang beli novel saya dari saya meh . He he he . Nak join ? Bolehlah lawat Fanpage saya di SINI atau di facebook saya :) Saya harap semua enjoy ;) Next writer ! Fighting-2 . hehee ;) Dina fighting ! :)