Oleh : Ria Natsumi
Hayfa termenung mengenangkan permintaan
abinya. Dia perlu berhenti dan membantu abinya di pejabat. Abi tidak sihat.
Biasalah sakit orang tua.
Hayfa
mengeluh lagi. Terasa berat mahu berhenti kerana dia gembira dapat membantu Kak
Maya, bermain dengan Zara dan ... Hayfa tidak dapat menyambung ayatnya. Dalam fikirannya
hanya ada Aqil walaupun lelaki itu sering mengusiknya tetapi dalam diam dia
sukakan usikan yang dibuat oleh Aqil terhadapnya.
“Kak
Maya, Hayfa kena berhenti kerja. Abi Hayfa perlukan Hayfa buat masa ini.”
akhirnya terluah juga apa yang terbuku di dalam hatinya.
Wajah
kak Maya mendung. Dia juga akan terasa kehilangan jika Hayfa sendiri mahu
berhenti. Dia sangat selesa jika Hayfa dapat menjaganya sehingga sembuh tetapi
apa kan daya. Dia tiada hak untuk menghalang Hayfa.
“Tak
apalah Hayfa. Ibu bapa Hayfa lebih memerlukan Hayfa. Akak faham. Janganlah
Hayfa fikir yang bukan-bukan.” Pujuk Maya dan pada masa yang sama memujuk
hatinya. Zara tentu akan sedih apabila dia tahu pasal ini.
“Bila
nak berhenti?” soal Maya.
“Maaf
kak. Abi dah cari penganti Hayfa. Kiranya malam ni last Hayfa di sini.” Nada
Hayfa juga sedih. Dia bahagia dapat bekerja di sini.
“Terima
kasih.”
“Hayfa
pergi tengok Zara kejap. Terima kasih kak. Halalkan makan dan minum Hayfa selama
bekerja di rumah akak.”
“Akak
halalkan.” Maya tersenyum kelat. Dia hanya mampu melihat langkah Hayfa
meninggalkan ruang biliknya.
Sebaik
sahaja pintu di tutup, ada seseorang yang menegurnya.
“Kau
nak berhenti?” soal Aqil.
“Ya,
saya kena berhenti. Abi saya tak berapa sihat dan memerlukan saya di sisinya.”
Hayfa ingin berlalu pergi tetapi di halang oleh Aqil.
“Macam
mana dengan aku?” tiba-tiba Aqil bertanyakan soalan itu.
‘Apa
kena dengan mamat ni? Kenapa dengan kau? Tak ada kaitan dengan aku kot.’ Hayfa
hanya mendiamkan diri.
“Kau
jangan ambil mudah perkara ini. Kau ingat rumah aku ni apa? Hotel? Time nak
kerja, kerja. Tapi bila tak mahu, kau tinggalkan macam tu sahaja,” amuk Aqil.
‘Eh,
mamat ni. Tukar topik pula. Pelik!’ Dahi Hayfa makin berkerut..
“Saya
tahu, tapi saya terpaksa pergi. Tolong lepaskan saya pergi.” Kata Hayfa. Dia
tidak sanggup memandang wajah Aqil. Entah mengapa hatinya terasa pilu dan
sedih. Hayfa pun berpaling dari terus melihat wajah Aqil.
Hayfa
bimbang dia tidak kuat dan air matanya akan mengalir bila-bila masa sahaja.
“Hayfa,
jika hati aku bilang cinta pada kau. Bagaimana aku nak lepaskan kau pergi?”
Aqil bersuara. Hayfa tergamam seketika tetapi dia cepat-cepat sedarkan diri.
Dia tidak sesuai bersama Aqil.
“Saya
perlu pergi.” Itu sahaja Hayfa mampu berkata tanpa melihat wajah Aqil.
“Tapi...”
“Saya
gunakan kemenangan yang saya dapat. Awak kena ikut arahan saya tanpa bantahan.”
Kata Hayfa.
Aqil
tersentap.
“Saya
mengarahkan awak, lepaskan saya pergi dan jangan mencintai saya.” Dengan nada
yang bergetar Hayfa melafazkan. Dia perlu tegas dengan hati dan perasaannya.
*****
Nabil tergamam seketika. Tangannya menggigil
memegang sebuah buku berwarna merah jambu itu. Air matanya ditahan supaya tidak
mengalir.
Tidak
sanggup lagi Nabil membaca dairi milik Lisa. Kini, baru dia sedar kesungguhan
Lisa menyintainya. Entah mengapa dia rindukan Lisa. Terlalu rindu.
Akhirnya
dia tiba di rumah Lisa.
“Abang...”
Lisa terkejut melihat mata Nabil merah. ‘Kenapa dengan buah hatiku ini?’
“Abang
nak kita cepatkan perkahwinan kita. Abang tak nak tangguh-tangguh lagi. Abang
akan hargai sayang seadanya dan selama abang hidup.” Nabil berkata. Lisa
terharu mendengarnya. Dia sendiri tidak pasti mengapa bakal suaminya itu
berubah hati.
“Terima
kasih abang...”
*****
Hayfa tumpang gembira di atas berita gembira
mengenai perkahwinan Nabil dan Lisa. Kad jemputan perkahwinan itu di pandang
sepi. Entah mengapa rindu pada Aqil semakin menusuk kalbu.
Setelah
mengumpul kekuatan dalam diri, dia keluar juga dari kereta. Rumah Lisa amat
meriah dengan suasana persiapan perkahwinannya. Lisa akan berkahwin esok di
rumahnya sendiri. Pengantin lelaki akan datang ke sini.
Hayfa
tersenyum kerana dia disambut mesra oleh Lisa sendiri.
“Hayfa,
kau datang juga. Aku sayang kau!” luah Lisa.
“Sayang,
sayang gak. Tapi ye pun, jemputlah aku masuk rumah dulu.” Gurau Hayfa. Dia cuba
membuang bayangan Aqil yang sering mengganggu fikirannya. Jika dulu Nabil yang
dia cinta boleh dibuang dari kotak fikirannya, dia yakin Aqil juga dia boleh
lakukan perkara yang sama.
Wajah
Lisa berseri sangat. Ceria sungguh. Hati Hayfa gembira dapat melihat senyuman
itu lagi.
“Ceria
betul kau.” Ada nada yang cemburu.
“Tak
ceria, kita tak meriah. Tak ketawa, kita tak gembira. So, ceria dan ketawa
selalu.” Kata Lisa. Gadis itu selalu sahaja begitu sejak Nabil menerimanya.
Hayfa
hanya tersenyum.
“Mana
suami kau?” soal Lisa.
Senyuman
Hayfa mati. Tidak tahu mahu menjawab apa. Dia bimbang jika rahsianya bocor,
Nabil akan meninggalkan majlis perkahwinan ini.
“Dia
ada hal. So, dia izinkan aku datang sini.”
“Baiknya
suami kau. Aku doakan kau bahagia.” Doa Lisa. Senyuman tidak lekang dari bibir
Lisa.
Esok
berkunjung tiba.
Lisa
menanti dengan sabar ketibaan pengantin lelaki.
“Dah
sampai,” ada beberapa orang yang berkata begitu.
Dari
jauh Hayfa dapat melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Aqil. Hatinya
berdebar hebat. Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini.
Akad
nikah berlangsung dengan lancar sekali. Nabil sekali lafaz sahaja. Kali pertama
Hayfa melihat seorang lelaki menangis di saat majlis akad nikahnya sendiri. Air
mata kesyukuran dan kegembiraan.
“Pengantin
perempuan dan lelaki sama padan kan? Kita bila lagi?” Ada bisikan di telinga
Hayfa. Hayfa tersentap.
“Aqil!”
“Aku
tak kan lepaskan kau pergi. Aku nak bersama kau dan habiskan sisa hidupku
dengan kau. Kau yang aku cinta.” Lagi sekali Aqil melafazkan kata cinta.
Hayfa
terkesima. Dia meninggalkan majlis tersebut tetapi bagi Aqil tidak sama sekali.
Dia terus mengejar Hayfa sehingga dapat.
“Apa
lagi kau nak? Aku cintakan kau. Aku tahu kau pun cintakan aku kan?” kuat sekali
suara Aqil.
“Apa
maksud awak?” Hayfa sedikit keliru.
“Kau
terima pinangan aku. Semalam Kak Maya pergi ke rumah kau. Abi dan Umi sudah
menerimanya.” Jelas Aqil.
‘Adakah
ini semua takdirku? Adakah aku memang untuk dimiliki oleh dia.’ Hayfa tidak
dapat menerima kenyataan ini sedangkan separuh hatinya begitu gembira dengan
berita ini. Dia berlari ke tengah jalan, pantas Aqil menarik Hayfa ke tepian.
“Nak
mati ke?”
“Ya!
Saya nak mati!”
“Kalau
kau nak mati sangat. Aku boleh bantu!”
Entah
mengapa Hayfa berasa geram.
“Aku
akan lemaskan kau.”
“Lemaskan
saya?” Hayfa sedikit keliru.
“Lemaskan
kau dalam gelora cinta aku yang membara.” Perlahan sungguh suara Aqil.
Kedengaran romantik di pendengaran Hayfa. Hayfa terpana.
Akhirnya
dia menangis. Menangis air mata gembira.
“Terima
kasih Aqil.” Itu sahaja yang mampu Hayfa katakan.
“Sama-sama
kasih.” Faham sudahlah Aqil dengan ucapan terima kasih itu. Hayfa sudi menerima
dirinya. Syukur.
*****
Muka Hayfa berkerut empat belas. ‘Habislah!’
bisik hatinya.
“Matilah
kita abang, Lisa tentu akan marah kita.” Kata Hayfa.
“Tak
mati la. Cuma bernanah telinga aje mendengar bebelan dia orang.” Aqil
tersenyum.
“Tak
guna punya kawan! Kau baru nak kahwin tapi kata dah kahwin.” Kata Lisa yang
kini usia perkahwinannya sudah masuk bulan ke tiga.
“Sabar
sayang. Nanti baby kat dalam pun mengamuk macam sayang juga.” Pujuk Nabil.
Sesungguhnya Nabil lah paling gembira dengan kurnia Zuriat ini. yang lepas biar
lepas. Kini, masa depan Nabil adalah Lisa dan babynya.
“Tapi
abang...” Lisa tidak mengalah.
Hayfa
dan Aqil hanya tersenyum. Menjemput Nabil dan Lisa ke majlis perkahwinan mereka adalah cara terbaik
untuk memberitahu rahsia tersebut.
“Kak
Maya sihat?” soal Lisa yang mula bertenang.
“Kak
Maya? Alhamdulillah. Dapat berjalan sikit-sikit tapi kena banyak berlatih.
Kakinya masih lemah.
“Alhamdulillah.
Hah! Aqil, jaga kawan aku ni baik-baik.” Pesan Lisa. Nabil mencubit lengan
Lisa.
“Tahulah
laki dia nak jaga Hayfa. Sayang tu! Asyik nak merajuk aje sejak mengandung. Tak
larat abang nak layan.” Kata Nabil.
“Apa
tak larat?” Lisa merajuk. Dia membawa dirinya ke dapur. Nabil mengikut
isterinya ke dapur untuk memujuk.
“Romantiknya
mereka.” Puji Hayfa.
“Ala,
kalau Hayfa nak abang romantik, boleh aje. Bila-bila masa tau.”
Hayfa
mencebik.
“Betul
la!”
“Betul?”
“Ya,
betul jika hati bilang cinta.” Balas Aqil.
Hayfa
tersenyum bahagia dengan luahan hati Aqil. Dia benar-benar bahagia dengan
hubungannya dengan Aqil.
‘Dan
hatiku bilang cinta untuk mu.’ Balas Hayfa sekadar dalam hati.
p/s : Maaf kalau penamatnya ringkas. Semoga
terhibur kali ini. terima kasih