Jika Hati Bilang Cinta Part 2


Jika Hati Bilang Cinta part 2





“HAYFA ZAHRANAH … Aku  nak kau masuk dalam lubang ni ! Sekarang jugak !” Aqil dengan bangganya memberi arahan kepada Hayfa . Hayfa membuntangkan matanya .
            Busy busy busy !” Jawab Hayfa laju –laju lalu memokuskan pandangannya ke Maya semula . Maya menggeleng sambil tersenyum . Aqil .. Aqil ..
            “ Kak Maya .. Tengoklah dia ni !” Aqil mula mempamerkan ‘bahagian’ gediknya . Hayfa mencebir . Rendam dalam lumpur pun tak berani , inikan pasir yang kasar itu ? Mahu dia melompat keluar karang .
            “Kak ….” Aqil merengek lagi . Mahu aje Hayfa lempar pasir yang berada di tangannya ke Aqil .

            “Ayfa .. Ikutkan ajelah ..” Bisik Maya lembut . Serentak mata Hayfa Zahranah membuntang semula . Apa dia ?? Ikutkan ?? Hayfa menggeleng –geleng . Tidak … Tidak .. Tidak …
            Namun Maya asyik mengangguk .. Iya .. Iya.. Iya ! Maya memandang Aqil , Aqil tekun memerhati tingkah gadis molek di sebelahnya  yang sedang merungut –rungut . ‘Aqil .. Jika hati bilang cinta , yang dibenci bisa disayang ..  Jika benar kamu merasakan apa yang kakak rasakan ..Maka fahamlah kamu mengapa kakak mengambil keputusan untuk bersama abang Hariz ..’ Serentak kenangan bersama  suaminya , Hariz bermain di minda .
            Hariz , lelaki yang lengkap ; berpewatakan yang terpuji , mempunyai harta , paras rupa yang kacak  dan .. Seorang duda .. Aqil tidak berkenan dengan pilihannya . Ya , Hariz seorang duda ;  salahkah dia mencintai seorang insan yang sudah lama menagih kasih sayang dari seorang wanita bergelar isteri ?
            Bukan sahaja Aqil , ibu bapanya turut benci akan pilihannya . Dia nekad . Demi cinta , dia sanggup pertaruhkan apa sahaja . Dia nekad melarikan diri dan bernikah bersama Hariz .
            Bahagia ? Ya , pada awalnya ; kehidupan mereka sangat –sangat bahagia . Hariz tidak mengabaikan dirinya . Hidupnya yang lompang tanpa kasih sayang keluarga terisi dengan kasih sayang yang Hariz curahkan .
            Kebahagiaan itu berlarutan setelah Maya mendapat tahu bahawa di dalam rahimnya  ada  nadi yang sedang berdenyut ; hasil cinta mereka berdua . Hariz begitu gembira . Tiada sedetik pun yang dirasakan seksa  ketika bersama-sama sang suami .
            Namun , setiap perkara yang salah pasti akan ada natijahnya . Masjid yang dibina kian goyah apabila Hariz memfitnah Maya berselingkuh dengan orang ketiga . Maya cuba menerangkan apa yang terjadi . Hariz tidak ingin langsung mendengar penjelasannya . Hanya Tuhan sahaja yang tahu , di dalam hatinya cuma terukir nama Hariz seorang sahaja . Sukar sangatkah hendak membiarkan dia mengerti apa yang bersarang di dalam hatinya ?
            Malam itu Hariz seperti hilang akal .Hancur lumat hatinya tatkala Hariz menyumpah Zara Aishah bukan anaknya . Hariz akhirnya meninggalkan rumah dalam keadaan marah setelah Maya mengeluarkan ayat keramatnya . ‘Kalau abang lelaki baik , abang tak akan ajak saya kahwin lari !’ Ayat itu laju sahaja keluar dari bibir Maya tatkala Hariz mulai membangkitkan isu suci atau tidak .
            Dan .. Malam itu juga dia mendapat berita kematian Hariz . Hariz meninggal di tempat kejadian . Keretanya hancur dirempuh trelar .Emosinya tidak stabil malam itu . Zara Aishah yang baru sahaja berumur 7 bulan terpaksa ditinggalkan .
            Pelbagai bayangan mengganggu jiwanya . Kata –kata manis Hariz , sikap manja Hariz .. Hinggalah ke perbalahan mereka yang terakhir . Tanpa dia sedari , keretanya sudah meluncur laju menuju ke tiang lampu isyarat ..
            Sejak dari itu , kehidupannya berubah seratus peratus . Kehilangan suami .. Kehilangan kudrat untuk berjalan .. Namun dia cukup bersyukur . Dia diberi satu peluang lagi untuk bersama dengan keluarga . Hidupnya kini kelihatan lengkap walaupun kadangkala rindu akan arwah Hariz menyeksa jiwanya .

            “Kak !” Serentak Maya tersentak . Dia mencari figura Hayfa .. ‘Suaranya ada .. Orangnya tak nampaklah pulak ..’ Desis hatinya . Hayfa menjerit lagi .
            “Kak ! Tengoklah adik akak ni …” Hayfa hampir menangis . Mana taknya , sudah separuh badannya sudah ditenggelami pasir pantai yang putih itu . Ada yang makan penampar sekejap lagi nampaknya .
            “ Ya Allah ! Aqil !” Tegur Maya .. Dalam tegur , boleh Maya ketawakan sekali melihat wajah Hayfa yang sudah merah dibakar matahari campur marah yang teramat sangat .
            Aqil tersengih aje . Dia meneruskan lagi aktivitinya menimbus Hayfa . Tangan Hayfa menjalar sedikit aje , dia tepis . Sampai merah tangan orang tu . Last last Hayfa mengaku kalah .
            “ Jeng jeng jeng !” Aqil menepuk tangannya beberapa kali . Hayfa yang ‘dulu’ bertukar ‘baru’ . Body dia .. Macam buah pear Aqil buat . Siap pakai bikini lagi . Aqil tergelak nakal melihat ukiran tubuh manusia berasaskan pasir itu . Otak dia dah mula colour colourful .
            Hayfa yang dari tadi memejamkan matanya perlahan –lahan membuka kelopak matanya tatkala mendengar tawa  Aqil Hilman . Sebaik sahaja dia membuka matanya ..
            “Tak guna hang !!” Jerit Hayfa . Aqil terkejut beruk mendengar suara lantang bak halilintar membelah bumi dari bibir mungil Hayfa yang sentiasa bercakap dengan nada yang rendah dan sopan .
            Hayfa mula ‘mengganas’ . Aqil sempat mengambil gambar hasil ‘seni’nya .
            “Lari !” Jerit Aqil seraya berlari sekuat hati . Maya tergelak aje melihat Hayfa berlari mengejar Aqil sambil menggenggam pasir yang sudah pastinya akan dibaling ke Aqil .

“KAMU .. Tak baik buli dia tau ..” Maya menegur . Aqil tergelak kecil . Dia menjeling ke tempat duduk penumpang di belakang . Hayfa sudah tertidur kepenatan .
            It was really fun . Ha ha .. I’m serious !”  Maya menggeleng aje . Seronok dia kata ? Orang tu sampai dah tak ada suara menjerit sambil mengejar Aqil tadi . Tapi dendam tersumbatnya terbalas tatkala kepala Aqil teruk dilumur dengan pasir pantai yang basah .
            “Akak tahu kamu sukakan dia ..” Maya sengaja menyerkap jarang . Aqil Hilman terdiam . Tergamam sebenarnya . Apa betul apa yang kakaknya katakan ? Dia melirikkan lagi matanya ke cermin yang memantulkan wajah Hayfa yang sedang enak tidur di belakang .

            “Erk .. No comment ..” Putus Aqil . Dadanya diraba . Maya hanya tersenyum melihat pelakuan adiknya . ‘Ketara sangat yang kamu sukakan dia , Aqil .. Alahai ..’ Desis hati Maya .


“AYFA !”
 Hayfa pekup telinganya . Dia membatukan diri di samping Maya yang sedang ingin tidur .  Zara Aishah yang sudahpun tertidur di pehanya terjaga . Pantas Hayfa memujuknya kembali tidur . Bibirnya digigit . Aqil ni memang nak kena , desis hatinya .
            “ Ay …” Baru sahaja Aqil ingin menarik senada lagi suaranya , matanya tertancap ke arah Hayfa yang sedang berusaha menidurkan Zara Aishah . Nalurinya tersentuh . Tidak tahu mengapa ..Dia memerhati segenap wajah sendu itu .. Bibirnya mungil , matanya yang redup itu sangat menawan di mata Aqil .
            Aqil pantas menggeleng seraya meraup wajahnya . ‘ No , no , no ! Come on lah Aqil .. Dia hanya gadis biasa yang tiada apa –apa kelebihan pun ! Mana pergi citarasa kau yang tinggi –tinggi tu hah ?’ Aqil berperang dengan hatinya . Pantas dia membuat keputusan ..
            “ Ayfa !! Pekakkah aku panggil ni !” Jerit Aqil dimuka pintu . Serentak Zara Aishah terbangun , tetapi pantas Hayfa memujuknya untuk tidur kembali . Aqil dijelingnya tiga ratus enam puluh darjah . Huh !
            Setelah pasti Zara Aishah sudah tertidur , barulah Hayfa bergegas keluar mendapatkan Aqil Hilman .
            “Apa apa apa apa ???” Tanya Hayfa pantas dengan wajah yang masam. Aqil tersengih .
            “ Petang ni kita pergi bazaar nak tak ?” Tanya Aqil . Bukan apa , tiba –tiba dia teringin hendak makan murtabak pula . Tiba –tiba aje tekak buat hal nak makan itu dan ini . Nak pergi seorang , dia bukannya ingat sangat jalan ke bazaar . Lagi-lagi setelah banyak jalan  baru yang sudah siap diubahsuai . Lagilah dia pening . Ada GPS , bukannya dia faham sangat . Alahai Aqil , bilang sahaja yang engkau inginkan Hayfa menemani ! Ceit ! Banyak pulak alasannya .
            “ Tak nak tak nak tak nak .. Awak nak pergi , awak pergi seorang .” Jawab Hayfa sedikit kasar namun ada lembutnya di dalam nada suara itu . Aqil semakin tertarik . Pantas dia menggeleng –gelengkan kepalanya beberapa kali .
            ‘Aqil ! Come to your sense !’Marahnya kepada diri sendiri .
            “Tolonglah temankan aku .. Aku tak ada kawan tau kat sini .. Kau seorang jaa …”
            “Saya bukan kawan awak .. Saya pekerja awak .” Jawab Hayfa sedikit mengejek . Aqil tergelak sambil mengangguk .
            Dear .. Tak salah kalau kita berkawan, kan ….” Aqil mendekati Hayfa . Semakin dekat dan semakin dekat . Hayfa melangkah kebelakang beberapa langkah . Panahan mata Aqil semakin menggoda . Ada yang kena terkam sekejap lagi ni karang . Sudahlah dia alah dengan lelaki kacak . Ayoyo Hayfa ! Awak pun nak angau ka ?
            “ Pukul berapa awak nak pergi ni ?!” Jerit Hayfa dengan kuat . Aqil  tersengih .  Wajah Hayfa sudah memerah . Bibir itu sengaja dimuncungkan tanda protes . Comel sekali .
            “ Pukul lima .. Okey ? Pukul lima dah siap tau .. Bukan baru tukar baju . Okey sayang ?” Tercekik terkiok Hayfa mendengar ayat terakhir yang terpacul dari bibir Aqil Hilman . Mahu dia pengsan di situ juga . Alahaii …
            “Sanalah !” Terus Hayfa menolak tubuh Aqil hingga terjatuh . Aqil menyeringai seraya tergelak nakal . Nakal sekali . Nasib kamulah Hayfa ..
           
“TUNGGU SEKEJAP kat sini .. Aku pergi alihkan kereta . Nanti kena saman ..” Hayfa mengangguk –angguk . Aqil tersenyum sebelum pergi . Hayfa meraba dadanya . Alahai jantung .. Tak sudah –sudah hendak bekerja lebih masa . Lagi –lagi bila dekat dengan adik majikannya yang nakal tahap gaban seorang ini . Hayfa mengeluh .

            “Ayfa ! Tak sangka bertemu dengan awak lagi kat sini ..” Hayfa sudah tertelan air liur ‘pasir’ . Nabil Zikry ?? Apa pulak lelaki ini buat disini ?? Alahai …
            “Err .... Hai ..” Hayfa dengan lagak kakunya menyapa . Nabil Zikry tersenyum manis . Senyumannya mati tatkala teringat akan kejadian di tempat yang sama .. Gadis pujaannya sudah berkahwin . Sayangnya ..
            “ Mana husband awak ?” Tanya Nabil Zikry seraya mencari –cari kelibat Aqil Hilman . ‘Dia tiada ?? Yes ! Ini sudah baik !’ Desis hati Nabil . Hayfa pula duduk mencari kelibat Aqil . Mahu tercekik kalau Nabil tahu bahawa dia dan Aqil bukanlah seperti apa yang dimaklumkan .
            “ Dia .. Dia ..”
            “Oh tidak apa –apa .. Mari , saya temankan awak berjalan . Hari ini saya belanja .. Awak nak makan apa ? Kentang ? Ayam ? Nasi ? Mi ? Yong Tau Fuu ? Cakap aje apa –apa …” Nabil Zikry sengaja bercakap secara laju kerana tidak ingin Hayfa menolak perlawaannya . Dia terlalu rindukan Hayfa .. Sungguh !
            “ Nabil .. Saya datang dengan …”
            “Saya tahu awak seorang .. Mari ..!” Saat Nabil hampir –hampir menarik tangan Hayfa ..
            “Sayang …!” Serentak pinggangnya terasa dipaut seseorang . Matanya dan Aqil bertembung . Aqil mengalihkan pula pandangannya ke Nabil . Tegang sekali wajahnya . Hayfa mulai rimas . Jantungnya terasa seperti ingin keluar dari tubuhnya …



           Okyh Okyh .. Maafkan saya kerana lambat . Huhuhu . Lately ni saya busy sangat :') Saya busy buat kad raya untuk pembaca yang beli novel saya dari saya meh . He he he . Nak join ? Bolehlah lawat Fanpage saya di SINI  atau di facebook saya :) Saya harap semua enjoy ;) Next writer ! Fighting-2 . hehee ;) Dina fighting ! :) 

           

16 comments:

  1. ah,,,, seriously!

    pasal konflik akak dia tu, sebijik secetak cam yang tia bayangkan.. ahhahaha.. well done elly!

    #cian dia, busy terpaksa buat jugak cerpen ni.. huhuhuh... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! no biggies laaa :D Haritu dah buat separuh dah .. dah nak habis . Then tiba-2 hilang . Bengang tahap cipan time tu . hahaha xD Ni yang buat balik .. Tapi ada lain sikit laa ... hehe :D

      Delete
  2. kekeke... notty tau aqil ni nasib baik hensem... hahaha.

    best.. me like it. thumbs up elly! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha >< sebenarnya Elly sukakan lelaki notty mehh ~ hahaha <-- sengal .

      Thanks akak :DDDD

      Delete
  3. hahaha...terbaiikkla...
    next n3 please cik writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi :D baiklahh ;) Thank you :D Dina ! Next entry! hehe

      Delete
  4. hahaha...terbaiikkla...
    next n3 please cik writer...

    ReplyDelete
  5. wah...apa penamatnya...adessss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha :D rileks-2 :D rasanya senang kut :)

      Delete
    2. senang ke penamatnya??? -Ria-

      Delete
  6. wuu~ nakainya aqil ni.. hahaha..
    macam mna la ya hasil seni dia? wink wink..
    suka suka.. next pls~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa ! hasil 'seni' dia menakutkan meh . hehehee ><

      Delete
    2. pf! ini yg membuatkan yana lg nak tengok nih..hihi

      Delete
  7. We heee, thumbs up ! comel je <3 *tesenyum-senyum den baco* Hihi ^^

    Next, next and next please. :DD

    ReplyDelete
  8. Best n semakin menarik...#^_^

    ReplyDelete

Jemput komen. Terima kasih